Akhirnya Doktor Naikkan Dose Ubat

Akhirnya Doktor Naikkan Dose Ubat | Beberapa hari lepas adalah temujanji cik en dengan pakar selepas 4 bulan. Doktor yang handle kes cik en hari tersebut pun kata, lama juga temujanji awak ini sambil tengok kad temujanji cik en. Cik en pun kata, mungkin saya more better kot sebelum ini. Sebab itu dijarakkan masa lama. Doktor pun mengiyakannya. Anyway doktor kali ini dah 2 kali cik en jumpa. Awal dulu dia juga naikkan dose percubaan cik en kepada 50. Dan nampaknya, kali ini pun dia juga naikkan dose ubat cik en. 




Akhirnya Doktor Naikkan Dose Ubat


Jika korang pembaca setia blog cik en, cik en ada kongsi satu entri Kesan Ubat Psikiatrik Pada Otak Bukan Hati . Ya, jika dalam keadaan normal, happy dan releks dose yang cik en makan dah mencukupi, tapi apabila cik en kehilangan orang tersayang hampir setiap bulan bermula awal tahun ini, memang memberi impak. Lagi lagi apabila abah cik en yang pergi. Dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan cik en. Cik en agak trauma dan rasa bersalah sangat tinggi sebab tak mampu selamatkan abah masa itu. 


Cik en memang zero ilmu mengenai jantung. Itulah silap cik en. Jika cik en belajar bagaimana handle pesakit jantung mungkin abah masih ada kan? Perasan bersalah cik en sangat mendalam tapi cik en masih mengambil ubat pada masa ditetapkan. Jadi nampak ok di luar tapi hati sedikit goyah. 


Selepas itu, cik en yang uruskan mak cik en yang masih dalam iddah. Setiap minggu balik, memikirkan kewangan, kebajikan mak, hal keluarga, hal kerja dan job blog yang tidak putus putus.Dan juga sakit kedua cik en yang nampak semakin teruk. mungkin kesan stress melampau kot sebabnya ianya berkaitan dengan hormon. Masa itu, cik en perasan, kepala cik en sering melayang layang. Mungkin dose ubat sedia ada dah tak mampu untuk bantu cik en. 




Berkesan mana pun ubat, kalau kita terpaksa tempuh trauma demi trauma memang ubat itu dah tak releven. Jadi harap dengan kenaikan dose Luvox 50 ke Luvox 100, dapat bantu cik en kembali sembuh. Cik en harapkan cik en boleh sembuh secepat mungkin. I need my original life. 


Doktor kata beri masa seminggu untuk tindak balas dose ubat yang baru ini. Harap cik en akan okey. Anyway thanks to my fiancee dan family sebab keep support. Love you all

2 comments

  1. nice to know about your journey, currently I took sertraline(125mg) to treat my disorder, hope I can get better soon<3

    ReplyDelete
  2. nice to know about your journey, currently I took sertraline(125mg) to treat my disorder, hope I can get better soon<3

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.