Cara Renew Roadtax Secara Online ( Insurans dan Roadtax)

Cara Renew Roadtax Secara Online ( Insurans dan Roadtax) | Semenjak pandamek ini, cik en memang akan guna cara online untuk semua urusan. Cik en tak nak ambil risiko ke tempat yang sesak ini. Sebab, kesihatan cik en selalu tak stabil. Jadi cik en akan gunakan cara atas talian atau online untuk semua urusan. Kalau sebelum ini, cik en kongsi Cara Keluarkan Duit ASB Melalui MyASNB, kali ini cik en nak kongsi pula Cara Renew Roadtax Secara Online (Insurans dan Roadtax). Ada 2 bahagian yang korang kena buat iaitu bahagian insurans dan bahagian roadtax. Kira entri ini lengkap la untuk korang yang nak tahu Cara Renew Roadtax Secara Online ( Insurans dan Roadtax) ini. 

Cara Renew Roadtax Secara Online ( Insurans dan Roadtax)


Cara Renew Roadtax Secara Online ( Insurans dan Roadtax)


Cik en menggunakan Myeg untuk semua urusan ini. Mana belum daftar, korang boleh daftar. Selain dari roadtax dan insurans, korang boleh juga check saman JPJ dan polis. Hihihi. Sambil loading insurans, cik en sempat tengok saman. hahahah. 

Ada 2 peringkat yang korang kena buat iaitu bayar untuk insurans. Selesai insurans baru roadtax. Anyway ada yang kata roadtax boleh keluarkan walaupun tak buat insurans bersama tetapi guna agen luar. So jangan melengahkan masa, kita terus ke langkah langkah pengambilan insurans. Cik en guna link dari myeg sebab nak compare mana yang sesuai dengan kenderaan cik en. 

INSURANS



2. Klik bahagian perkhidmatan



3. Klik bahagian Perbaharui Auto Insurans (Kereta) atau yang dah Log In boleh tengok gambar kedua




4. Lepas itu akan direct masuk untuk compare/perbandingan insurans


5. Masukkan nombor pendaftaran/plat kenderaan korang


6. Nanti akan keluar detail kereta korang itu. Semak dan confirm kan


7. Selepas itu masukkan nombor kad pengenalan korang sebagai pemilik kenderaan 


8. Selesai semuanya, mereka akan beritahu nilai kenderaan kita.. Macam cik en RM23 500. Disebelah tepi warna kuning itu, akan ada info dan korang boleh semak. kalau ada rasa kesalahan boleh undo dan betulkan.



9. Ada beberapa pilihan insurans yanga da dan korang boleh select semua untuk tengok perbandingan semua. 


10. Akan keluar satu pop up yang beri info berapa NCB kenderaan kita.


11. Kat sini korang boleh tengok perbandingan dari segi harga dan polisi. 


12. Dah pilih? Cik en pilih Takaful dan klik Buy Now. Seterusnya korang boleh add on coverages yang ada. 


13 Harga yang dipaparkan hanya basic, selepas buat pilihan di atas, harga berubah dan korang kena klik update premium dahulu. Kalau setuju dengan harga tambahan klik next 


14. Seterusnya isi nama pemilik kenderaan dan seterusnya butiran pemandu kedua. Slide tersebut cik en terlepas pandang untuk screenshoot. 


15. Seterusnya, confirmkan kembali kenderaan korang. Yang ini cik en next je sebab ianya auto dari detail kita. 


16. Dah selesai semua, isi butiran bank. Butiran ini untuk refund atau apa apa urusan. Akan terus ke akaun yang kita daftar ini. 


17. Yang terakhir. Buatlah pembayaran melalui Internet Banking atau Credit/Debit Card. 



18. Jangan lupa untuk print atau simpan polisi insurans. Resit juga tau



Selesai untuk insurans. So jom kita ke roadtax atau cukai jalan pula. 

MEMPERBAHARUI ROADTAX/CUKAI JALAN



2. Pilih JPJ 


2. Klik Road Tax Renewal atau Perbaharui Cukai Jalan


3. Klik bahagian kereta.



4. Isi maklumat 


5. Akan beritahu cas untuk penghantaran 


6. Klik proceed dan bayar melalui online. Selesai, akan terus ke page dibawah ini


7. Klik di receipt (click here) dan print resit seperti dibawah ini. Tunggu untuk mereka hantar sampai depan pintu rumah atau pejabat korang.



8 Untuk semak pula korang boleh klik https://www.myeg.com.my/delivery_status atau klik semak status 


9. Seterusnya klik Cukai Jalan Kereta



10 Masukkan butiran diperlukan dan akan keluar status seperti di bawah



So korang tunggu la dengan penuh kesabaran eh. Hihihi. Dah sampai nanti, cik en akan update okey.

Cik en buat online ini 23 Januari dan 25 Januari 2021 dah sampai depan pintu pejabat. Hihihi


Entri ini panjang sungguh.. Nak buat pun dengan penuh ketabahan. Hihihihi

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post