www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-06-28

Honda RS150R Pilihan Hati Cik En

Honda RS150R Pilihan Hati Cik En | Alhamdulillah, setelah berteka teki mengenai motosikal mana yang cik en nak ambil, hari ini cik en nak buat pengumuman rasmi. Chewaah.. gaya retis je kan? Akhirnya cik en memilih motosikal Honda RS150R setelah menimba tara antara beberapa buah motosikal yang lain seperti Benelli RFS 150 i dan Yamaha y15zr. Dengan bantuan beberapa orang lebih berpengalaman sebenarnya banyak membantu cik en memilih Honda RS150R akhirnya. Terima kasih semua. 


Honda RS150R Pilihan Hati Cik En


Cik en bukanlah arif dalam dunia permotoran dan tak layak nak buat entri perbandingan sebabnya sebelum ini cik en naik skuter Yamaha Ego version pertama. Tapi apa yang cik en boleh kongsi dengan korang hasil menunggang Honda RS150R masa 2 hari ini mungkin boleh menjadikan modal cik en menambah info Honda RS150R pada pandangan cik en.

Saingan terdekat Honda RS150R adalah Yamaha 15zr sebabnya ianya dalam katogeri 150 cc dan masing masing ada sistem EFI (Sistem Suntikan Bahan Api).

Cik en sendiri tak pernah cuba Yamaha y15zr lagi dan masih menunggu kawan cik en beli dan baruu nak test bawa. Jadi kalau korang nak tahu perbandingan boleh rujuk entri Bro ini Honda RS150R vs Yamaha y15zr



Cuma apa yang cik en nak kongsi Honda RS150R ini tinggi dan semestinya berat la. Berbeza dengan Yamaha Ego cik en yang lama. Disebabkan biasa pakai skuter, cik en akui susah untuk cik en handle kali pertama Honda RS150R ini yang mempunya clutch. Cik en ambil masa dalam sehari untuk mahir dengan bawa keliling taman rumah sewa cik en. Sampai mati enjin la di kawasan kawasan berhenti.

Tapi dah masuk hari kedua ini, cik en dah mula mahir dan Insyallah seminggu lagi cik en lebih confident nak bawa. Lepas ini akan wujud la hastag #travelrempitciken .. hahahaha.

Selain itu cik en tak suka sesungut depan dan belakang. Apa sesungut yang cik en maksudkan erk? Sesungut lampu signal kiri kanan. Cik en nampak Honda memang dah siapkan lampu signal kanan kiri tapi mungkin undang undang di Malaysia wajib letak sesungut tu kot. Kalau dah de sesungut tu, lampu signal original tak menyala. Mungkin juga wiring dari lampu asal di masuk pada lampu sesungut tu. Eh.. korang faham tak eh?

Selain dari itu ada perbezaan lain. Cik en ambil info ini dari https://pandulaju.com.my/yamaha-y15zr-atau-honda-rs150r-kami-ada-jawapannya/


Apa apa pun cik en harap Honda RS150R akan serasi dengan cik en. So dengan ini cik en dengan rasminya juga berikan nama Honda RS150R cik en ini Mr Incredible atau adik Incredible . Yang sulung nama Akak Ego, Kedua Mr Barney, ketiga Mr Incredible dan Insyallah awal tahun depan akan ada baby lagi. Walaupun baby paling bongsu tapi dia adalah "taiko" antara ketiga adik beradik dia yang lain. 

Oklah, jumpa nanti di next entry di www.nurfuzie.com

  8 comments:

  1. terbaiklah cik en.
    tp lagi terbaik kalau amik banelli tu..kikiki.

    ReplyDelete
  2. dah lama xbwk motor..lesen renew tiap2 tahun..haha

    ReplyDelete
  3. fuyooo lawa motor dia kaler merah.. =D

    ReplyDelete
  4. Hati-hati menunggang Mr Incredible

    ReplyDelete
  5. tp mmg motor skg ada sesungut tu dan byk dh yui nmpk, pth. huhu.

    maka gantilah kalau blh dan dibenarkan jpj. heheh

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Cik En. Ni motor raya la ni kan hehehe

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!