Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin

Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin | Entri ini cik en pernah buat di Peringatan Kepada Bakal Pengantin pada tahun 2013. Tapi masa itu view tak banyak dan tajuk pun tak berapa menarik, jadi cik en cuba variasikan kepada yang lebih mudah difahami. Lagipun masa itu, banyak betul perkataan singkat dan pelik pelik. Entah kenapa, cik en teringin nak keluarkan semula topik ini. Mungkinkah cik en bakal berkahwin? Hurmmmm.. Doakan yang baik baik. Ok, jom cik en nak kongsi lebih lanjut Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin ini. 



Menebus Kaffarah Sebelum Berkahwin


Semestinya apabila bercinta, kita akan terlanjur berjanji. Janji perlu ditepati tapi kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Ajal, maut, jodoh dan rezeki di tangan Allah. Ianya pun rahsia dan akan dipermudahkan oleh Allah apabila sampai waktunya. Sebab Allah lebih  mengetahui bila masa kita betul betul bersedia. Allah takkan bebani kita dengan dugaan yang kita tak boleh tanggung kan?


Berbalik kepada tadi, apabila berjanji dan tidak ditepati, banyak mempengaruhi kehidupan selepas itu. Mungkin ianya boleh dikatakan bukan rezeki, belum sampai masa, masalah kesihatan atau permasalahan dalam rumah tangga tapi mungkin ianya salah satu cara yang boleh korang usahakan. Antara contoh yang mungkin biasa korang dengar, tiada rezeki lebih selepas berkahwin, tiada anak, hubungan suami isteri kejap dingin, kejap ok, ada anak tapi anak tidak sihat dan lain lain lagi. 


Korang boleh buat menebus kaffarah atau melanggar sumpah. Menurut kenyataan daripada MAIS, ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk menebus kaffarah ini


  1. Membebaskan hamba (seorang budak)
  2. Bersedekah ( seperti artikel cik en sebelum ini memberi 10 (ada kata 60 ) orang miskin dengan makanan ruji atau memberi pakaian)
  3. Berpuasa dengan syarat-syarat tertentu. 
Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kafarat sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar).” 
(QS Al Maidah: 89).

Puasa boleh dilakukan bila bila masa kecuali hari yang diharamkan puasa dan niatnya seperti berikut:
Niat puasa bagi membayar kifarat adalah seperti biasa : 

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk membayar kifarat sumpah kerana Allah S.W.T.

Menebus Kaffarah ini bukan sahaja boleh dibuat sebelum berkahwin tapi boleh juga dibuat selepas berkahwin. Diharap dengan perkongsian cik en ini, dapat membantu korang. Tapi jika artikel ini ada kesalahan dan khilaf, boleh komen dibawah ye. 

2 comments

  1. Perkongsian yang menarik dan berguna... Teruskan taubat walaupun sudah berkahwin.... Sebab kita tak tau Allah terima ke tak taubat kita tu kan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak.Setahu saya denda kifarat yang akak cakap tu untuk orang yang dah berkahwin yang melakukan persetubuhan pada waktu siang bulan ramadhan.

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.