Boleh Ke Campur Makanan Kucing

Boleh Ke Campur Makanan Kucing | Cik en pernah kongsi cara cik en campur makanan kucing untuk boboi dan gegirl di Tiktok. Dan ada yang tanya Boleh Ke Campur Makanan Kucing? Anyway cik en dah jawab di Tiktok tapi cik en nak ulas lebih panjang di blog. Sebab ianya unlimited dan boleh cik en selitkan link link yang berkaitan kan? Sebelum itu cik en nak tanya, korang bagi kucing makan adakah sama sahaja dari dulu sampai sekarang atau ada tukar tukar atau pun buat macam cik en campur makanan mereka. 




Boleh Ke Campur Makanan Kucing


Anyway boleh sebenarnya nak campur jenis jenis makanan kucing yang ada di pasaran. TAPI dry dengan dry food sahaja. Tak digalakkan campur dry dan wet kecuali semasa kucing nak makan. Kira fresh food la. Kalau dicampur awal tak boleh okey


Menurut PETMD di artikel mereka Is Variety the Spice of Life? di bolehkan untuk campur makanan yang sama jenis iaitu kering dan kering. Selalunya produk premium yang ada di pasaran dah disediakan makanan kucing yang khusus untuk masalah dan jenis kucing kita. Setiap makanan ada formulanya sendiri. Jika bagi satu jenis pun tiada masalah tapi boleh dicampurkan dengan yang lain jika ianya berseuaian. 


Contoh yang cik en campur adalah Royal Canin Indoor dan Royal Canin Hairball. Dan masih ada baki sedikit Royal Canin 2nd Kitten Aged. So ada 3 jenis yang dicampurkan sekali dalam satu bekas. Selagi kucing okey, tidak ada masalah kesihatan boleh teruskan. 


RC kitten tidak sesuai untuk kucing lebih dari setahun disebabkan formulanya yang sesuai untuk kitten. Untuk buat pertukaran, kita tak boleh tukar secara mengejut dan cik en ada kongsi Cara Memperkenalkan Makanan Baru Pada Kucing


Tapi ada juga Vet yang tak mengalakkan campuran sebegini disebabkan setiap makanan kucing yang berkualiti atau premium dah ada resepi terbaik untuk mereka. Tapi ada juga yang galakkan jika kucing yang ada masalah sentitiviti pada perut. 


Apa pun, cik en masih mengamalka pencampuran makanan dan tidak terhad kepada satu satu jenama sahaja. Harap dengan perkongsian ini boleh bantu korang. 

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.