Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh

Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh | Lama juga cik en tidak menginap di mana mana hotel sepanjang wabak pandemik melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, cik en terpaksa melupakan hobi travel dan vacation. Tapi apabila keadaan semakin reda dan bertambah baik, cik en terpaksa melepaskan gian untuk menginap di hotel. Tapi bukannya main pilih sahaja hotel tapi cik en akan memastikan segala SOP yang ditetapkan diamalkan. Cari punya cari, cik en terjumpa Travelodge Ipoh yang dikatakan masih baru di Ipoh. Dan cik en pun mencari maklumat yang Travelodge Ipoh ini mengamalkan SOP yang ketat bagi memastikan keselamatan semua pelanggannya. Anyway, cik en bersama sama keluarga kali ini untuk relekskan diri selepas hampir setahun tak dapat bercuti. 


Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh Selepas Covid-19

Terletak berhampiran Padang Polo, Hospital KPJ Ipoh dan tidak jauh daripada tempat menarik di Ipoh, buat cik en syorkan kepada korang untuk menginap di sini jika datang ke Ipoh. Walaupun terletak di kawasan bandar tapi kawasan sekitar Travelodge Ipoh ini lebih santai dan tenang dengan hiruk pikuk. Sesuai sangat untuk aktiviti bonding bersama keluarga. Jika bersama rakan rakan, banyak tempat menarik yang ada di Ipoh untuk korang kunjungi. 

Tarikan utama Travelodge Ipoh pada cik en adalah rekabentuknya yang nampak mewah tapi harga yang berbaloi. Mudah untuk mencari Travelodge Ipoh ini. Apabila masuk, korang akan nampak rekabentuk moden dengan tulisan Selamat Datang dari pelbagai bahasa. That why kot namanya travelodge atau travel + lodge. Sesuai untuk kaki travel. 

Ada 4 lift dan korang kena naik lift yang mempunyai permandangan untuk buat korang sebut "wow" apabila naik keatas. 

Wow tak? Inilah permandangan yang terbaik dalam Travelodge Ipoh ini. Terasa macam luas permandangan. Kalau rasa nak feel lagi, korang boleh tengok versi video di Travelodge Hotel 

Keluar daripada lift, cik en rasa selesa dengan lantainya yang beralas dengan karpet dan nombor bilik yang mudah dicari.


Seterusnya kita terus ke bilik. Cik en memilih Family Deluxe Room. Bilik ini sesuai untuk 4 orang, mempunyai ruang bersantai dengan permandangan yang berbeza berbanding ruangan katil. Ringkasanya seperti berikut 

  • 46 square metres
  • 2 queen beds
  • Accommodate maximum 4 persons
  • City view
  • Daybed
  • Daily housekeeping service
  • Cable / satellite TV
  • Air conditioning
  • Free Wi-Fi
  • Work desk
  • Telephone
  • Closet
  • Mini fridge
  • Free bottled water (yang ini dah tak provided sebab untuk mengurang plastik)
  • Coffee and tea-making facilities
  • In-room safe box
  • Hair dryer
  • Complimentary toiletries
  • Slippers
  • Ironing facilities (Available upon request)
Setakat ringkasan tanpa gambar mesti tak puas kan? Jom cik en belanja apa yang ada dalam bilik cik en. 












Anyway kebanyakkan pakej bilik ini termasuk sekali dengan pakej brekafast. Even agak lewat cik en turun tapi masih banyak lagi makanan yang ada. 









Untuk tengah hari, cik enmencuba steamboat dia. Memang sedap dan lain daripada tempat lain. Kuah dia boleh pulak cik en lupa.. Tapi cik en suka sangat yang warna merah tu. Mak cik en pun sama. Tapi kuah tu related dengan chinese menu.. 






Antara permandangan yang sempat cik en rakam yang mungkin korang nak tahu apa ada di Travelodge Ipoh ini






Mesti ada tertanya, berapa semalam untuk bilik yang cik en menginap tu? Harga bilik tu RM350 dengan 4 breakfast tapi kalau korang rajin ke laman web Travelodge Ipoh, korang boleh dapatkan grab harga yang lebih berbaloi. Untuk maklumat lanjut, boleh ke 


Travelodge Ipoh
Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia
Telephone Number: +60 5 242 8888
tlip.enquiry@travelodgemy.com

9 comments

  1. wahh bestnye tempat dia.. selesa, bersih... nmpk mewah jugak.. best kalau dpt menginap jugak kat sini.

    ReplyDelete
  2. Hari tu memang plan nak ke Ipoh tapi disebabkan xleh rentas negeri. Hasrat terkubur begitu sahaja. Huhuhu.. Nti ade pluang g leh try stay sini.

    ReplyDelete
  3. Besar betul hotel nie rupanya. Nanti kalau boleh ke Ipoh, nak try la menginap sekali kat sini

    ReplyDelete
  4. Abes PKP, boleh g sini, bilik bsr sesuai dgn kami

    ReplyDelete
  5. Best kan kalau dpt travel tempat org tp tengah cobid ni kenalah bersabar.. Btw nmpk cntik tempat ni cik EN

    ReplyDelete
  6. Hotel dia cantik, bilik pun tgk selesa utk family menginap

    ReplyDelete
  7. Best duduk kat Travelodge Hotel ni...view malam dia tenang je cik en

    ReplyDelete
  8. Luasnya bilik dia. Dining hall pun sama. Boleh try stay sini nanti.

    ReplyDelete
  9. Bagus juga hotel ni, semua facilities well maintain and bilik pun selesa.

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.