Nampak Mengandung Disebabkan Fibroid | Kerap kali cik en akan diajukan soalan, mengandung ke? Dulu cik en akan mengelak untuk bercakap mengenai sakit ini dan selalu cakap lemaks lemaks berkumpul. Mengandungkan lemak ayat paling kerap cik en sembangkan. Tapi semenjak cik en mula open untuk bercerita mengenai sakit cik en ini, cik en berterus terang yang cik en ada fibroid. Mungkin ada terlepas entri cik en sebelum ini. So mana nak tahu pasal sakit cik en ini boleh ke entri Sebenarnya Cik En Sakit...
Nampak Mengandung Disebabkan Fibroid
Dalam entri sebelum ini, cik en ada bercerita yang fibroid cik en sebesar 8cm x 10cm dan saiz ini seperti mengandung 20 minggu atau 5 bulan. So tak salah la tanggapan mereka mengatakan cik en mengandung. Lagi pula bahagian lain cik en seperti jari dan tangan nampak kurus. Ada juga menimbulkan fitnah sebabnya cik en kan masih belum berkahwin tapi perut seperti mengandung.
Baru baru ini, cik en ada temujanji dengan OnG dan apabila di scan nampaknya saiz sedikit membesar. Saiz terbaru 8cm x 12cm. Nampak macam mengandung 6 bulan. Nampaknya cik en perlu juga menjalani pembedahan disebabkan saiznya yang semakin membesar dan menganggu juga organ yang lain. Untuk masa akan datang, jika cik en berkahwin dan ingin mengandung, pelbagai komplikasi akan berlaku. Jadi setelah menimbang tara, berbincang dengan en tunang, keluarga dan kawan rapat. Cik en decide untuk buat pembedahan membuang fibroid.
Walaupun berisiko rahim akan dibuang tapi rasanya its more better untuk cik en teruskan kehidupan sekarang. Pekerjaan dan kehidupan peribadi cik en. Cik en tak perlu sekat hobi cik en pergi ride atau travel lagi. Jika ditakdirkan cik en teruskan hidup tanpa rahim, cik en kena redha kan? Tapi kalau rahim cik en dapat diselamatkan. Syukur Alhamdulillah
Apa pun, temujanji cik en 6 Januari 20222 nanti. Pada masa itu, cik en harap, cik en kuat dan berjaya atasi ketakutan. Masa itu juga cik en akan tahu, bila tarikh untuk cik en buat pembedahan. Untuk sebulan dua ini, cik en kena cari kekuatan diri. Anyway cik en join Kelab Adenomyosis & Endometriosis Malaysia untuk membina semangat positif dan disebabkan kelab ini jugalah, cik en berani ambil keputusan untuk pembedahan.