Kenapa Najis Kucing Busuk?

Kenapa Najis Kucing Busuk? | Ada juga yang bertanya pada cik en kenapa najis kucing mereka terlampau busuk sehinggakan pasir yang ada akan dibuang dan perlu ditukar ke pasir baru. Sedangkan pasir boleh scoop najis dan kencing sehingga habis. Lebih menjimatkan. Selain pasir, korang mungkin juga guna pasir kristal, tofu, kayu, kertas surat khabar dan lain lain lagi. Tapi apabila masalah bau menjadi isu utama. Ianya akan menjadi masalah kepada pemilik kucing. 




Kenapa Najis Kucing Busuk? 


Tapi tahukah korang Kenapa Najis Kucing Busuk? Cik en akan kongsikan antara punca punca Najis Kucing Busuk? Jom kta tengok

  • Masalah parasit seperti cacing pada kucing. 
  • Makanan kucing juga menjadi faktor. Kemungkinan ada makanan kucing sendiri yang menyebabkannya selain kerap menukar makanan.
  • Supplemen kucing juga boleh menjadi punca. 
  • Virus dan bakteria

Jadi perlu untuk korang bawa kucing kesayangan korang ke vet untuk didiagnosis oleh Vet. Tapi kalau sekarang korang nak dapatkan cara awal untuk mengurangkan bau busuk tersebut bolehlah guna tips ini

  • Ubat cacing kucing perlulah diberi sekurang kurangnya 4 bulan sekali. Ubat cacing yang ada di pasaran seperti Drontal, Prazivet, Wormil dan banyak lagi
  • Pertukaran makanan secara berperingkat
  • Gunakan pasir yang lebih berkualiti/ ada pewangi
  • Rajin bersihkan pasir 
  • Gunakan litter cat yang auto atau tertutup seperti Semi Auto Cat Litter Pan
  • Ajar kucing korang /train toilet di bilik air. Boleh guna produk Cat Train Toilet yang jenis ekonomi ini
  • Boleh guna deodorant pada pasir kucing seperti Beads Activated Charcoal

Harap ianya bermanfaat untuk korang. Apa apa pun, bawa kucing korang yang ada masalah ini ke vet bagi membolehkan pemeriksaan secara fizikal dan makmal. 

1 comment

  1. guna pasiiirr bau lavender / lemon.. tapi pricey sikit la..
    cuma xdak bau sngt.. kalau kucing dok dalam tu yang bau kuat sikit..

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.