Jenis Jenis Cat Litter Yang Ada Di Malaysia

Jenis Jenis Cat Litter Yang Ada Di Malaysia | Jika di tanya kepada pemilik kucing, korang memang expert untuk senarikan jenis jenis cat litter yang ada. Siap ada beri review lagi kan? Tapi untuk yang baru menjinakkan diri membela kucing ini, semestinya ilmu kekucingan sangatlah sedikit. Jika ditanya di group kucing ada segelintir yang merendah rendahkan. So disebabkan itu, cik en akan kongsi dengan korang (newbie) hihihi, mengenali jenis jenis cat litter yang ada di kedai kucing atau secara online seperti di Shoppe




Jenis Jenis Cat Litter Yang Ada Di Malaysia

Yang cik en kongsikan ini, korang boleh dapatkan di kedai haiwan berhampiran atau kalau jenis malas atau musim PKP tak boleh keluar, korang boleh beli secara online. Macam cik en, cik en memang akan pilih platform Shopee sebabnya korang boleh compare harga, lebih banyak pilihan, ulasan pembeli dan rasa lebih selamat kot. Hahhaha. 

Okey la, jom kita tengok cat litter yang banyak di gunakan di Malaysia


Clay

Clay ini adalah cat litter jenis tanah liat. Kalau kena air selalunya dia akan mengembang dan akan melikat satu sama lain. Harganya yang murah jadi ianya pilihan utama untuk pemilik kucing yang memiliki kucing yang banyak. Banyak jenama yang ada di pasaran Malaysia dan juga ada bau bauan yang boleh mengurangkan masalah bau. Ada banyak jenis dan pilihan cik en adalah lebih halus seakan akan pasir. 

Harga yang berbaloi korang boleh dapat 10L kurang daripada RM15. Boleh tengok di Shoppe Clay Litter

Cyrstal


Jenis kristal ini pun ada di pasaran Malaysia. Diperbuat daripada Gel Silika. Jadi ianya dapat meresap air yang banyak.  Cik en tak pernah guna tapi banyak cik en dapat feedback daripada client klinik cik en yang suka dengan jenis ini

Harganya kurang daripada RM15 untuk 3.8 L. Kalau nak beli korang boleh ke Shopee Cyrstal Litter 

Tofu


Tofu diperbuat daripada soya, corn strach (hampas jagung/tepung jagung) dan asid sitrik. Ianya selamat pada kucing JIKA termakan dan sangat sesuai untuk melatih anak kucing. Kelebihannya jenis Tofu ini adalah boleh flush di mangkuk tandas kita tanpa perlu berlaku masalah. Boleh biodegradasikan dan mesra alam. Korang boleh baca review cik en mengenai penggunaan Tofu ini.

Harga lebih kurang RM15 untuk 6 L. Korang boleh tengok di Shoppe Tofu Litter

Recycle Newspaper / Kertas Surat Khabar


Yang ini ada yang cuma alas kan sahaja dalam bekas litter. Tapi yang ada di pasaran digulung kecil dan mudah untuk bersihkan. Harga dia agak murah. Macam di Shopee, 24L tak sampai RM50. Korang boleh tengok di Shopee Recycle Newspaper Litter

Korang boleh juga tengok perbandingan di https://youtu.be/TQXTVq0SFYE

Masih ada lagi jenis cat litter tapi kurang jadi pilihan atau masih belum masuk ke pasaran Malaysia seperti Coconut husks, Wheat, Wood, Walnut shells dan yang lain lain. Anyway dengan entri ini beri manfaat kepada korang yang masih belum tahu jenis cat litter yang ada di pasaran. 


4 comments

  1. untuk kucing di rumah nenek kitorang guna jenis clay tu..
    pernah guna yg jenis tofu tapi balik ke clay rasa senang nak urus..

    jemput join GA blog saya :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  2. Dulu pernah beli tp meow zaza ni tak nak..sudahnya dia poo poo kat lantai je ( dia ada rmh kayu khas belakang rmh )

    Klu yg jenis bela dlm rmh mmg kena ada ni kan

    ReplyDelete
  3. baru tahu ada byk jenis cat litter.. dulu zaman bela kucing pernah beli yg jenis pasir tp x thu la kandungan apa..pasir la kot kan..

    ReplyDelete
  4. Nice sharing.. baru tau. kalau tak mmg tataw..

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.