Pengalaman Di Vaksin Jenis Sinovac Untuk Covid19

Pengalaman Di Vaksin Jenis Sinovac Untuk Covid19 | Anyway dah lama cik en nak kongsi pengalaman ini tapi macam biasa, cik en sibuk di klinik dan balik dalam keadaan letih dan buat mood nak menaip tu tak sampai. Even cik en hanya bekerja 5 jam (sebelah pagi) sahaja tapi penat dia sama juga kerja sepenuh masa. Sebabnya cik en dah terima buat permandulan betina. Sebelum ini accept jantan sahaja. Tapi dengan keadaan sekarang, ramai yang tak mampu tapi nak kawal pembiakan kucing mereka jadi cik en terima spaying buat masa ini memandangkan di klinik keajaan agak murah casnya. Eh.. meleret pula cik en ini. Back kepada tajuk entri cik en kali ini cik en nak kongsi pengalaman cik en menerima vaksin Covid19. 





Pengalaman Di Vaksin Jenis Sinovac Untuk Covid19


Seperti mana kita semua tahu, ada 3 jenis vaksin Covid19 yang ada di Malaysia buat masa ini iaitu Prifzer, Sinovac dan Astrazaneca. Hope tak salah eja la ye. Hihihi. Cik en dapat vaksin jenis Sinovac dose pertama pada 7 Julai 2021. Tempat cik en agak lambat juga tapi mungkin kawasan kami bukan hot area. Anyway kami dapat kuota kakitangan kerajaan yang perlu memberi perkhidmatan kepada orang awam. Boleh dikatakan frontliner juga la kan? Tempat PKPD atau PKP atau PKPP atau apa apa lagi yang ada masalah ternakan perlu perkhidmatan daripada kami. 

Malam sebelum cik en divaksin, cik en dah bersedia dari mental dan fizikal. Sebabnya cik en kerap sakit dalam 5 tahun kebelakangan ini. Memandangkan cik en ada masalah Hepatitis. Mungkin kerap tercucuk diri sendiri kot masa buat rawatan buat protection dah rendah. Jadi antibodi memang tak kuat. Disebabkan itu, cik en dah stanby Cool Rhino, Panadol dan Cool Fever. Nanti dah tak sihat, tak kan nak suruh boboi gi beli kan? 

Proses pemberian vaksin sangat laju. Temujanji cik en pukul 10 pagi dan suasana tidak panas dan stress. Semuanya laju dan around 30 minit settle dan boleh balik ke pejabat. Cik en kongsi juga carta aliran cik en untuk dose pertama

  1. Sepatutnya 9.30 dah dipanggil tapi cik en sampai lagi 5 minit pukul 10 pagi. Jadi tunjuk My Sejahtera dan terus masuk. 
  2. Terus ke kaunter nombor dan agak ramai tapi sekali panggil 10 orang. Jadi prosesnya jadi laju la
  3. Cik en diberi form untuk divaksin dan status kesihatan semasa
  4. Nombor dipanggil tak sampai 10 minit dan ke meja pendaftaran 
  5. Selesai pendaftaran terus ke kerusi menunggu pengesahan doktor. 
  6. Tak sampai 5 minit selesai pengesahan dan terus ke kerusi menunggu masuk ke dewan 
  7. Serahkan borang dan kad pengenalan kepada RELA dan masuk dewan
  8. Dalam dewan ada 4 bilik sementara dan setiap bilik dikhaskan 10 orang untuk satu sesi. 
  9. Menunggu di kerusi menunggu dan tak sampai 5 minit terus dipanggil nama
  10. Proses penvaksinan lancar, dapat vaccinator perempuan dan tak sampai 3 minit selesai. Tak Cakit Pon! ahhahah
  11. Selesai divaksin, diberi kad pengesahan vaksin dan terus ke bahagian kerusi terakhir
  12. Kerusi terakhir perlu 15 minit (lebih kurang) untuk dipantau oleh doktor, jururawat dan pasukan penvaksinan. Hanya duduk dan main telefon. hahahha
  13. 15 minit berlalu, nama di panggil, ditanya okey ke tak dan cik en jawab okey seterusnya boleh balik. 
  14. Sebelum balik, selfie dulu di board disediakan
Next adalah part yang mungkin ditunggu tunggu iaitu kesan pada cik en selepas vaksin kali pertama

Kesan Dose Pertama Sinovac


Sejujurnya, cik en tak ada masalah, suhu normal, tak sakit kepala, sihat dan masih aktif buat kerja selepas vaksin. Malamnya pun sama, cuma cik en tidur awal sebab mengantuk dan makan banyak sebelum itu. So dose vaksin pertama cik en semuanya berjalan lancar

Selepas 3 minggu pada 28 Julai 2021, jadual cik en untuk 2nd dose. 

Anyway, beberapa hari sebelum itu, cuaca agak panas dan malam sebelum divaksin, cik en mula rasa nak demam. Tapi cik en minum cool rhino dan gunakan cool fever di kepala, tapak kaki dan belakang leher. Hahahah. Berharap, cik en tak perlu menunda tarikh vaksin

Esoknya, Alhamdulillah, sihat dan cik en sempat mandulkan beberapa ekor kucing sebelum temujanji pukul 10 pagi. Untuk kali kedua, proses lebih cepat. Ambil nombor, daftar dan terus ke kerusi menunggu masuk ke dewan. 

Tepat pukul 10.00 cik en divaksin dan mereka benarkan untuk masuk lebih awal dari masa temujanji. Kali ini dalam 20 minit cik en selesai penvaksinan dan terus masuk kerja

Kesan Dose Kedua Sinovac


Kesan untuk kali kedua lain dari pertama. Cik en mula pening dan rasa lemah badan. Malam itu, cik en tidur awal. Rasa lemah dalam beberapa hari dan hari ini, hari cik en buat entri ini adalah seminggu selepas vaksin, badan kembali normal. 




Diharap, Malaysia boleh capai imuniti kelompok lebih cepat memandangkan dah hampir 10 ribu kematian dicatat. 

Korang yang masih belum dapat temujanji, jangan risau, masa akan tiba juga. Apa jua jenis vaksin, terimalah sebabnya semuanya dapat membantu ketahanan badan kita melawan virus pandamik ini. 

Cik en harap, entri ini akan menjadi satu memori untuk cik en beberapa tahun akan datang. Insyallah. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Lama jugak ye kesn sinovac ni. Hari tu pun kita kena sinovac. hehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah cik en!Semoga dijauhkan dari virus covid 19

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..kita pun dah vaksin

    ReplyDelete
Previous Post Next Post