Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun

Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun | Tiberrr cik en up balik kisah anxiety dan depression. Lama kan cik en tak update pasal ini. Last update entri kalau tak silap penghujung tahun 2017. Cik en menaip semula story ini sebab ramai yang bertanya pasal supplement yang cik en cuba sebagai remedy anxiety iaitu Passion Flower. Jadi sebab ramai juga yang bertanya keberkesanan dan perkembangan cik en sekarang ini, cik en akan sharing keadaan sebenar cik en lani. So entri ini entri personal tiada kaitan dengan promosi produk. Hahahha. Cik en akan cerita step by step bagi yang baru jadi pembaca cik en akan nampak pengalaman cik en dengan anxiety dan depression. Harap korang yang baca boleh dapat sedikit info untuk diri sendiri. Manatau simpton cik en sama dengan korang. | Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun


Permulaan Cik En Dengan Anxiety dan Depression 


Cik en start rasa kelainan pada diri tahun 2016 lagi. Entri pertama cik en pasal anxiety saja, sebabnya persamaan cik en lebih kepada anxiety pada masa itu. Korang boleh baca entri Kisah Benar : Kopi Buat Aku Moody Entri pertama ini cik en dah start stop minuman kaffein. Kopi dan nescafe cik en dah tak sentuh sebab cik en dah mula tak boleh tidur malam. sehari kadang kadang 2 jam itu pun tak nyenyak even badan penat. Lepas stop, cik en nampak ok sikit, tapi kisah di entri Kopi Dah Jadi Musuh Aku menceritakan cik en over minum nescafe dan benda tu datang balik. Masa tu memang kopi benda cik en paling pantang. Ini peringkat awal cik en dengan anxiety. 

Selepas itu, cik en stabil dan masa ini cik en mencari Apa Itu Anxiety. Masa ini masih belum  tahu pasal depression lagi. Cik en akan update bila cik en berjaya kalahkan anxiety. Kiranya cik en masih boleh melawan dan think positif. Nampak tak cik en masa itu masih kuat dan semangat untuk sembuh dan cik en berjaya. 

Selepas beberapa bulan itu, cik en masih lagi dengan tekanan kerja, peribadi dan lain lain, masa ini ada kisah iaitu kisag cik en hilang ingatan sebentar. Korang baca di entri Overstress Buat Hilang Ingatan. Masa kejadian ini, Allah je yang tahu betapa takutnya cik en. Cik en boleh lupa jalan nak balik rumah sedangkan cik en bertahun guna jalan yang sama. 

Dalam masa yang sama, cik en mula beremosi dengan cerita, drama atau kisah sedih sampai  ada satu keadaan cik en menangis tak nak ikut kawan pergi tengok movie sedih ( kalau tak silap cerita itu ada melibatkan penderaan dan ganguan emosi). Cerita itu cik en story di Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Konflik?

Selepas cik en rasa semua simpton buat cik en tak normal, tak jadi diri sendiri sebelum ini, cik en mula search di blog perubatan di luar negara dan cara yang dikongsi di group facebook untuk mencari rawatan alternatif (tanpa ubatan dan doktor). Antara rawatan terawal cik en buat adalah dengan berpuasa dan pantang beberapa minuman dan makanan yang cik en stori di entri Cuba Berpuasa Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder. Selain itu pengambilan Passion Flower dan amalkan yoga ataupun bersukan cik amalkan juga. Dalam masa yang sama Cik en cuba bantu diri cik en lagi dengan berjumpa private doctor di Ipoh. Cerita itu korang boleh baca di entri Dalam Diam Buat Ujian Air Kencing dan Darah.

Dalam masa yang sama, perubahan emosi buat cik en kehilangan sorang demi sorang kawan, masa  itu cik en taip entri Susah Ke Nak Memahami Pesakit Anxiety. Cik en nak kawan kawan cik en faham keadaan cik en. Kami tak minta jadi macam ni, tapi tekanan demi tekanan buat kami jadi macam ni. Tapi entri itu tak berjaya untuk mereka faham. 

Ada juga yang pertikai, " kamu suka duduk sorang sorang" dan cik en luahkan dalam entri Pesakit Anxiety Suka Hidup Sendiri dan Menyendiri. Dan start dari situ, cik en tutup kesemua persahabatan. Yang ada, cik en jauhkan diri, menyendiri dan bersendiri. Kesannya buat cik en stabil untuk jangka masa beberapa tahun. Dalam masa beberapa tahun, cik en dapat depression tanpa sedar. Itu yang cik en tak cerita dalam blog. 

Depression Pula Yang Datang Tanpa Sedar


Depression yang cik en rasa cik en boleh dikatakan masa itu cik en hidup atas dasar hidup. Selagi bernafas, Im continue my life. Pergi travel, kapal terbang meletup atau terhempas, cik en tak kisah dan sampai tahap nak benda itu terjadi. So tak perlu hidup dah. Sepanjang beberapa tahun, cik en tak ada keseronokan langsung. Hanya yang ada kesedihan, putus asa dan biarkan diri jadi apa pun. Sebab cik en tak peduli apa pun. Duit dibuang buang, ada bagi rantai emas, cik en tak nak, ada bagi hadiah cik en tak buka berbulan bulan. Beli handphone tak diguna dan sampai tahap masa dapat keputusan loan rumah berjaya cik en tak ambil peduli. Hahhaha. Sampai tahap camtu. Nampak sangat tak normal kan? 

Sampailah cik en kerja partime 2 bulan. Kerja non stop. Masa itu, cik en sibuk dan cik en tak overthinking berlebihan. So nampak macam cik en dah normal. Lepas habis kerja part time, duit gaji cik en beli motosikal. Cuba hobi baru. Cik en memilih Honda RS150R Pilihan Hati Cik En. Ini antara usaha cik en untuk sembuh sebenarnya. Cik en pun masuk kelab motosikal. Selain itu travel memang dah menjadi hobi pada masa yang sama. 

Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun


Disinilah bermulanya kemuncak episod depression cik en. Cik en dah tutup pintu persahabatan tapi bila dalam group motosikal, awalnya cik en buat guide. Hubungan biasa biasa. Sampailah ada yang perasaan cik en tak berkawan dengan sesiapa. Update status sedih je. Jadi mereka menasihati untuk berkawan dan bersahabat. 

Awalnya, cik en tak nak sebab takut ada masalah, apabila cik en "lost" lagi sekali cik en akan teruk depression dan anxiety. Tapi mereka meyakinkan cik en dan cik en buka pintu hati untuk rapat dengan mereka. Seperti dijangka, cik en "lost" atas benda benda yang kecil dan berlaku masalah. Masa itu, cik en redho kalau mereka nak pergi sama macam kawan kawan cik en yang meninggalkan cik en dulu. 

Masa itu, cik en rasa menyesal why cik en buka semula pintu persahabatan pada orang luar. Cik en dah biasa dalam "kotak" dan cik en buka "pintu" untuk mereka masuk dan bila cik en "lost" dan berlaku salah faham, mereka pergi sedangkan mereka janji untuk tidak tinggalkan cik en dalam apa jua keadaan pun. Sebab mereka yakinkan cik en tapi bila cik en tunjuk kekurangan cik en, mereka tak boleh terima

Bukan sekali tetapi beberapa kali. Cik en tak boleh paksa mereka terima cik en. Tapi kenapa mereka tak cuba faham cik en. Dan berlaku la peristiwa cik masuk ward dan ada kisah kisah di wad kecemasan yang buat doktor decide refer cik en ke PSY. Dan sekarang cik en berada di saluran yang betul untuk treatment diri cik en. Selepas beberapa kali cuba untuk sembuh sendiri. Dan alhamdulillah mereka yang awalnya menjauh membantu cik en dalam treatment kali ini dan bagi moral support. Terima kasih awak awak semua. 

Pengalaman Cik En Berjumpa Doktor PSY


Cik en jumpa doktor PSY 2 minggu lepas. Dekat 3 jam cik en sharing semua dan kesimpulannya dan dari apa cik en faham, cik en dalam peringkat moderate disebabkan kisah cik en ada beberapa episod. Kata doktor, kalau cik en ada 1 episod ianya di peringkat mild. Boleh dirawat melalui kaunseling. Tapi kalau beberapa episod kena continue dengan ubat.  

Apa itu episod? Apa yang cik en faham, kisah tekanan bermula dari ex bf lama around tahun 2008, berkawan dalam masa 5 tahun tapi perhubungan yang toksik. (biarlah ianya menjadi memori duka cik en sebab ianya melibatkan aib orang lain). Selepas putus, setahun cik en normal tapi selepas itu  ada masalah keluarga, masalah tempat kerja, masalah kerja dan beberapa masalah lain. Cik en berusaha untuk sembuh dengan suplement, yoga dan kehidupan sihat. Cik en dah normal. Dan jadi balik dan normal balik. Jadi itulah maksud episod.

So sekarang cik en official ambil ubat depression dengan dose yang rendah dan perlu makan untuk beberapa tahun akan datang. 

Kesimpulan, kalau rasa pelbagai usaha korang buat masih tak ok, better rujuk yang pakar. Jangan labelkan sakit korang itu gila. Kita tak gila! Kita cuma tertekan dengan kehidupan yang semakin mencabar, Rugi sangat korang tak ambil peluang untuk sembuh dengan saluran yang betul di peringkat awal. Jangan biar lama, mungkin korang akan jadi teruk dan mungkin korang akan mula fikir untuk bunuh diri. 

Macamana nak pergi ke PSY?


Rujuk ke rawatan luar di hospital kerajaan. Story semua cerita korang dan doktor akan decide untuk refer korang ke PSY. Please buat untuk diri sendiri. Jangan fikir apa presepsi orang. Yang penting, korang sembuh dan ada kehidupan yang berkualiti. 

Saat cik en in taip ini, cik en dah mula takut dengan kematian. ahahahha. Dah boleh membahan orang, dah boleh bergurau dan boleh rasa sedikit keseronokan dalam jiwa. ahhahaha. Tak sepenuhnya normal tapi nampak perubahan pada diri. Cik en cuma nak hidup normal macam dulu balik. Sebabnya penat jadi pesakit PSY ini. Nak cepat cepat sembuh dan happy dengan life yang singkat ini



Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ruby simpati apa yang Cik En lalui.

    Alhamdulillah, sekarang ni ambil ubat dgn dos yang rendah.

    Ujian hebat untuk orang yang hebat. Semoga kuat dan terus tabah 💪

    ReplyDelete
  2. tertarik untuk baca post ni sebab lepas melahirkan baby dan tempoh berpantang, tertekan masa tu, mungkin disebabkan persekitaran umah kampung tempat berpantang tu tak sesuai, pernah menjerit, sepak dinding, tolak stroller baby then lepas, menangis sorang2..

    ada yang bagi pandangan yaya ke arah meroyan..

    takde sampai meroyan tapi ada feeling2 macam kena anxiety tapi tak rasa kukuh lagi tanda2 tu..

    masih dalam tempoh 100 hari dalam pantang, tengok final episod Cemburu Seorang Perempuan, buat yaya murung sangat2..

    haha, panjang lagi ni, boleh jadi entri ni..

    ReplyDelete
  3. mugo dipermudahkan treatment cik en ye., aminn

    ReplyDelete
Previous Post Next Post