Genap 100 Hari Abah Pergi

Genap 100 Hari Abah Pergi | Betulah kata orang, rindu paling sakit rindu pada yang dah tiada. Hari ini 8 Jun 2021, genap abah pergi. Nampak macam cik en biasa biasa tapi hati ini tak leh nak ungkap apa apa. Ikutkan cik en nak sibukkan diri sampai betul betul okey tapi sebab PKPD dan Lockdown, hasrat tu kesampaian. 




Genap 100 Hari Abah Pergi


Jika sebelum ini, cuti sahaja cik en akan balik ke kampung dan akan uruskan semua urusan arwah dan urusan mak dalam iddah tapi masuk 2 minggu cik en habiskan masa di rumah. Ditambah Bekerja Dari Rumah dan jadual rawatan di klinik. Jika sebelum ini, cik en tak banyak habiskan masa di rumah tapi kali ini berbeza. 

Abah pergi disamping cik en seorang masa itu. Di rumah inilah arwah habiskan masa sebulan terakhir. Kami jarang bersembang dan jarang luangkan masa sama sama. Tapi berbaki sebulan di rumah cik en banyak bagi kenangan pada cik en. Minggu pertama PKPD, masa cuti dan cik en habis semua kerja kiranya dah habis kesibukan, terbayang arwah di kerusi yang cik en beli. Tengok TV yang beli disebabkan arwah stay di rumah ini, tengok bilik dia tidur, tengok ikan masin yang dia beli beberapa jam sebelum dia pergi, terbayang dia memasak, terbayang di menyapu di luar rumah dan macam macam lagi buat cik en tak kuat. 

Down sangat masa minggu pertama dan kebetulan cik en ada temujanji dengan pakar psikitrik dan disebabkan itu, doktor suggestkan up dose ubat seperti mana yang cerita di Akhirnya DOktor Naikkan Dose Ubat. Cik en semakin baik tapi bila diuji sebegini, cik en down balik. 

Cik en kena kuat kan? Untuk mak dan adik cik en serta tanggungjawab yang lain? Doakan cik en kuat dan terus kuat. 

Abah.. Along sayang abah. 

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.