Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ?

Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ? | Artikel ini cik en tulis dari pengalaman cik en sendiri. Ramai yang tahu, tanggal 1 Mac 2021, abah cik en pergi meninggalkan kami sekeluarga. Diakui, cik en tak pernah kehilangan orang terdekat. Jadi ilmu cik en mengenai selepas arwah tiada sangatlah nipis. Jadi, cik en banyak habiskan masa dengan mencari info dan ilmu sahih mengenai banyak perkara seperti apa tanggungjawab waris, bab menguruskan kubur arwah dan lain lain lagi. Pembacaan dan ilmu ini, cik en simpan dalam blog ini untuk rujukan cik en nanti dan berkongsi dengan pembaca cik en. Kali ini cik en nak berkongsi mengenai HUTANG. Perkara yang boleh menyebabkan roh simati tersangkut diantara langit dan bumi. Masih merujuk kepada pejabat mufti untuk cik en siapkan artikel ini. 




Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ?


“Jiwa (ruh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut diselesaikan.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih oleh al-Albani) 

Takut cik en baca mengenai hutang arwah ini. Disebabkan hutang, roh masih tergantung. Tapi wajib ke waris untruk membayar hutang arwah? Jawapannya adalah TIDAK tapi HARUS. Cik en yang masih ada ilmu agama walaupun tidaklah sepandai mana, cik en tak sanggup untuk tidak membayar. "Kesian pada arwah abah" "Mesti abah tak tenang" . Ayat ayat ini bermain di minda cik en dari awal sehingga kini. Lagi lagi cik en yang memengang amanah bagi arwah Abah

Tapi ada juga, hutang hutang yang kita tidak tahu dan dituntut oleh pemiutang apabila arwah pergi. Arwah pun tidak meninggalkan apa apa kenyataan melalui lisan atau bertulis. Jadi semua itu, cik en kena belajar banyak untuk memastikan semuanya selesai secara baik. 

Artikel ini bukanlah nak beritahu, arwah abah berhutang sana sini cuma ilmu mengenai hutang ini cik en kongsi secara keseluruhan untuk semua. Sebabnya ianya akan membantu korang yang sedang mencari maklumat ini. 

Apabila seseorang telah meninggal dunia terdapat beberapa hak dan kewajipan yang terkait dengan harta peninggalan arwah sebelum dibahagikan mengikut sistem faraid.

Antara kewajipannya adalah seperti berikut:

  1. Hendaklah mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengebumiannya.
  2. Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengebumian)
  3. Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.
  4. Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki.

Islam amat menitikberatkan soal kemuliaan harta selain jiwa dan darah manusia. Justeru, Syarak menetapkan pelbagai kaedah bagi memastikan hak-hak manusia terjaga dalam masa yang sama mengelakkan manusia bermudah-mudah dalam menuduh dan menjatuhkan hukuman kepada orang lain. 

Pengaplikasian kaedah di atas dilakukan seperti berikut:

  • Sekiranya seseorang itu mendakwa bahawa si fulan telah berhutang kepadanya sejumlah harta, maka Qadhi (Hakim) menuntut dirinya untuk mendatangkan bukti atau saksi atas dakwaannya tersebut.
  • Jika dia tidak mampu mendatangkan bukti atau saksi, hakim akan meminta pihak lawan (yang dituduh) untuk bersumpah mengingkari tuduhan tersebut. Lalu dia bersumpah dengan nama Allah di hadapan Qadhi bahawa dia tidak melakukan seperti apa yang didakwa ke atas dirinya. Oleh yang demikian gugurlah dakwaan.
  • Begitu juga dakwaan seseorang bahawa ada seseorang telah meminjam barangannya, maka dia perlu mendatangkan bukti terhadap kenyataan tersebut. Sekiranya tidak, orang yang dituduh meminjam barang darinya itu diminta untuk bersumpah dengan nama Allah dalam menafikan tuduhan tersebut.

Berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan sekiranya peminta hutang tidak dapat mengemukakan sebarang bukti atau saksi yang berkelayakan, maka pihak keluarga tidak bertanggungjawab untuk melunaskan hutang bagi pihak arwah.

Jika sebaliknya; iaitu peminta hutang mempunyai bukti yang jelas dan saksi yang berkelayakan, maka pihak keluarga wajib melunaskan hutang melalui harta peninggalan arwah, sekalipun peminta hutang tergolong dalam kalangan penagih dadah dan sebagainya. 

Akhirnya, perlu dijelaskan bahawa kaedah di atas ini merupakan satu garis panduan umum yang disediakan oleh Islam yang boleh digunapakai dalam kes-kes yang berbeza. Namun, sekiranya sesebuah kes itu telah melibatkan proses undang-undang yang digunapakai oleh sesuatu tempat, maka proses penghakiman dengan mengikut prosedur-prosedur dan saluran yang betul adalah menjadi keutamaan bagi mendapatkan keadilan dan keputusan yang tuntas.

Untuk next artikel, cik en nak kongsi bagaimana untuk kita uruskan hutang dan persediaan jika kita meninggal dunia secara tiba tiba

1 comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.