One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak

One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak | Cik en paling suka kalau pergi satu tempat itu dan boleh buat pelbagai urusan dan pembelian. Kira macam one stop center. Dapat jimatkan masa dan seterusnya memudahkan kerja cik en. Faham la, cik en ini, memang sibuk memanjang. Kereta itu kalau tak disebabkan perlu isi minyak memang tak isi. Jadi tempat yang paling sesuai untuk buat one stop center ini semestinya di stesen minyak. Semuanya kita boleh buat serentak. Tak perlu nak ke sana sini dan mencari tempat letak kereta. Salah letak kena saman pula. Hahaha. Disebab itulah cik en suka singgah di Petronas UTP Seri Iskandar Perak




One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak


Bukan cik en tinggal di Manjung ke? Betul lal tu, tapi cik en kerap ke Ipoh untuk urusan rasmi pejabat, review dan adik cik en pun tinggal di sana. So, cik en akan kumpul semua urusan dan buat sekali di Petronas UTP Seri Iskandar Perak. 


Petronas UTP Seri Iskandar Perak



Petronas UTP Seri Iskandar Perak adalah kawasan paling strategik untuk sesiapa yang perlu berulang alik melalui kawasan ini. Kawasannya yang luas dan mudah untuk berhenti boleh buat Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini antara stesyen minyak terbaik di laluan lebuhraya Lumut-Ipoh. 


Apa yang ada di One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak?



Lebih 10 perkhidmatan yang ada di Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini termasuk basic services yang sedia ada. Tapi, cik en sukakan permandangan yang ada di belakang Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini. Ada tasik dan kalau sebelum Covid, ramai yang akan jogging. Tasik tersebut di dalam kawasan Universiti Teknologi Petronas dan angin sepoi sepoi bahasanya ditambah kerusi batu mengadap tasik akan dapat berikan rest yang terbaik sebelum memulakan perjalanan. 


Minyak jenis Primax95, Primax97, Diesel and Euro5




Dah nama stesyen minyak, so sememangnya adalah minyak kan? hahahha. Ala, cik en tak nak korang serius baca entri ini. Tapi di Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini ada Local Promo yang korang boleh Isi, Kumpul dan Tebus pada Stamp Card untuk Primax 95/97. Setiap isian rm20 dapat 1 cop dan kumpul minimun 5 cop dan tebus barang segera

  • Kumpul 5 stamps - Boleh pilih nescafe atau maggi hot cup
  • Kumpul 10 stamps - Boleh pilih sepeket maggi kari 2 min atau tepung gandum atau bihun Faiza 
  • Lengkap 25 stamps - dapat Baucar RM5 for fuel atau Kedai Mesra


Epay 

Seperti semua tahu Epay adalah Penyedia Perkhidmatan E-Pembayaran Sehenti yang menyediakan tambah nilai pra bayar dan pembayaran bil. 


Touch & Go

Sekarang, lebuhraya mengamalkan sistem touch & go sepenuhnya dan semestinya ianya memberi kelebihan kepada mana mana premis yang ada perkhidmatan ini. Selalunya sebelum memulakan perjalanan, selain isi minyak, tambah nilai kad touch & go adalah perkara wajib perlu di buat


Ejen Bank BSN (EB BSN)




Petronas UTP Seri Iskandar Perak juga merupakan Ejen BSN yang mana korang boleh

  • Buat pembukaan akaun
  • Pengeluaran wang
  • Penyimpanan wang
  • Pembayaran bil
  • Tambah nilai pra-bayar (top-up)
  • Pembelian SSPN
  • Pembayaran tanpa tunai


Tealive





Siapa suka boba? Semestinya Tealive tak asing lagi dengan korang kan? Cik en kalau ada tealive, tak isi minyak pun, cik en akan singgah. Di Petronas UTP Seri Iskandar Perak juga ada Tealive. Lalu pula masa tengah hari, semestinya happy tekak dapat sejuk sejuk dan berboba ini. 


Pos Laju EziBox



Siapa buat small bussiness atau selalu jadi despatch untuk pejabat? Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini ada Pos Laju EziBox yang mana memudahkan korang untuk pos dokumen dan barangan tanpa perlu beratur di Pejabat Pos Laju. Cepat dan dapat bantu korang kurangkan stress beratur. Cik en sendiri pun baru tahu sebenarnya dan lepas ini kalau ada barang nak pos, cik en akan kumpulkan dan kalau ke Ipoh boleh singgah Petronas UTP Seri Iskandar Perak untuk pos. 


Sampul Pra Bayar untuk Pos Laju Ezibox

Kalau ada Pos Laju EziBox, semestilah ada jual sampul pra bayar kan? Petronas UTP Seri Iskandar Perak ada menjual untuk 3 jenis berat iaitu 0.5kg, 1.0kg dan 2.0kg. Tak perlu nak pergi tempat lain, disediakan semuanya di kaunter Petronas UTP Seri Iskandar Perak


Perkhidmatan Asas




Seperti Petronas dan stesyen minyak yang lain, perkhidmatan asas seperti tandas, bilik solat dan ruang tempat letak kereta yang luas memang ada. tempat letak keretanya besar dan boleh untuk korang berehat sebentar di kerusi batu yang disediakan. Rasanya kalau dah boleh dine-in boleh juga korang beli Oden dan Tealive dan makan sebelum memulakan perjalanan


Perkhidmatan Makanan




Eh! Cik en sebut ada oden? Ya! bestnya di Petronas UTP Seri Iskandar Perak ada Oden yang shoooo shedap dari Oden World! Panas panas makan memang boleh kenyangkan perut yang kelaparan bawa kereta tau!. Selain itu ada Nestle Milano Coffee Machine, waffle, corn cup dari Daily Fresh, Durian crepe, Anis Chocolate Moist Cake, pelbagai produk IKS, kuih-muih, pastry (muffin, tuna puff, chocolate roll) dan frozen food seperti Lengquas


Perkhidmatan Penghantaran




Sekarang musim PKP, memang malas kan untuk keluar tapi korang teringin nak makan oden panas panas, Jangan risau, Petronas UTP Seri Iskandar Perak ada juga join Food Panda dan Grab untuk Cafe dan Kedai Mesra selain Tealive. Korang boleh search 

  • Foodpanda Food Delivery - Cafe @ PETRONAS UTP
  • Foodpanda Shops - Kedai Mesra @ PETRONAS UTP
  • Grab Food - Himawari Cafe UTP - PETRONAS UTP


Mesin ATM



Time macamnilah tak ada cash di tangan! Jangan risau, sekarang ini satu kemestian di stesye minyak ada perkhidmatan mesin ATM. Petronas UTP Seri Iskandar Perak menyediakan CIMB ATM bagi memudahkan korang buat perkhidmatan perbankan


Minyak Masak Subsidi

Jangan terkejut, Petronas UTP Seri Iskandar Perak juga ada jual minyak masak bersubsidi paket. Susah tau nak jumpa di Pasaraya, kalau ada mesti habis. Nak masuk supermarket macam leceh pula. so singgah je, dah boleh beli minyak subsidi ini


Perkhidmatan Fotostat




Ha! mana yang kelam kabut dan lupa nak fotostat dokumen boleh juga dapatkan perkhidmatan ini di sini. Ada potostat berwarna dan tidak bersaiz A4 DAN A3


Setel

Cik en 1st time juga tau ada apps Setel ini. Sebab nampak di kaunter Petronas UTP Seri Iskandar Perak, cik en pun research sikit. Rupanya Setel ini untuk korang yang tak suka bawa cash, tak suka pergi ke kaunter dan malas nak beratur. Dan sangat berguna untuk sesiapa rancang kewangan. Hanya tambah nilai dan gunakan untuk pembelian minyak kereta. Semuanya lengkap termasuk boleh aftar kad mesra korang. Nak tebus pun hanya guna apps ini. Makin canggih ye sekarang. Boleh cuba ini. 


FoodBank




Musim pandemik ini, banyak premis dan organisasi yang ingin menyumbang dan menjadikan tempat untuk foodbank. Petronas UTP Seri Iskandar Perak juga ada disediakan di bahagian pintu masuk. Banyak juga barangan yang ada. Harap dapat membantu mereka yang memerlukan


Mungkin di bandaraya besar, banyak stesyen minyak yang dijadikan one stop center tapi bagi bandar yang baru membangun seperti Seri Iskandar dan daerah berhampiran ianya memberi banyak manfaat. Memandangkan dekat dengan Institusi Pengajian Tinggi dan kawasan pejabat pejabat. 





Stesen Minyak PETRONAS UTP, 
Lot 13157, Lebuhraya Ipoh-Lumut (Arah Ipoh), 32610 Seri Iskandar, Perak.

1 comment

  1. bagusnya macam-macam ada sampai ke perkhidmatan fotostat

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.