Kesan Ubat Psikiatrik Hanya Pada Otak Bukan Hati

Kesan Ubat Psikiatrik Hanya Pada Otak Bukan Hati | Topik kali ini, cik en nak kongsi melalui pengalaman cik en. Seperti yang sedia maklum, cik en telah kehilangan besar dalam keluarga kecil dan besar cik en setiap bulan bermula awal tahun 2021. Bermula dengan Atok, mak saudara, abah, atok saudara dan terbaru bapa saudara. Semestinya ianya beri kesan mendalam kepada cik en. Dan mungkin yang tahu, cik en merupakan pesakit Psikiatrik dan dalam rawatan hospital. Dah masuk peringkat kedua tapi cik en boleh rasa hampir 50% sihat. Tapi... 




Kesan Ubat Psikiatrik Hanya Pada Otak Bukan Hati


Tapi dengan dugaan kehilangan satu persatu setiap bulan buat cik en semakin down. Anyway, cik en masih mengambil ubatan Psikiatrik jenis Luvox dan pernah menceritakan kesan pengambilannya. Apabila cik en mengalami dugaan besar ini, cik en masih lagi dengan ubatan yang sama. Cik en tidak terlalu down dan boleh bekerja secara normal. Cuma 2 minggu pertama kehilangan abah sangat down. Selepas itu normal tapi masih rasa sedih dihati. 


Apabila kehilangan Pak Ngah Mat pada 1 Mei, cik en mulai rasa tertekan. Masa ini, cik en ada skip ubat 2 hari. Sebenarnya cik en memang tak boleh skip ubat even sehari. Ianya akan menjejaskan fikiran cik en. Dan akhirnya akan libatkan hati dan perasaan. Kiranya cik en back kepada normal. 


Selepas skip, barulah cik en dapat rasanya sesuatu. Ubat Psikiatrik ini hanyalah control fikiran dan otak. Jadi, even cik en normal, boleh bekerja, bersosial, makan dan aktiviti lain, tapi jauh disudut hati cik en, cik en sangat down. Sebab itu, apabila cik en sedih (kes sangat kecil) cik en akan menangis sepenuh hati. Mungkin ianya bebanan kesedihan yang ada dihati selama ini. 


Diakui, semenjak kehilangan abah, cik en kerap rasa melayang layang. Cuba untuk check tekanan darah dan lain lain berkaitan tapi semuanya normal. Mungkin kerana ubat Psikiatrik ini buat cik en menyimpan semua perasaan sedih dan kecewa tapi hakikatnya cik en dah tak mampu menyimpan. 


Disebabkan itu, cik en skip 2 hari dan cik en jadi down teruk, cik en menangis tanpa henti untuk lepaskan apa yang cik en rasa. Ianya lebih baik dari cik en makan ubat dan tak memikirkannya. Tapi hanya 2 hari, sekarang cik en sambung semula rawatan dengan makan ubat. 


Jadi satu pengalaman cik en dapat adalah Kesan Ubat Psikiatrik Hanya Pada Otak Bukan Hati

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.