Cik En Masuk Ward?

Cik En Masuk Ward? | Eh, cik en masuk ward? bila masa? tak perasan pun. Sememangnya semua orang tak tahu pun even family. Sebabnya ianya bukannya pengsan tetiba atau tergolek kuch kuch hota hai. Ini dipaksa oleh doktor disebabkan masalah anemia yang teruk. Sebelum itu, sesiapa yang mengikuti dari awal penceritaan cik en mesti korang perasan cik en pernah kata cik en ada 2 masalah kesihatan. Yang pertama adalah MDD (anyway baru tahu namanya MDD bukan OCD). Silap permahaman sebelum ini. Dan satu lagi masalah kesihatan cik en rahsiakan sebab masa itu belum bersedia untuk bercerita. Tapi dah masuk 2 tahun , cik en rasa cik en nak berkongsi juga. Even tak ada yang membaca tapi anggaplah ini diari kehidupan cik en. So, penyakit kedua ini ada kaitan dengan tajuk entri ini. | Cik En Masuk Ward?




Kenapa Cik En Masuk Ward?



Cik en masuk ward kerana kekurangan darah yang teruk atau dinamankan anemia. Asalnya, cik en ke hospital kerana temujanji doktor psikitrik. Seperti biasa, konsultan dan sembang sembang. Dan disebabkan doktor yang cik en dapat hari tersebut, sangat friendly so cik en cerita cik en ada sakit kepala dibahagian belakang. Dari situ, doktor tanya, bagaimana follow up penyakit cik en satu lagi, sejujurnya cik en dah missed temujanji yang sepatutnya bulan jun 2021. Doktor nasihatkan untuk dapatkan temujanji yang baru. Sebab kemungkinan sakit kepala cik en ada kaitan dengan penyakit itu. 


Tapi doktor decide untuk ambil darah untuk check level HB. Selesai cik en ambil darah, cik en terus ke jabatan satu lagi untuk buat temujanji baru. Hampir 30 minit menunggu dan dapat temujanji pada 11 November 2021. Selesai sahaja terus cik en ke bahagian farmasi untuk ambil ubat. Dalam 30 minit juga urusan tersebut. Dan selesai urusan, cik en perlu bergegas balik ke klinik memandangkan ada 2 ekor lagi kucing yang perlu cik en mandulkan. Tiba Tiba......


Kring... Kringgg.. (versi Iphone ahahahah)


Nampaknya klinik psikitrik call cik en. Dan tekaan cik en benar, doktor call dan minta untuk datang segera ke psikitrik. Nasiblah tak jauh. 


Cik en sampai dan terus masuk dan doktor kata HB cik en 5 .. Sangat rendah dan wajib masuk ward. Anyway, cik en minta juga untuk balik dan kawal makanan tapi doktor tak bagi dan akhirnya cik en ikut apa yang terbaik. Dan disinilah bermula cerita cik en masuk ward


Cik En Masuk Ward





Cik en masuk ward dalam pukul 5 petang 13 September 2021 dan ditempatkan di ward bersalin kerana hospital tersebut dah dijadikan hospital Covid. Kebetulan kes mula tinggi dan ward vip dipenuhi dengan kes Covid. Jadilah cik en sebahagian geng ward bersalin. Setiap kali doktor atau nurse datang mesti cakap pasal suami. Tapi sebenarnya baju yang diberi berbeza dengan geng bersalin. 


Prosedur masuk ward agak lama dan doktor perlu buka fail dan nak tahu semua history untuk rujukan sepanjang warded. Dipendekkan cerita, cik en perlu masuk 2 bag darah dan 1 normal saline yag dicampur ion. Untuk bag pertama, tangan sebelah kiri dicucuk. Anyway sesiapa yang pernah masuk darah memang akan rasa sakit sangat berbanding air . Sebabnya kelikatan darah lebih pekat. 


Dari pengalaman cik en masuk darah 2 tahun lepas, doktor masukkan di bahagian lengan kerana salur darah lebih besar dan tak rasa sakit. Jika di masukkan di bahagian tangan, agak sakit dan merana sikit la disebabkan salurannya lebih kecil. 






Bag pertama dimasukkan bermula jam 12 tengah malam dan berakhir 4.30 pagi. Memang tak boleh tidur sebab sakit. Bag kedua pula bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Untuk pengetahuan korang, ada risiko jika masuk darah ini dan doktor akan minta kebenaran kita. Yang itu, cik en akan cerita di enri yang lain okey?


Lebih kurang jam 3.30 petang, cik en dipanggil untuk buat swap test Covid. Kenapa? Itupun cik en akan cerita entri yang lain sebabnya akan jadi panjang lebar pula. 





Jam 5.00 petang cik en perlu masuk Normal Saline atau NS yang dicampur dengan ion. Untuk develope sel darah merah.. Kali ini cik en guna mesin yang boleh setkan masa lebih tepat iaitu 2 jam. So ini  mesinnya


Selesai NS drip lebih kurang 7 malam dan cik en dibenarkan balik. Disebabkan cik en di ward bersalin, dah malam dan family tak tahu, jadi, cik en tak boleh nak minta tolong sesiapa dan cik en sendiri uruskan keluar ward. Anyway tahu juga la caranya even kaki bengkak disebabkan berjalan jauh sedikit ke kaunter pembayaran. 




Sebagai kakitangan awam, kita boleh gunakan GL dan tidak perlu dibayar. Selesai pembayaran, ambil ubat dan dalam pukul 8 malam, cik en drive balik ke rumah. 


Anyway, tangan dan kaki bengkak, jadi sakit juga la tekan pedal minyak dan brek serta pusing stering. 





Hari kedua keluar ward, kaki tangan membengkak disebabkan drip air dan tempat cucuk . Sampai sekarang masih jadi OKU sementara. 


Mesti ada yang tanya, apa sakit cik en selain MDD? Itu kena tunggu entri seterusnya. Kena la kan dengan tajuk di atas. Hanya warded cik en cerita. ahahhahaha

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Asalam semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Semalam tengok dkt ig cik en. Itu datang baca tu. Semoga baik2 saja ya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post