www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

Latest Posts

2018-09-21

Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri

Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri  | Seperti dijanjikan pada entri yang lepas, cik en nak share dengan korang mengenai Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri. Walaupun Safi Balqis OxyWhite ini disarankan kepada pengguna beumur 18 tahun hingga 30 tahun tapi ianya tak salah nak digunakan oleh peringkat umur yang lain. Cuma selalunya dah capai umur 30 tahun keatas, ramai yang memilih penjagaan muka untuk elak kedutan. Yang nak putih ini selalunya yang masih bujang macam cik en. Ha.. sebab itu cik en masih gunakan Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri walaupun dah berumur 31 tahun. Hahahha

Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri 



Safi memperkenalkan Safi Balqis OxyWhite 3 Steps ini adalah step permulaan atau basic yang diperlukan oleh semua wanita untuk penjagaan muka. 3 Steps ini perkara asas yang perlu korang tahu untuk mendapatkan kulit muka yang bersih, sihat, cerah dan berseri seri. 3 steps tersebut adalah

Step 1 : Mencuci dengan Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka


Korang kalau nak dapatkan kulit bersih janganlah skip step 1 ini. Even kerja di pejabat pun, korang tak terlepas terkena kotoran dan habuk. Bila kulit muka kotor, kulit akan jadi kusam dan tak bermaya. So apa kata gunakan Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka dengan teknologi buih mikro  membersihkan pori kulit sehingga mendalam, menghapuskan kotoran lebihan dan menanggalkan makeup  serta mengekalkan kelembapan kulit. Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka sesuai untuk semua jenis kulit

Step 2 : Segarkan Muka dengan Safi Balqis OxyWhite Penyegar


Selesai mencuci, secara asasnya, pori kulit akan terbuka disebabkan proses membersihkan dan mengeluarkan kotoran. Masa ini, korang cepat cepat apply Safi Balqis OxyWhite Penyegar untuk  menegangkan pori kulit dengan Ekstrak Cendawan supaya kulit kekal bersih, menyediakan kulit untuk menerima penggunaan produk dengan lebih berkesan dan menyegarkan kulit tanpa menyebabkan rasa melekit tanpa formulasi alkohol.

Step 3 : Sapukan Pelembab dengan Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR



Ini step terakhir Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri. Selesai mencuci, dan menyegar, masa untuk melembabkan kulit dengan Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR. Pelembab dari Safi Balqis OxyWhite ini akan menjadikan kulit menjadi 2 kali cerah sempurna melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB dengan SPF20PA++, memudarkan pigmentasi dari radiasi inframerah (IR) dengan IR perisai, melindungi kulit 100% dari radikal bebas, mencerahkan kulit lebih cepat dan intensif, menghaluskan kulit dan yang penting menyamaratakan tona kulit.

Selesai 3 Step ini, korang boleh start dengan foundation dan solekan gojes korang itu. Kalau korang amalkan 3 steps ini, Insyallah, kulit korang akan kekal cerah berseri walaupun muka tanpa secalit solekan.

Apa yang cik en nak kongsi dengan korang. Safi Balqis OxyWhite ini berbeza dengan skincare memutihkan kulit yang lain. OxyWhite ini ada 2 gabungan iaitu Nano Oksigen dan Nano White yang mana korang bukan saja nampak cerah tapi berseri. Ala ala pakai aura gitewwww.. Kalau nak diumpamakan macam lagu Sicomel Pipi Merah nyanyian Siti Nurhaliza. Putih dan berseri. 

Untuk tutorial Safi Balqis OxyWhite 3 Steps boleh tonton di chanel youtube cik en di Safi Balqis OxyWhite 3 Steps . Untuk info lanjut mengenai Safi Balqis Oxywhite ini boleh baca di entri Berikan Nafas Baharu Pada Kulit Wajah Dengan SAFI BALQIS OxyWhite

2018-09-20

Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah

Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah | Seperti dijanjikan, cik en kembali dengan entri sambungan Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Safi Balqis OxyWhite. Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah ini dibawa khas oleh Guardian dalam memperkenalkan produk Safi terutama Safi OxyWhite. Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah kali ini sangat istimewa sebab ada jemputan khas Duta Safi Balqis OxyWhite Sarah Hildebrand. Jom baca sampai habis entri ini untuk tahu apa aktiviti yang dijalankan sepanjang road show ini. | Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah


Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah

Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah ini bemula jam 2 petang sehingga 4.30 petang. Pukul 2 petang sampai 2.30 petang, ada acara kuiz yang mana pemenang dapat hadiah Safi Balqis 3 Steps. Nampak orang Aloq Setaq ini memang hebat dan tak pemalu langsung. Sporting dan ikut saja kerenah MC Iffah Hazim. 



Pukul 2.30 hingga 3.00 petang, sesi bersama blogger jemputan iaitu cik en sendiri, Kak El dan Lia, Yang itu korang boleh baca entri Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Safi Balqis OxyWhite. Sebelum sesi kami, sempat juga kami selfie dalam bilik air Aman Central ini. Hahahah


Pukul 3.00 petang Sarah Hildebrand dah mula muncul di tapak road show dan macam biasa la, dah retis mai ini, penuh kerusi yang ada dan yang malu malu duduk di sebelah atas. Sarah banyak berkongsi tips kecantikan beliau. Disamping itu masih ada hadiah hadiah yang boleh dimenangi oleh pengunjung. 



Selain dari itu, ada jualan jualan produk Safi di tapak road show. Kalau korang nak tahu kulit korang jenis apa pun boleh dapatkan khidmat beauty advisor yang bertugas untuk check kulit korang. Cik en sendiri pun mencuba 



So far kulit cik en memang jenis kombinasi. Bagus juga la ada beauty Advisor dari Guardian ini. Mereka boleh bantu pengunjung produk apa yang sesuai di pakai. Jenis kulit sentitif apa yang sesuai, jerawat dan kombinasi. 

Untuk sesiapa berumur 18 tahun hingga 30 tahun yang inginkan kulit cerah berseri, korang boleh cuba produk Safi Balqis OxyWhite. Even cik en dah 31 tahun pun masih lagi pakai produk OxyWhite ini.  Dan untuk next entri cik en akan share pula Safi Balqis 3 Steps untuk nampak  kulit muka korang nampak cerah dan berseri. 

Berbalik kepada road show tadi. selepas habis semua aktiviti, semestinya akan ada aktiviti bergambar kan? Ini antara gambar yang sempat cik en snap. Jumpa next entri!




2018-09-19

Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Untuk Safi Balqis OxyWhite

Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Untuk Safi Balqis OxyWhite | Lamanya nak ambik mood untuk buat entri ini kan? Pada awalnya cik en bukanlah barisan pertama yang dipilih dan cik en sendiri tak tahu pun akan ada Road Show Safi Balqis OxyWhite disebelah utara ini. Cik en pun dapat jemputan lagi 3 hari sebelum event dan mulanya cik en ingat cover event biasa macam selalu. Rupanya ada satu lagi tugas cik en untuk sesi talk bersama blogger semasa event ini berlangsung. Fuh.. lama cik en tak pegang microphone untuk bercakap. Boleh lagi ke? Nak tahu boleh ke tak korang kena la baca sampai habis entri ini. |Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Untuk Safi Balqis OxyWhite


Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Untuk Safi Balqis OxyWhite

Last cik en menjadi MC atau pegang mic kalau tak silap 2 tahun lepas. Itu pun untuk conduct makan malam kursus MyGap Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Lumut. Selepas itu, cik en tak pernah diberi peluang untuk jadi MC atau bual bicara. Kalau pegang mic pun untuk karaoke je. Hahahha. 

Untuk mana yang tak kenal cik en dari zaman sekolah, cik en sebenarnya sangat sangat aktif dengan syarahan, debat, pengerusi majlis, syair, koir, nyanyian dan aktiviti seangkatan dengan itu semenjak dari sekolah rendah lagi. Masih ingat, cik en masuk pertandingan bercerita pada umur 8 tahun dan cik en menang tempat ke 3 bersaing dengan kakak dan abang lebih tua. 

Selepas itu cik en dah mula aktif menyanyi di pentas, bersyair, berpantun dan pada tahun 6 cik en mula jinakkan diri dengan berdebat. Sekolah menengah cik en masih aktif syarahan, berpantun, ketuai koir, ketua nasyid dan aktiviti kokurikulum yang lain.

Masuk Politeknik, cik en dah jadi MC untuk makan malam, dan conduct beberapa Program Kebajikan Kelab Bimbingan dan Kaunseling. Dan seterusnya untuk pekerjaan. Masih ada beberapa aktiviti cik en join. 

That why ramai yang tanya, berani cik en smule eh? Setakat smule dengan tak ada audience memang tak ada apa sangat pada cik en. 

Setelah ditawarkan untuk join talk bersama blogger ini, cik en tak lepaskan peluang. Rindu nak pegang mic tau! Rindu nak sembang depan semua orang maam dulu dulu. At least cik en boleh naikkan balik spirit yang hilang masa depression dulu. Terima kasih kak Rozana Hassan, Kak El Darwena dan Lia Hasty sebab mengerakkan hati korang pilih cik en walaupun cik en hanya reserve tempat orang lain. 

Road Show Safi Balqis OxyWhite ini dibuat di Aman Central Alor Setar. Ada slot Interview Bersama Blogger. Dan blogger yang dijemput adalah cik en, Kak El Darwena dan Lia Hasty. Cik en pickup kak El dan Lia di Penang dan sampai di Aman Central jam 12.00 tengah hari. Untuk kisah cik en pickup Kak El dan Lia di Penang, ada satu benda kelakar tau. Lia bagi location untuk cik en tunggu sebab Lia dan kak El sedikit lewat. Location yang dibagi memang betul tapi waze dah bagi direction yang salah. Sepatutnya tempat untuk stesen minyak lebuhraya selepas simpang Permatang Pauh tapi waze bawa cik en keluar lebuhraya dan melalui kampung dan sampai ke sawah bendang bersebelahan stesen minyak tersebut. Memang cik en nampak kereta Lia tapi mereka di sebelah pagar highway dan mr barney dan cik en disebelah pagar kampung. Macamana cik en nak masuk highway balik!!!!! Kami gelak besar juga la dan cik en kena keluar balik dan jumpa kat laluan yang sebenar benarnya.. ahahah


Road Show bermula pukul 2 petang dan sesi kami bermula 2.30 petang bersama MC Iffah Hazim Pembaca berita RTM. Kami diberi 30 minit untuk sesi tersebut. 

30 minit sangat sangat sekejap dan cik en sendiri tak sedar yang dah 30 minit. Apa yang dttanya masa interview tu cik en? Semestinya mengenai penjagaan muka dan kecantikan. Banyak kami kongsikan tips tips yang mana dapat membantu audience yang ada masa sesi tu. Nak tahu keseluruhan korang boleh tengok video yang dirakam oleh blogger Zahirah Dzahir di SINI

Sebenar banyak cik en nak share pasal produk Safi ini tapi rasanya cik en akan story di entri yang lain. Sebab cik en dapat keterangan mengenai produk safi ini dari Puan Mahsuri iaitu Marketing Manager Safi sendiri. Banyak benda menarik pasal Safi yang cik en tak tahu sebelum ini. Selain itu cik en akan share aktiviti yang dijalankan di roadshow tersebut na... 

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!