Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang

Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang | Sijil penting macam SPM, PMR dan lain lain hilang? terbakar? hanyut banjir? Susah nak dapatkan semula? Isk, korang ini, dulu memang la susah nak naik turun sekolah dan pejabat pendidikan tapi sekarang guna online je. Buat permohonan, dan tunggu sampai di depan rumah. Mudah sangat kan? Tapi korang kena buat permohonan dan pembayaran. Cik en tak ada pengalaman untuk buat permohonan tapi cik en kongsi step step yang ada di laman web Lembaga Peperiksaan untuk korang yang ada masalah sijil SPM dan PMR yang hilang. 



Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang


Diharap artikel ini dapat membantu korang yang tengah pening mencari info mengenai Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang. Jom cik en kongsikan 

Langkah Langah 

Langkah 1 - Masuk ke laman web https://elp.moe.gov.my/


Langkah 2 - Klik bahagian perkhidmatan 


Langkah 3 - Klik Salinan Keputusan


Langkah 4 - Klik salinan keputusan korang nak. Ada SPM, PMR dan 8 sijil yang lain.


Langkah 5 - Masukkan No Kad Pengenalan 


Langkah 6 - Lepas itu akan dipaparkan borang permohonan. Isikan butiran 


Langkah 7 - Ada pembayaran yang korang kena buat. Untuk SPM RM30.00. 



Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut. 


  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam. 
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja. 
  3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam. 
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja. 
  5. Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) - tujuh (7) hari bekerja.

Langkah 8 - Klik pengesahan dan perakuan.


Langkah 9 - Klik Mohon


Siap dah permohonan untuk Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang. Kalau korang nak semak semula permohonan boleh klik bahagian semakan permohonan. 


Mungkin korang nak tahu cara - Renew Roadtax dan Insurans Secara Online 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

12 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Owh ada cara rupanye.. ttlq sharing..

    ReplyDelete
  2. kena bayar kan cik En utk setiap satu yg kita request?

    ReplyDelete
  3. terbaiklah info nh dah mudah nak dapatkan salinan sijil,,, tak macam dulu berbulan baru dapat carian secara manual

    ReplyDelete
  4. Wah! Makin mudah sekarang ni. Kalau dulu jenuh nak naik pejabat snaa sini.

    ReplyDelete
  5. Kalau sijil STPM hilang macam mana erk..hehehe

    ReplyDelete
  6. kan senang mcm nie.. yelah ada org yg sijil hilang atas sbb yg x boleh dielakkan. mujur boleh dapat semula..

    ReplyDelete
  7. Wah semuanya jadi mudah. Saya nasib baik masih simpan lagi sijil spm dan pmr.

    ReplyDelete
  8. Thanks for the infor sharing, memang wajib tau and sangat membantu

    ReplyDelete
  9. Senang je rupanya. Ingat tak leh dpt balik dah.

    ReplyDelete
  10. Senang jer skrg ni kuta blh mohon blk sijil SPM cara online klu tidak jenuh nak ke pejabat dorang nak amik sijil

    ReplyDelete
  11. Baru sis tahu boleh dptkan balik sijil kalau hilang..nanti nak cuba buatlah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post