Sebenarnya Cik En Sakit...

Sebenarnya Cik En Sakit... | Berbalik kepada cerita cik en di entri Cik En Masuk Ward? cik en dah berjanji nak menceritakan penyakit kedua cik en. So untuk entri kali ini, cik en akan ceritakan secara detail disebabkan cik en rasa cukup sedia untuk ceritakan. Anyway family cik en pun tak tahu jadi menjadi salah satu sebab kenapa cik en tak bercerita. Walaupun tidak terlalu kronik tapi ianya memberi kesan kepada cik en dalam masa beberapa tahun ini. 




Semuanya Bermula..


Kisah ini bermula selepas cik en balik daripada travel Pulau Perhentian. Sebabnya sebelum itu tak ada apa apa masalah pun. Balik dari sana, cik en rasa tak sihat dan perut nampak sedikit berisi. Mak cik en ada bawa cik en berubat kampung dan orang tersebut kata cik en mengandung. AAAAAA... jangan terkejut sangat, baca habis dulu okey. Orang tersebut kata ada something di bahagian rahim dan mak tak beritahu cik en. Tapi cik en memang dapat rasa perut boroi sebab baju dah mula sendar di bahagian perut. Bila dipegang masa baring memang ada ketulan besar seperti janin. 



Cik en pun tak ambil kisah dan anggap mungkin cik en gemuk memandangkan selera makan cik en memang kuat. Cik en cuba juga abil detox, diet, pakai bengkung tapi tetap tak okey jadi rasa stress juga. Sampailah bulan 1 tahun 2020 cik en dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan stress yang teruk. Dan masa ini doktor buat scan dan katanya mengandung. Disebabkan cik en masih bujang, doktor kena panggil pakar OnG untuk check. Doktor suspek fibroid dan perlu follow up ke pakar.


Follow Up di Pakar Obstetric & Gynecology




Bulan 2 tahun 2020. cik en buat follow up dan discan semula dan memang ada fibroid di dalam rahim cik en. Ada 2 cara untuk check fibroid adalah dengan abdominal ultrasound scan dan transvaginal ultrasound scan. Cik en hanya buat abdominal ultrasound dan transvaginal tidak dapat dibuat sebab cik en belum berkahwin. Sebabnya untuk transvaginal perlu check melalui vagina kita


Masa dapat tahu, cik en sebenarnya tak boleh terima hakikat memandangkan cik en pun ada MDD yang mana memberi kesan depression sangat teruk. 2 tahun juga cik en rahsiakan daripada keluarga sehinggalah abah cik en meninggal dan baru cik en cerita pada mak cik en. Sekarang rasanya dah 2 tahun 10 bulan cik en disahkan ada fibroid. 


Cik en memang research pasal fibroid ini. Tapi ianya tak dapat dikenal pasti punca terjadinya dan tak ada ubat untuk sembuhkanya 100%. Ubatan yang boleh diberi hanya ubat tahan sakit, ubat kurangkan pendarahan, ion dan mana mana ubat berkaitan dengan masalah seseorang tersebut. Selain itu pembedahan. Tapi tetap ada peluang untuk fibroid ada semula. 


Tanda Tanda Fibriod Pada Cik En


Antara tanda tanda pesakit fibroid adalah 

  • Pendarahan (haid) yang banyak dan lama. Jadi mengakibatkan anemia yang teruk. Itu yang berlaku pada cik en sekarang. 
  • Nampak seperti mengandung jika fibroid besar. Itu juga berlaku pada cik en sebabnya saiznya sangat besar iaitu 10x8. Dianggarkan mengandung 20 minggu atau 5 bulan. 
  • Kerap buang air kencing jika kerap minum. Berlaku juga pada cik en. Jadi cik en tak boleh minum banyak so akan ada effect pada kulit kering dan juga masalah sembelit. Ini disebabkan fibroid menekan pundi kencing.

Tanda lain boleh rujuk entri ini -- https://www.doctoroncall.com.my/soalan/tanda-tanda-fibroid


Sepatutnya...




Sepatutnya doktor minta cik en buat pembedahan untuk keluarkan fibroid. Dari ultrasound, fibroid cik en di dalam rahim dan seketul sahaja. Ada fibroid yang banyak di pelbagai tempat. Disebabkan saiznya yang besar, banyak risiko yang perlu cik en tahu. Dan yang paling besar risikonya adalah rahim akan dibuang. SOoooo.. apabila rahim dibuang, cik en tak boleh mengandung dan ada anak kan? Even banyak teknologi canggih but naluri semua perempuan nakkan moment mengandung dan melahirkan. That why, emosi cik en sangat terganggu sepanjang 2 tahun ini. 


Sebab itu juga cik en dah mula jauh dari dunia blog, sosial media dan semuanya sedangkan cik en suka dengan semua ini. Cik en tak boleh lagi nak join famtrip, join travel yang extreme, aktiviti entreme dan banyak lagi disebabkan masalah masalah yang cik en ada sekarang. Cik en banyak menyendiri dan bawa diri. 


Sehinggalah arwah abah pergi, cik en perlu kuat untuk keluarga. Jadi cik en kena hadapi semuanya dengan kuat even dose ubat psikitrik dari 50mg kepada 150mg sekarang. Sejujurnya, cik en tak ramai kawan, kalau ada pun, cik en lebih selesa kawan yang jauh sebabnya jika cik en rasa down, cik en akan off semua socmed dan phone. 


Tapi, cik en perlu bekerja dan perlu bejumpa ramai orang. Disebabkan itu, cik en cuba cari keseronokan bekerja untuk bantu cik en dalam mood okey semasa bekerja. That why, banyak cerita, gambar dan video haiwan kesayangan cik en kongsi di facebook, instagram dan tiktok. Otak cik en boleh train tapi tubuh badan yang sakit tak boleh dielakkan. Jadi bersyukur juga sebabkan Covid, kita PKP dan cik en boleh bertahan bekerja half day. Cuma sekarang dah full day balik jadi cik en kena jaga makan dan kena ambil ubat mengikut masa ditetapkan. 


Sebenarnya Cik En Sakit...


Sebenarnya Cik En Sakit Fibroid dan Major Depressive Disorder (Depression)


Harap korang boleh doakan cik en untuk kuat dan semangat!

3 comments

  1. Allah cik en, patut la cik en sepi jer sekarang ni. semoga cik en terus kuat dan moga cepat sembuh tau

    ReplyDelete
  2. cik en, be strong ya. I'm with you.

    ReplyDelete
  3. Semoga lekas sembuh, semoga dipermudahkan segala urusan buat kamu <3

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.