Follow Up Di Blood Bank (Jabatan Patologi)

Follow Up Di Blood Bank (Jabatan Patologi) | Ingat lagi kisah cik en masuk ward yang cik en cerita di Cik En Masuk Ward? Cukup seminggu cik en perlu follow up di Blood Bank untuk masukkan lagi ubat. Tak menyangka pulak, banyak jabatan dan tempat cik en tahu di sekitar Hospital Seri Manjung ini. Dulu hanya Jabatan Psikitrik dan OnG sahaja. Berbalik kepada cerita asal tadi, cik en perlu follow up semula dan juga drip Normal Saline dan Ion. 





Follow Up Di Blood Bank (Jabatan Patologi)




Cik en ingat cik en perlu hadirkan diri sahaja dan balik, rupanya kena drip juga. Sama juga dan kali ini cik en dapat sukatan sebenar campuran drip ini. Drip yang digunakan adalah normal saline atau sodium chloride 100ml dan dicampur dengan 10ml ion. So far kena masuk 3 botol. Dan ada step step yang perlu diikuti bukan macam di ward minggu lepas. 500ml diberi dalam masa 2 jam. Barulah cik en tahu


Untuk botol pertama akan diberi dalam masa 30 minit dan akan berehat 15 minit sebelum disambung botol kedua. Selepas botol kedua akan direhatkan 15 minit dan sambung semula botol ketiga. 




Barulah cik en faham kenapa cik en sakit sangat bila masukkan campuran drip ini. Memang sakit dan rasa nak menangis je masa itu. hahahah. 


2 sebab utama adalah

  • salur vein (darah) cik en kecil 
  • kepekatan campuran drip pekat. 

Apa pun, semuanya selesai dan tangan cik en membengkak semula. Tangan kanan pula tu. huhuhu. Harap tak la teruk macam drip di ward. Dekat seminggu tak boleh guna tangan. Tunggu untuk temujanji OnG sahaja 11 November nanti. 

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.