Baru Bela Kucing Indoor? Ini Panduan Untuk Korang

Baru Bela Kucing Indoor? Ini Panduan Untuk Korang | Ramai juga yang cik en baca inginkan tips penjagaan kucing yang baru dibela. Lagi lagi kucing yang dibela di dalam rumah atau dipanggil indoor perlulah penjagaan yang khusus untuk mengelakkan masalah kesihatan, kebersihan dan lain lain lagi. Dalam musim Covid dan ada yang susah untuk ke Vet untuk konsultan, cik en berkongsi serba sedikit info untuk panduan korang yang baru membela kucing jenis indoor. Cik en akan listkan juga barangan kucing yang boleh korang dapatkan secara online. Jom kita checklist satu persatu. 




Baru Bela Kucing Indoor? Ini Panduan Untuk Korang


Walaupun cik en pernah ceritakan di entri Info Haiwan Kesayangan tapi nampak entri tersebut terlalu general. So untuk entri kali ini, cik en akan cuba berikan penerangan yang lebih ringkas untuk korang baca. 

Apabila jumpa atau membela kucing yang baru, pastikan ianya dikuarantin sekurang kurangnya 1 minggu. Jika ada kucing lain di dalam rumah pastikan kucing baru dikurung di dalam sangkar. Ini mengelakkan masalah kesihatan seperti virus, kurap, kutu dan lain lain lagi


  • Dalam masa 1 minggu, perhatikan juga jika kucing tersebut ada masalah kesihatan seperti 
    • Cirit birit
    • Kutu pada badan dan kutu telinga 
    • Kecederaan atau luka
    • Selsema
    • Ulser dalam mulut
    • dan lain lain

  • Rawatan awal yang boleh diberikan di rumah (tapi lebih baik bawa ke vet)seperti

    • Pemberian ubat cacing
    • Pemberian ubat kutu
    • Pemberian ubat cirit birit
    • Mandi 
    • Bersihkan telinga
    • Trim atau grooming bulu jika ada yang bergumpal dan jika cirit pastikan bahagin anus/bontot dibersihkan

  • Rawatan yang perlu dibuat di Klinik Veterinar
    • Vaksin
    • Ujian virus jika perlu
    • Rawatan kesihatan yang memerlukan antibiotik 
    • Rawatan perlu yang dirasakan sesuai oleh Vet

Diharap dengan panduan ini dapat bantu korang yang pertama kali membela kucing secara indoor. Pastikan juga pilih makanan yang bersesuaian dengan cara korang membela kucing tersebut. Secara bebas atau dalam rumah atau semi. 

4 comments

  1. Virus tu virus Covid ke Virus lain tu Ein, seram pulak Sis.. Sis bela kucing indoor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Virus seperti parvo dan FIP.. yang selalu kena pada kucing

      Delete
  2. dok terfikir jgk nk bela by indoor sbb dah dduk tamn ni, takut nk lepas lua takut ganggu jiran..

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.