5 Makhluk Lahir Tanpa Ibu | Setiap benda bernyawa di dunia ini semestinya ada ibu. Ibu yang akan melahirkan anak. Cerita Nabi Isa yang dilahirkan oleh Mariam pun masih ada ibu walaupun tiada bapa. Tapi tahukah korang ada juga makhluk yang dilahirkan tanpa ibu. Tahu tahu dah wujud. Info kali ini cik en dengar dari ceramah ilmu di media sosial tapi cik en tak ingat di rancangan apa. Lagipun, entri ini dah ditaip lama dulu cuma cik en tak edit untuk publish. Jadi mesti korang yang tak tahu ingin tahu siapakan mahkluk yang dilahirkan tanpa Ibu.
5 Makhluk Lahir Tanpa Ibu
5 makhluk ini diceritakan wujud pada zaman dahulu. Jika ada lagi yang mungkin cik en terlepas pandang bolehkan komen dibawah ye. Sebabny cik en hanya take note sambil buat kerja lain masa itu. 5 Makhluk Lahir Tanpa Ibu ialah
Nabi Adam (a.s)
Kita sedia maklum, manusia pertama yang diwujudkan oleh Allah SWT adalah Nabi Adam. Allah jadikannya dan ditempatkan di syurga. Diturunkan ke bumi menjadi Khalifah pertama. Nabi Adam diturunkan ke bumi kerana mengingkari perintah Allah. Allah jadikan Nabi Adam dan semestinya tiada ibu yang melahirkannya. Jadi inilah makhluk pertama yang lahir tanpa ibu.
Hawa
Hawa ialah isteri Nabi Adam (a.s), wanita yang pertama dari kalangan manusia. Nama Hawa tidak dinyatakan di dalam al-Quran tetapi dinyatakan di dalam hadis. Menurut hadis, Hawa dicipta dari tulang rusuk kiri Adam di dalam syurga, namun al-Quran hanya menyatakan pasangannya Adam dicipta daripada Adam. Jadi Hawa juga makhluk yang dilahirkan tanpa Ibu
Unta Putih Nabi Saleh
Kisah Unta Putih ini berlaku pada zaman Nabi Saleh. Unta Putih ini adalah mukjizat yang ada pada Nabi Saleh bagi mengajak kaumnya beriman kepada Allah SWT. Unta Putih betina ini dikeluarkan dari celah batu tetapi malangnya kebanyakkan kaumnya tidak beriman juga walaupun mereka sendiri meminta Nabi Saleh mengeluarkan unta tersebut. Boleh baca cerita penuh di Kisah Nabi Saleh
Ular dari Tongkat Nabi Musa
Kisah ular ini adalah dari pertandingan antara Nabi Musa dan Ahli Sihir Firaun. Nabi Musa datang berjumpa dengan Firaun untuk mengajak Firaun beriman kepada Allah tetapi Firaun menyuruh ahli sihirnya untuk berlawan dengan Nabi Musa. Ahli sihir mencabar Nabi Musa menunjukkan bukti dirinya adalah utusan Allah. Disebab itu, Nabi Musa melemparkan tongkat dan tongkat tersbeut berubah menjadi ular. Kisah lanjutnya korang boleh baca di Kisah Nabi Musa
Kambing Biri Biri
Kisah Kambing Biri Biri ini berlaku pada zaman Nabi Ibrahim. Kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya. Tetapi sebelum disembelih, Allah telah menukarkan anak Nabi Ibrahim menjadi kambing biri biri. Kambing biri biri adalah salah satu mahkluk yang dilahirkan tanpa ibu.
perkongsian yang menarik. saya pun rasa ada lima ni je
ReplyDelete