Nampak Mengandung Disebabkan Fibroid

Nampak Mengandung Disebabkan Fibroid | Kerap kali cik en akan diajukan soalan, mengandung ke? Dulu cik en akan mengelak untuk bercakap mengenai sakit ini dan selalu cakap lemaks lemaks berkumpul. Mengandungkan lemak ayat paling kerap cik en sembangkan. Tapi semenjak cik en mula open untuk bercerita mengenai sakit cik en ini, cik en berterus terang yang cik en ada fibroid. Mungkin ada terlepas entri cik en sebelum ini. So mana nak tahu pasal sakit cik en ini boleh ke entri Sebenarnya Cik En Sakit...



0

5 Makhluk Lahir Tanpa Ibu

5 Makhluk Lahir Tanpa Ibu | Setiap benda bernyawa di dunia ini semestinya ada ibu. Ibu yang akan melahirkan anak. Cerita Nabi Isa yang dilahirkan oleh Mariam pun masih ada ibu walaupun tiada bapa. Tapi tahukah korang ada juga makhluk yang dilahirkan tanpa ibu. Tahu tahu dah wujud. Info kali ini cik en dengar dari ceramah ilmu di media sosial tapi cik en tak ingat di rancangan apa. Lagipun, entri ini dah ditaip lama dulu cuma cik en tak edit untuk publish. Jadi mesti korang yang tak tahu ingin tahu siapakan mahkluk yang dilahirkan tanpa Ibu.


1

One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak

One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak | Cik en paling suka kalau pergi satu tempat itu dan boleh buat pelbagai urusan dan pembelian. Kira macam one stop center. Dapat jimatkan masa dan seterusnya memudahkan kerja cik en. Faham la, cik en ini, memang sibuk memanjang. Kereta itu kalau tak disebabkan perlu isi minyak memang tak isi. Jadi tempat yang paling sesuai untuk buat one stop center ini semestinya di stesen minyak. Semuanya kita boleh buat serentak. Tak perlu nak ke sana sini dan mencari tempat letak kereta. Salah letak kena saman pula. Hahaha. Disebab itulah cik en suka singgah di Petronas UTP Seri Iskandar Perak



1

Sudah Mandul Tapi Kucing Masih Gigit Belakang Leher Kucing Lain?

Sudah Mandul Tapi Kucing Masih Gigit Belakang Leher Kucing Lain? | Cik en kerap ditanya persoalan ini. Kucing saya telah dimandulkan tapi kenapa dia memanjat kucing lain? Anyway, mengigit di belakang leher kucing lain atau nampak seperti memanjat bukanlah satu satunya bermaksud ia hendak mengawan. Banyak faktor lain lagi. Cik en harap entri ini dapat membantu korang memahami dan janganlah buat andaian sendiri dalam menilai perangai kucing korang itu. Tak pasal pasal memfitnah kucing. Hahahaha



0

U.S. Potatoes Membawa Makanan Berkhasiat Untuk Penang’s Medical Frontliners Sempena International Chef’s Day

U.S. Potatoes Membawa Makanan Berkhasiat Untuk Penang’s Medical Frontliners Sempena International Chef’s Day  | Bersempena International Chef's Day, World Chefs Without Borders dan Penang Chefs Association telah menyediakan 600 makanan berkhasiat dengan U.S Potatoes untuk diberi kepada medical frontliners di Hospital Besar Pulau Pinang dan Seberang Jaya. Inisiatif ini dengan kerjasama juga Mutiara Food Bank.



1

Pernah Try Shopping di PG Mall?

Pernah Try Shopping di PG Mall? | Korang pernah tak cuba shopping online selain daripada 2 platform yang terkenal di Malaysia? Mesti kebanyakkannya akan vote tak pernah. Tahukah korang ada lagi satu platform shopping online yang tak kurang hebatnya. Bukan ayat mempromosi tapi dari pengalaman cik en membeli 2 item memang tersangat puas hati. Customer services mereka yang terbaik cik en rasa sebab sentiasa follow up barangan dah sampai ke belum. 



0

Pernah Tengok Kucing Ada 1 Testis (Cryptorchid)

Pernah Tengok Kucing Ada 1 Testis (Cryptorchid) | Disebabkan hari ini ada kes Cryptorchid ini so cik en nak story sedikit mengenai topik ini. Cryptorchid atau secara bahasa mudahnya kucing memiliki 1 testis (telur) sangat rare dan mereka ini memerlukan pembedahan untuk permandulan. Kebiasaanya kucing normal akan nampak 2 testis di bahagian luar dan proses permandulan sangat mudah. Tapi untuk kes Cryptorchid ini, hanya nampak 1 testis sahaja walaupun mereka sebenarnya ada 2 testis



0

Selesai 1 Lagi Hutang

Selesai 1 Lagi Hutang | Alhamdulillah, menjadi keutamaan cik en untuk selesaikan semua hutang cik en. Lagi lagi hutang masa zaman belajar dulu. Cik en memang amalkan konsep, kesenangan dan kekayaan adalah pada orang yang bebas hutang. Kalau masih berhutang sana sini dan tiada komitmen membayar itu tandanya kita ini lebih susah dari orang miskin.Nak hidup senang, langsaikan hutang secepat mungkin mengikut kemampuan. Untuk kali ini, cik en baru selesaikan Pinjaman Pendidikan Anak Anak Perak di bawah kerajaan negeri perak.



0

Akhirnya Dapat Buang Tabiat Buruk Craving

 Akhirnya Dapat Buang Tabiat Buruk Craving | Cik en dari dulu sejenis manusia yang tak ada perasaan craving pada apa apa kecuali kemaruk bercinta dan frust menonggeng je. Hahahha, Tapi dalam setahun ini cik en ada masalah craving yang sangat teruk. Sampaikan tak dapat boleh buat moody. Nak tahu cik en craving apa? cik en craving fucuk goreng. Sekali beli mesti 7 ikat. Cik en macam rupa penagih dadah rupanya. Tapi ini penagih fucuk goreng. Hhahahah



0

Follow Up Di Blood Bank (Jabatan Patologi)

Follow Up Di Blood Bank (Jabatan Patologi) | Ingat lagi kisah cik en masuk ward yang cik en cerita di Cik En Masuk Ward? Cukup seminggu cik en perlu follow up di Blood Bank untuk masukkan lagi ubat. Tak menyangka pulak, banyak jabatan dan tempat cik en tahu di sekitar Hospital Seri Manjung ini. Dulu hanya Jabatan Psikitrik dan OnG sahaja. Berbalik kepada cerita asal tadi, cik en perlu follow up semula dan juga drip Normal Saline dan Ion. 



0

Telinga Kucing Dipotong Tanda Kucing Liar Telah Dimandulkan

Telinga Kucing Dipotong Tanda Kucing Liar Telah Dimandulkan | Haaaa... jangan fikir kucing tak bertelinga pula ye. Maksud dipotong disini adalah dipotong sedikit di hujung untuk memberi tanda kucing tersebut telah dimandulkan. Tidak semua kucing dimandulkan akan dibuat begitu tetapi kepada kucing tertentu sahaja. Harap dengan entri ini dapat bantu korang mengenali kucing ini dan memberi sedikit ilmu vet. 



1

Sebenarnya Cik En Sakit...

Sebenarnya Cik En Sakit... | Berbalik kepada cerita cik en di entri Cik En Masuk Ward? cik en dah berjanji nak menceritakan penyakit kedua cik en. So untuk entri kali ini, cik en akan ceritakan secara detail disebabkan cik en rasa cukup sedia untuk ceritakan. Anyway family cik en pun tak tahu jadi menjadi salah satu sebab kenapa cik en tak bercerita. Walaupun tidak terlalu kronik tapi ianya memberi kesan kepada cik en dalam masa beberapa tahun ini. 



3

Cik En Masuk Ward?

Cik En Masuk Ward? | Eh, cik en masuk ward? bila masa? tak perasan pun. Sememangnya semua orang tak tahu pun even family. Sebabnya ianya bukannya pengsan tetiba atau tergolek kuch kuch hota hai. Ini dipaksa oleh doktor disebabkan masalah anemia yang teruk. Sebelum itu, sesiapa yang mengikuti dari awal penceritaan cik en mesti korang perasan cik en pernah kata cik en ada 2 masalah kesihatan. Yang pertama adalah MDD (anyway baru tahu namanya MDD bukan OCD). Silap permahaman sebelum ini. Dan satu lagi masalah kesihatan cik en rahsiakan sebab masa itu belum bersedia untuk bercerita. Tapi dah masuk 2 tahun , cik en rasa cik en nak berkongsi juga. Even tak ada yang membaca tapi anggaplah ini diari kehidupan cik en. So, penyakit kedua ini ada kaitan dengan tajuk entri ini. | Cik En Masuk Ward?


2

Boleh ke Basmi FIP ( GS-441524 ) Merawat Virus FIP?

Boleh ke Basmi FIP ( GS-441524 ) Merawat Virus FIP? | Lama juga cik en tak menaip di blog ini kan? Seperti biasa, keadaan yang sibuk, mood swing dan masalah masalah lain. Tapi cik en tetap nak update disini even dah ada media sosial yang lain dan agak menjadi pilihan ramai. Kebebasan untuk cik en berkongsi ilmu di blog lebih puas kerana cik en boleh menaip lebih panjang dan tak nampak kekurangan cik en dari segi berbicara secara spontan. Diakui, content di Tiktok lebih kepada natural dan tanpa skrip so bila nak bercerita banyak, ianya jadi tak tersusun dan berulang ulang. Hihihi. Berbalik kepada tajuk kali ini Boleh ke Basmi FIP ( GS-441524 ) Merawat Virus FIP? cik en hanya menceritakan secara peribadi berpandu kepada testimoni pelanggan pelanggan yang pernah mengambilnya 


Basmi FIP ( GS-441524 )

0

Ubat Kutu Kucing Yang Digunakan Oleh Klinik Veterinar

Ubat Kutu Kucing Yang Digunakan Oleh Klinik Veterinar | Setiap hari mesti cik en terima pertanyaan mengenai masalah kutu pada kucing. Dan akan ada yang tanya apa yang terbaik. Untuk makluman korang, setiap klinik veterinar menggunakan pelbagai jenama untuk merawat masalah kutu. Tapi yang boleh cik en kongsi adalah ubat kutu yang banyak digunakan oleh klinik veterinar. Ini kerana ubat ini berkesan, selamat dan diiktiraf. Mungkin akan ada yang suggest local product tapi ianya optional pada korang. Tapi klinik veterinar akan gunakan produk yang diiktiraf untuk mengelakkan masalah pada kucing tersebut.  



1

Pengalaman Di Vaksin Jenis Sinovac Untuk Covid19

Pengalaman Di Vaksin Jenis Sinovac Untuk Covid19 | Anyway dah lama cik en nak kongsi pengalaman ini tapi macam biasa, cik en sibuk di klinik dan balik dalam keadaan letih dan buat mood nak menaip tu tak sampai. Even cik en hanya bekerja 5 jam (sebelah pagi) sahaja tapi penat dia sama juga kerja sepenuh masa. Sebabnya cik en dah terima buat permandulan betina. Sebelum ini accept jantan sahaja. Tapi dengan keadaan sekarang, ramai yang tak mampu tapi nak kawal pembiakan kucing mereka jadi cik en terima spaying buat masa ini memandangkan di klinik keajaan agak murah casnya. Eh.. meleret pula cik en ini. Back kepada tajuk entri cik en kali ini cik en nak kongsi pengalaman cik en menerima vaksin Covid19. 




0

Boleh Ke Campur Makanan Kucing

Boleh Ke Campur Makanan Kucing | Cik en pernah kongsi cara cik en campur makanan kucing untuk boboi dan gegirl di Tiktok. Dan ada yang tanya Boleh Ke Campur Makanan Kucing? Anyway cik en dah jawab di Tiktok tapi cik en nak ulas lebih panjang di blog. Sebab ianya unlimited dan boleh cik en selitkan link link yang berkaitan kan? Sebelum itu cik en nak tanya, korang bagi kucing makan adakah sama sahaja dari dulu sampai sekarang atau ada tukar tukar atau pun buat macam cik en campur makanan mereka. 



0

Suka Kucing Gemuk? Tapi Bukan Cik En

Suka Kucing Gemuk? Tapi Bukan Cik En | Anyway cik en tak suka kucing cik en gemuk okey? Gemuk dan obesiti yang tidka terkawal boleh mengakibatkan pelbagai penyakit pada kucing. Jadi, cik en lebih suka kucing cik en fit dan kekal aktif untuk memastikan mereka sihat sentiasa. Kucing gemuk bukanlah satu kebanggaan pada korang sebagai pemilik kucing okey? Seperti manusia, kucing gemuk akan mengakibatkan pelbagai masalah seperti diabetes, arthritis, high blood pressure, kidney disease, cancer, dan banyak lagi. Sebab itu, kalau korang jumpa vet yang prihatin, mereka akan suggest untuk control berat badan kucing korang




0

Perlu Ke Kucing Scaling Gigi?

Perlu Ke Kucing Scaling Gigi? | Mungkin ramai tak tahu yang scalling gigi perlu dibuat pada haiwan terutama kucing dan anjing. Mungkin ada yang rasa ini adalah kelakar tapi perlu diingatkan kucing juga mempunyai gigi dan makan sama seperti manusia. Jika manusia akan gosok gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari tapi adakah kucing gosok gigi juga? Anyway gigi kucing boleh digosok menggunakan ubat gigi dan berus gigi yang sesuai untuk mereka. Diakhir entri ini, cik en akan beri link berus gigi dan ubat gigi yang sesuai untuk mereka. Janji korang baca dulu entri ini sampai habis okey?


0

Resepi Sambal Belacan Macang

Resepi Sambal Belacan Macang | Sambal Belacan Macang atau Sambal Belacan Bacang memang menjadi kegemaran masyarakat Melayu di Malaysia. Tapi apabila di cari di Kamus Dewan Bahasa Online, Macang atau Bacang tidak wujud tapi dirujuk sebagai embacang. Pelik kan? Tapi tak menjadi masalah pun. Sambal Belacan Macang, Sambal Belacan Bacang atau Sambal Belacan Embacang. Asal sedap dimakan kan?


Resepi Sambal Belacan Macang

3

TOP Pilihan Cik En

TOP Pilihan Cik En | Semua orang ada jenama detergen atau pencuci pakaian kegemaran sendiri. Macam cik en, cik en suka dengan jenama TOP. Sebabnya komitmen TOP untuk menghasilkan inovasi teknologi pencuci pakaian berterusan menghasilkan detergen yang mampu menyingkirkan 99.9% virus pada masa pemulihan pandemik. Lagipun dengan pelbagai pilihan wangian dan ciri ciri seperti Super White, Super Hygine, Super Colour, Blooming Freshness, Silky Miracle dan banyak lagi. 


0

Ivermectin Untuk Rawatan Covid19?

Ivermectin Untuk Rawatan Covid19? | Jarang cik en nak bercerita mengenai Covid19 sebabnya semua sedia maklum info info dari pelbagai medium sosial kan? Tapi cik en tertarik nak berkongsi mengenai ivermectin untuk rawatan covid19. Sebabnya Ivermectin adalah ubatan yang kerap digunakan oleh cik en dan Vet dalam rawatan parasit pada haiwan. Boleh dikatakan setiap hari rasanya puluhan haiwan kesayangan yang cik en gunakan untuk injection. 



1

Genap 100 Hari Abah Pergi

Genap 100 Hari Abah Pergi | Betulah kata orang, rindu paling sakit rindu pada yang dah tiada. Hari ini 8 Jun 2021, genap abah pergi. Nampak macam cik en biasa biasa tapi hati ini tak leh nak ungkap apa apa. Ikutkan cik en nak sibukkan diri sampai betul betul okey tapi sebab PKPD dan Lockdown, hasrat tu kesampaian. 



3

Lumpy Skin Disease (LSD) Pada Ternakan Lembu

Lumpy Skin Disease (LSD) Pada Ternakan Lembu | Sebelum penyakit ini heboh di media massa dan sosial, cik en sendiri dah mengetahuinya lebih awal sebagai kakitangan Jabatan Veterinar. Apa yang dimaklumkan kepada kami, ianya hanya memberi kesan ekonomi kepada penternak. Kerana jika LSD ini kronik, ianya memberi kesan kepada kualiti daging. Tapi masih belum dibuktikan ianya penyakit Zoonatik. Zoonotik adalah penyakit yang boleh menjakiti manusia. LSD merupakan salah satu penyakit yang wajib lapor kepada Jabatan Veterinar.



0

Bolehkah Kucing Bunting Mandi?

Bolehkah Kucing Bunting Mandi? | Bolehkah kucing bunting mandi? Ramai yang tanya dengan cik en. Jadi terpanggil la nak menajwab persoalan korang dalam bentuk blog. Anyway sebelum tu nak bertanya juga, korang mandikan kucing korang berapa kali dalam masa sebulan? Hari hari ke? Atau seminggu sekali ataupun sebulan sekali? Untuk pengetahuan korang, kucing sejenis haiwan pembersih. Mereka suka menjilat bulu dan itulah maksud mandi bagi mereka. Itu dah cukup bersih buat mereka tapi untuk kita yang bela secara indoor dan tidur sekali? 



1

Baru Bela Kucing Indoor? Ini Panduan Untuk Korang

Baru Bela Kucing Indoor? Ini Panduan Untuk Korang | Ramai juga yang cik en baca inginkan tips penjagaan kucing yang baru dibela. Lagi lagi kucing yang dibela di dalam rumah atau dipanggil indoor perlulah penjagaan yang khusus untuk mengelakkan masalah kesihatan, kebersihan dan lain lain lagi. Dalam musim Covid dan ada yang susah untuk ke Vet untuk konsultan, cik en berkongsi serba sedikit info untuk panduan korang yang baru membela kucing jenis indoor. Cik en akan listkan juga barangan kucing yang boleh korang dapatkan secara online. Jom kita checklist satu persatu. 



4

Akhirnya Doktor Naikkan Dose Ubat

Akhirnya Doktor Naikkan Dose Ubat | Beberapa hari lepas adalah temujanji cik en dengan pakar selepas 4 bulan. Doktor yang handle kes cik en hari tersebut pun kata, lama juga temujanji awak ini sambil tengok kad temujanji cik en. Cik en pun kata, mungkin saya more better kot sebelum ini. Sebab itu dijarakkan masa lama. Doktor pun mengiyakannya. Anyway doktor kali ini dah 2 kali cik en jumpa. Awal dulu dia juga naikkan dose percubaan cik en kepada 50. Dan nampaknya, kali ini pun dia juga naikkan dose ubat cik en. 



2

Abadikan Gambar Kenangan Atas Kanvas di Printcious

Abadikan Gambar Kenangan Atas Kanvas di Printcious | Cik en jarang sangat abadikan gambar dalam bentuk hardcopy. Jika zaman kecil memang wajib hantar ke kedai gambar sebabnya menggunakan filem tapi apabila zaman maju dan wujudnya memori penyimpanan gambar dan media sosial untuk disimpan secara maya, cik en boleh dibilang berapa kali sahaja cetak gambar. Itu pun gambar pasport untuk urusan rasmi sahaja. Sampailah, cik en nampak gambar kanvas yang cantik di Printcious. Terus cik en macam tertarik untuk buat. Akhirnya cik en pun terus pilih gambar yang cantik untuk dibuat kanvas. 



5

Jenis Jenis Cat Litter Yang Ada Di Malaysia

Jenis Jenis Cat Litter Yang Ada Di Malaysia | Jika di tanya kepada pemilik kucing, korang memang expert untuk senarikan jenis jenis cat litter yang ada. Siap ada beri review lagi kan? Tapi untuk yang baru menjinakkan diri membela kucing ini, semestinya ilmu kekucingan sangatlah sedikit. Jika ditanya di group kucing ada segelintir yang merendah rendahkan. So disebabkan itu, cik en akan kongsi dengan korang (newbie) hihihi, mengenali jenis jenis cat litter yang ada di kedai kucing atau secara online seperti di Shoppe



4

Kenapa Najis Kucing Busuk?

Kenapa Najis Kucing Busuk? | Ada juga yang bertanya pada cik en kenapa najis kucing mereka terlampau busuk sehinggakan pasir yang ada akan dibuang dan perlu ditukar ke pasir baru. Sedangkan pasir boleh scoop najis dan kencing sehingga habis. Lebih menjimatkan. Selain pasir, korang mungkin juga guna pasir kristal, tofu, kayu, kertas surat khabar dan lain lain lagi. Tapi apabila masalah bau menjadi isu utama. Ianya akan menjadi masalah kepada pemilik kucing. 



1

Kesan Ubat Psikiatrik Hanya Pada Otak Bukan Hati

Kesan Ubat Psikiatrik Hanya Pada Otak Bukan Hati | Topik kali ini, cik en nak kongsi melalui pengalaman cik en. Seperti yang sedia maklum, cik en telah kehilangan besar dalam keluarga kecil dan besar cik en setiap bulan bermula awal tahun 2021. Bermula dengan Atok, mak saudara, abah, atok saudara dan terbaru bapa saudara. Semestinya ianya beri kesan mendalam kepada cik en. Dan mungkin yang tahu, cik en merupakan pesakit Psikiatrik dan dalam rawatan hospital. Dah masuk peringkat kedua tapi cik en boleh rasa hampir 50% sihat. Tapi... 



0

Pertama Kali Raya Tanpa Abah

Pertama Kali Raya Tanpa Abah | Tak sampai 3 bulan abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tahun 2021 ini merupakan tahun yang paling sedih sepanjang hidup cik en. Bermula pemergian Tok Piah (ayah mak) pada 3 Januari, diikuti Makwe Wa (kakak sulung) di Perlis 16 Januari, kemudian abah 1 Mac dipangkuan cik en, 1 April, adik ipar kemalangan tapi selamat, 9 April, Tok Cik (bapa saudara abah) dan baru ini 1 Mei , Pak Ngah Mat (Abang abah) pergi meninggal kami. Setiap bulan akan dapat perkhabaran duka. Dengan isu Covid dan masalah masalah lain buat cik en hampir tersungkur awalnya. Berat bebanan yang cik en kena pikul. Nampak macam tenang dan tersenyum tapi beban yang ada di bahu dan hati ini Ya Allah.. rasa dah tak kuat.

2

Reka Sendiri Hadiah Untuk Yang Tersayang Di Printcious

Reka Sendiri Hadiah Untuk Yang Tersayang Di Printcious | Setiap tahun, cik en akan bosan dengan koleksi hadiah yang ada untuk cik en beri kepada yang tersayang. Cik en sukakan yang lain daripada yang lain atau hadiah yang boleh direka sendiri. Nampak ianya sangat istimewa kan? So far, cik en nak kongsi lagi dan lagi web yang cik en akan cik en survey dalam mencari hadiah istimewa iaitu Printcious.com . Sesiapa yang menjadi pembaca setia blog dan mengikuti sosial media cik en, mesti tahu yang cik en selalu reka sendiri hadiah sendiri dan yang tersayang. Antara koleksi yang cik en ada adalah, t-shirt, mousepad, mug, jam, ceramic tile dan banyak lagi. Selain untuk diri sendiri dan rakan rakan, korang boleh juga tempah untuk door gift dan corporate gift juga untuk sebarang event rasmi atau office korang. 



5

Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang

Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang | Sijil penting macam SPM, PMR dan lain lain hilang? terbakar? hanyut banjir? Susah nak dapatkan semula? Isk, korang ini, dulu memang la susah nak naik turun sekolah dan pejabat pendidikan tapi sekarang guna online je. Buat permohonan, dan tunggu sampai di depan rumah. Mudah sangat kan? Tapi korang kena buat permohonan dan pembayaran. Cik en tak ada pengalaman untuk buat permohonan tapi cik en kongsi step step yang ada di laman web Lembaga Peperiksaan untuk korang yang ada masalah sijil SPM dan PMR yang hilang. 


12

Hilang Sakit Tumit Dengan Massage Gel Garci.PRO

Hilang Sakit Tumit Dengan Massage Gel Garci.PRO | 3 bulan cik en ada masalah sakit tumit. Ingatkan sekejap je, tapi dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu dan sekarang hampir 3 bulan cik en ada masalah sakit tumit. Jarang sangat cik en ada masalah tumit ini. Paling cik en tak suka apabila bangun pagi dan berjalan ke bilik air terasa sakit sangat. Nak kata seliuh, jatuh, atau masalah kesihatan lain macam tak ada. Cuma cik en ada bersenam heavy sikit sebelum itu. Mungkin salah cara bersenam kot yang buat cik en sakit camni. 


9

Tumpang Kubur

Tumpang Kubur | Anyway cik en baru tahu mengenai tumpang kubur di Tiktok. Cik en tak pernah tahu ada tumpang kubur ini. Cik en cuba mencari di google tapi tak banyak info kecuali info mengenai tumpang kubur untuk jenazah yang positif Covid-19 di Jakarta kerana kekurangan tanah perkuburan. Jadi entri ini hanyalah entri mengikut kefahaman cik en tapi tak ada sumber sahih yang cik en boleh rujuk. Tapi jika korang tahu mengenai topik ini. Cik en suka sangat kalau korang dapat kongsikan mengenai Tumpang Kubur di ruangan komen entri ini

Tumpang Kubur
0

Seimbang Semula Kulit Wajah Dengan Perfect Balanced Cosmoderm

Seimbang Semula Kulit Wajah Dengan Perfect Balanced Cosmoderm | Faktor cuaca, makanan dan tekanan persekitaran banyak memberi kesan pada kulit terutama sekali kulit muka. Ada juga disebabkan kesan penggunaan skincare timbang kilo yang menjanjikan cerah dan cantik dalam masa singkat. Senang cerita dipanggil breakout. Jadi ada yang menanggung kegatalan, kemerahan, keradangan dan ada kulit menjadi sangat oily. So, Cosmordem mengeluarkan skincare terbaru mereka dengan formula sesuai untuk masalah ini. Dengan menggunakan 2 elemen iaitu Prebiotic dan Calamine dalam Set Perfect Balanced mereka dapat membantu banyak masalah ini. 


11

Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin

Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin | Entri ini cik en pernah buat di Peringatan Kepada Bakal Pengantin pada tahun 2013. Tapi masa itu view tak banyak dan tajuk pun tak berapa menarik, jadi cik en cuba variasikan kepada yang lebih mudah difahami. Lagipun masa itu, banyak betul perkataan singkat dan pelik pelik. Entah kenapa, cik en teringin nak keluarkan semula topik ini. Mungkinkah cik en bakal berkahwin? Hurmmmm.. Doakan yang baik baik. Ok, jom cik en nak kongsi lebih lanjut Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin ini. 


2

Uruskan Hutang Sendiri Sebelum Mati

Uruskan Hutang Sendiri Sebelum Mati | Artikel ini sambungan daripada artikel sebelum ini. Disebabkan kita sendiri tak tahu bila kita akan berhenti bernafas, jadi bagaimana kita nak uruskan hutang sendiri untuk mengelakkan berlaku masalah kepada waris kita nanti? Mungkin ianya juga dapat membantu mengurangkan bebanan waris yang sedia maklum down kehilangan kita. Cik en hanya kongsi pendapat cik en yang dirasanya sesuai dengan kes ini. Harap mana yang ada buah fikiran lain boleh komen di ruangan komen. Menambah info untuk semua. 

0

Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ?

Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ? | Artikel ini cik en tulis dari pengalaman cik en sendiri. Ramai yang tahu, tanggal 1 Mac 2021, abah cik en pergi meninggalkan kami sekeluarga. Diakui, cik en tak pernah kehilangan orang terdekat. Jadi ilmu cik en mengenai selepas arwah tiada sangatlah nipis. Jadi, cik en banyak habiskan masa dengan mencari info dan ilmu sahih mengenai banyak perkara seperti apa tanggungjawab waris, bab menguruskan kubur arwah dan lain lain lagi. Pembacaan dan ilmu ini, cik en simpan dalam blog ini untuk rujukan cik en nanti dan berkongsi dengan pembaca cik en. Kali ini cik en nak berkongsi mengenai HUTANG. Perkara yang boleh menyebabkan roh simati tersangkut diantara langit dan bumi. Masih merujuk kepada pejabat mufti untuk cik en siapkan artikel ini. 


1

Apa Itu Dabbah

Apa Itu Dabbah | Alhamdulillah, masuk sudah Bulan Ramadan 2021. Pertama kali cik en berpuasa tanpa Abah kali ini. Tapi cik en tetap redha. Ajal, jodoh, maut dan rezeki semuanya rahsia Allah kan? Tapi Allah tak berahsia mengenai tanda tanda Hari Kiamat. Dabbah adalah salah satu haiwan yang akan muncul di akhir zaman dan merupakan tanda tanda besar hari kiamat. Dabbah juga dipanggil Jassasah bagi sebilangan manusia. Tapi haiwan apakah Dabbah ini? Bagaimana rupanya dan dari mana pula datangnya? Merbahayakah dia pada manusia dan katanya Dabbah ini akan melawat setiap manusia di bumi nanti. Jom cik en kongsikan mengenai Dabbah. Info ini adalah sahih yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti


1

Hukum Menyiram Air Atas Kubur

Hukum Menyiram Air Atas Kubur | Tengah scrool TikTok, cik en tertengok satu video mengenai Hukum Menyiram Air Atas Kubur. Sebelum ini cik en tak pernah ambil tahu memandangkan tiada orang terdekat yang 'pergi'. Tapi bila abah cik en pergi, cik en rajin mencari ilmu ilmu agama dan sampailah video Hukum Menyiram Air Atas Kubur ini. Cik en pun nak simpan di blog ini untuk panduan cik en dan semua pembaca cik en. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua.

0

Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh

Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh | Lama juga cik en tidak menginap di mana mana hotel sepanjang wabak pandemik melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, cik en terpaksa melupakan hobi travel dan vacation. Tapi apabila keadaan semakin reda dan bertambah baik, cik en terpaksa melepaskan gian untuk menginap di hotel. Tapi bukannya main pilih sahaja hotel tapi cik en akan memastikan segala SOP yang ditetapkan diamalkan. Cari punya cari, cik en terjumpa Travelodge Ipoh yang dikatakan masih baru di Ipoh. Dan cik en pun mencari maklumat yang Travelodge Ipoh ini mengamalkan SOP yang ketat bagi memastikan keselamatan semua pelanggannya. Anyway, cik en bersama sama keluarga kali ini untuk relekskan diri selepas hampir setahun tak dapat bercuti. 

9

Buffet Ramadan Beserta Solat Terawih di Ipoh 2021 | The Haven Tambun

Buffet Ramadan Beserta Solat Terawih di Ipoh 2021 | The Haven Tambun | Tak lama lagi, kita akan menyambut bulan Ramadan dan nampaknya tahun 2021 ini, Buffet Ramadan di benarkan dengan SOP yang ketat. Cik en berpeluang untuk mencuba preview Buffet Ramadan di The Haven Tambun Ipoh beberapa minggu lepas. Apa yang menarik bagi cik en, pakej yang ditawarkan oleh The Haven sangat memenuhi keperluan umat Islam yang inginkan. Pakej Buffet Ramadan yang lengkap termasuk solat tarawih dan sesiapa inginkan penginapan yang menenangkan, The Haven menawarkan pakej yang menarik untuk korang. Mesti korang nak tahu pakej pakej tersebut kan? So baca entri ini sampai habis dan boleh bersedia untuk buat tempahan awal.


8

Apa Fungsi Jabatan Veterinar? Hanya Untuk Rawatan dan Kebajikan Kucing Sahaja Ke?

Apa Fungsi Jabatan Veterinar? Hanya Untuk Rawatan dan Kebajikan Kucing Sahaja Ke? | Panjang pula tajuk cik en kali ini. Sebagai pengawai di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, cik en terpanggil untuk menjawab pertanyaan mengenai fungsi Jabatan Veterinar dalam merawat dan memberi konsultan pada small animal atau lebih mudah pada kucing dan anjing serta haiwan kesayangan yang lain. Cik en ingin perbetulkan atau memberi info supaya korang diluar sana dapat memahami skop kerja di Jabatan Veterinar ini. 


1

Tempat Menarik Di Langkawi | Wajib Masuk Dalam Bucket List Travel Selepas PKP Tamat

Tempat Menarik Di Langkawi | Masuk Dalam Bucket List Travel Selepas PKP Tamat | Uiksss, bila dengar tak lama lagi dah boleh merentas negeri, semestinya cik en dah mula mencari tempat tempat menarik untuk melepaskan gian untuk travel bersama keluarga tersayang. Setelah mencari cari dan akhirnya, cik en memilih untuk ke Langkawi. Rindu sungguh dengan menu Nasi Dagang Pak Malau, pasir Pantai Cenang, kecantikan permandangan daripada Langkawi Sky Bridge dan banyak lagi. Kali terakhir cik en kesana sebelum Covid19 lagi. Ini kalau dapat menghirup udara laut semestinya kenikmatan yang tak dapat nak diungkap dengan kata kata kan? Langkawi dah masuk dalam bucket list cik en untuk bercuti sambil menenangkan fikiran.

9

Kitsui Review : Kekal Bertenaga Dan Kurus Dengan Coco XsLite

Kitsui Review : Kekal Bertenaga Dan Kurus Dengan Coco XsLite | Cik en sebenarnya dah lama nak menurunkan berat badan memandangkan usia semakin meningkat ini. Demi menjaga kesihatan dalaman dan luaran, cik en terpaksa mencari satu superfood yang mana mampu memberi tenaga dan dalam masa yang sama dapat membantu cik en mengawal berat badan. Lifestyle cik en yang sibuk di pejabat dan rumah buat cik en sentiasa penat dan akan bermula craving makanan dan minuman yang dapat mengurangkan stress. Aturan makan yang tidak teratur juga membuat berat badan cik en naik dan stamina mula mengurang. Sampailah cik en diperkenalkan dengan satu minuman campuran botani daripada Kitsui. Minuman campuran Coco, L-Carnitine dan Konjac ini adalah Coco XsLite Dari Kitsui | Kitsui untuk kurus | Kitsui Untuk Kurus Review

Kitsui Review
1

Kenapa Ibu Kucing Marah Anak

Kenapa Ibu Kucing Marah Anak | Topik kali ini cik en ambil dari soalan dari follower tiktok cik en. Anyway, cik en banyak dapat soalan di Tik Tok tapi kesempatan untuk membalas sebelum ini. Jadi bila ada masa cik en membalas satu persatu. Dan cik en tertarik dengan soalan " cik en.. saya nk tanya, kucing saye die bru berank pertame kali, mule2 tu die syg dgn anak die.bila anak die 3 buln cmtu die jd benci ank die. mcm nk mrh2 " . jadi cik en pun ada balas mengguna video di Kenapa Ibu Kucing Marah Anak. Disebabkan nampak topik ini menarik, so cik en masukkan dalam list Tips dan Rawatan Kucing dalam blog ini. 

Kenapa Ibu Kucing Marah Anak
1

7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature | Cik en bukan seorang yang suka ber make up tebal dan kalau boleh akan minimim kosmetik apabila pergi bekerja atau keluar untuk membeli barangan keperluan. Sebab itu, kebanyakan cik en beli foundation, akhirnya cik en hanya akan pakai selalu adalah BB cream atau CC Cream. Foundation akan dipakai apabila ada majlis atau program sahaja. Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, memang cik en jarang menggunakan foundation. Disebabkan itulah cik en mencari semula CC Cream yang pernah cik en gunakan dulu. CC Cream ini banyak kelebihan dan dalam masa yang sama ianya dapat menjaga kulit kita. Dulu, cik en tak berkongsi tapi dah nak masuk botol kedua ini, cik en nak kongsi dengan korang kebaikan CC Cream ini. CC Cream ini adalah Gold Nano CC Cream dari Hansaegee

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

0

E-Wallet Yang Selalu Digunakan Rakyat Malaysia

E-Wallet Yang Selalu Digunakan Rakyat Malaysia | Semenjak dunia diserang pandamik Covid-19, pelbagai alternatif dan cara yang di sarankan oleh kerajaan untuk tidak menggunakan apa apa traksaksi sentuhan terutama sekali menggunakan wang tunai di mana mana tempat. Disebabkan itulah, E-Wallet menjadi pilihan orang ramai di dunia termasuklah di Malaysia. Kerajaan pernah memberi bantuan melalui e-wallet bagi memberi pendedahan ini kepada rakyat Malaysia. Anyway, kebanyakan rakyat sebenarnya dah lama gunakan terutama yang tinggal di kawasan bandar. Cik en sendiri pun sebelum ini mempunyai beberapa e-wallet. Korang pula selalunya guna e-wallet apa?


1