Selesai 1 Lagi Hutang

Selesai 1 Lagi Hutang | Alhamdulillah, menjadi keutamaan cik en untuk selesaikan semua hutang cik en. Lagi lagi hutang masa zaman belajar dulu. Cik en memang amalkan konsep, kesenangan dan kekayaan adalah pada orang yang bebas hutang. Kalau masih berhutang sana sini dan tiada komitmen membayar itu tandanya kita ini lebih susah dari orang miskin.Nak hidup senang, langsaikan hutang secepat mungkin mengikut kemampuan. Untuk kali ini, cik en baru selesaikan Pinjaman Pendidikan Anak Anak Perak di bawah kerajaan negeri perak.




Selesai 1 Lagi Hutang


Cik en dah langsaikan PTPTN tapi cik en tak sempat update di blog dan terus lupa. Hihihi. Tapi cik en dah selesaikan hutang kereta juga masa time PKP haritu. Selesaikan hutang ini memang lega sangat sangat. Ada beberapa hutang lagi seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan juga pinjaman motosikal RS150 cik en tu. 


Target cik en tahun depan untuk selesaikan pinjaman motosikal dan pinjaman yang besar boleh drag mengikut tempoh yang diberi oleh pihak bank. Sebabnya pinjaman peribadi cik en apply selama 30 tahun. Masa itu belum lagi dikuatkuasa tempoh pendek ini. Pinjaman perumahan pun 30 tahun juga. 


Diharap cik en akan bebas hutang sebelum pencen nanti.. Gitew. Hahahhaha

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.