Lumpy Skin Disease (LSD) Pada Ternakan Lembu

Lumpy Skin Disease (LSD) Pada Ternakan Lembu | Sebelum penyakit ini heboh di media massa dan sosial, cik en sendiri dah mengetahuinya lebih awal sebagai kakitangan Jabatan Veterinar. Apa yang dimaklumkan kepada kami, ianya hanya memberi kesan ekonomi kepada penternak. Kerana jika LSD ini kronik, ianya memberi kesan kepada kualiti daging. Tapi masih belum dibuktikan ianya penyakit Zoonatik. Zoonotik adalah penyakit yang boleh menjakiti manusia. LSD merupakan salah satu penyakit yang wajib lapor kepada Jabatan Veterinar.




Asal Usul Lumpy Skin Disease (LSD)


Sebelum itu, LSD atau dipanggil kulit kental ini bermula di Afrika pada tahun 1957. Di Negara Asia, ianya di kesan di Vietnam pada Oktober 2020, Myammar pada November 2020 dan terbaru di Thailand April 2021. Di Malaysia dikatakan di kesan di pusat kuarantin dan ianya telah dipantau oleh Jabatan Veterinar.


Faktor Pembawa Lumpy Skin Disease (LSD)


Oleh disebabkan faktor pembawanya seperti nyamuk, kutu dan lalat, dan jalan tikus, kemungkinan dah mula ada di Malaysia.


Kesan Lumpy Skin Disease (LSD)


Seperti yang cik en maklumkan di awal tadi, LSD atau kulit kental ini memberi kesan ekonomi. Ianya memberi kerosakan kepada kulit dan daging ternakan. Bagi jenis tenusu pula ianya menurunkan penghasilan susu.


Tanda Tanda Lumpy Skin Disease (LSD) 





Gejala Klinikal

  • Deman yang tinggi
  • Lelehan pada mata dan hidung
  • Lesi & Pembentukan Nodul pada kulit
  • Lesu
  • Kematian

Tindakan Jika  Lembu ada Lumpy Skin Disease (LSD) 


Tindakan awal yang perlu penternak buat adalah 

  • Laporkan kepada Pejabat Veterinar yang berhampiran
  • Asingkan lembu yang bergejala dan tidak
  • Hentikan pengeluaran dan kemasukan lembu baru pada ladang tersebut
  • Biosekuriti ladang perlu ditingkatkan

Apa pun korang boleh rujuk www.dvs.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai LSD ini. Atau boleh rujuk terus ke Lumpy Skin Disease (LSD)
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post