Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB

Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB | Tengah musim pandemik Covid-19 ini, mesti ramai yang was was nak keluar dan bank adalah tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Dah diumumkan PKP ini, kebanyakan bank semuana tutup dan ada limit untuk masuk. Jadi, korang yang ada Amanah Simpanan Berhad (ASB) mesti susah nak keluarkan duit dividen kan? Cik en nak kongsi cara mudah untuk korang yang ingin keluarkan duit tersebut melalui laman web My ASNB dan apps My ASNB.




Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB

Untuk pengeluaran ini, cik en gunakan laptop tapi kalau korang gunakan apps pakai step yang sama juga. Cuma perubahan tempat dan view sahaja. 

Langkah Langkah Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB

1. Log In My ASNB. Kalau belum daftar, klik daftar disini dan ikuti langkah langkah yang dinyatakan. Lebih memudahkan kalau nombor telefon masih pakai yang sama. Jika bertukar kena pergi juga ke cawangan untuk kemaskini. 

Pendaftaran MyASB

2. Masuk bahagian Portfolio dan klik transaksi

Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB

3. Lepas klik transaksi, pilih jualan balik

Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB

4. Untuk pengeluaran ada syarat syaratnya. Minimun RM100 jadi sesiapa nak keluarkan dibawah nilai tersebut perlu ke cawangan ASB juga. Tekan seterusnya

Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB

5. Seterunya korang dah boleh masukkan nilai berapa untuk keluarkan. kalau korang yang tak pasti ada berapa, jangan risau, ada baki yang dipaparkan. Jadi korang boleh tahu, berapa yang boleh dikeluarkan. 

Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB



6. Masa dikreditkan ke akaun bank korang dalam masa 1 hari bekerja sahaja 

Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB


7. Seterusnya, seperti biasa, korang kena masukkan no TAC untuk mengesahkan pengeluaran

Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB

8. Dan selesai. Tunggu saja duit masuk akaun

Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB

Sebenarnya, cik en ambil pinjaman dari Maybank untuk pembelian unit di ASB beberapa tahun lepas. Jadi duit ini untuk bayar insurans dan roadtax kereta setiap tahun. Ini cara cik en untuk planning pembayaran hal hal kereta. Kalau ada budget lebih, cik en selesaikan hal tayar dan benda penting yang lain. Disebabkan pandamek ini, semuanya kena buat online. Lepas ini cik en cuba cara renew roadtax melalui online sahaja. Kalau berjaya cik en kongsi lagi okey. 

2 comments

  1. la, boleh rupanya..kusangkakan boleh bwak masuk jer.. tak try pulak yg jualan balik tu, haha! senang sikit..thanks cik en, klau dak smpai ke sudah xtauuu..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang memudahkan insyaallah

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.