Lebuhraya WCE Beruas ke Changkat Jering

Lebuhraya WCE Beruas ke Changkat Jering | Ahad lepas cik en berkesempatan untuk merasmikan diri sendiri melalui laluan lebuhraya yang baru sahaja dibuka. Sambil itu cik en buat jugalah perbezaan masa jika melalui jalan lama dan jalan baru. Sangat menjimatkan masa tapi tak menjimatkan duit selepas bayaran tol dilaksanakan nanti. 



Lebuhraya WCE Beruas ke Changkat Jering

Lebuhrya WCE atau dipanggil  West Coast Expressway mendapat projek penswastaan ​​yang diluluskan oleh Kerajaan iaitu Lebuhraya Pantai Barat. Beroperasi pada model bina-pemindahan-pemindahan dan dijangka siap dalam masa lima tahun. Lebuhraya Pantai Barat (E32) bermula di persimpangan dengan Jalan Negeri Selangor FT31 yang berjalan dari Banting, Selangor dan berakhir di di plaza tol Changkat Jering Lebuhraya Utara-Selatan di Taiping, Perak. Ia dirancang dan direka bentuk sedemikian supaya ia bersambung dengan baik dengan lebuh raya sedia ada (seperti PLUS, SKVE, NKVE, NNKSB, LATAR, KESAS, dll.), untuk memaksimumkan liputannya dan memberi pengguna jalan raya. lebih banyak pilihan semasa melancong. Seluruh lebuh raya dengan 21 persimpangan akan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk merancang dan melakukan perjalanan dengan lebih cekap.

Ianya sangat diperlukan oleh kawasan di pantai barat seperti Kuala Selangor, Sekinchan, Manjung dan seterusnya Beruas. Dari apa yang cik en tahu, di sebelah Perak, semuanya telah disiapkan. Tapi sebelah Selangor masih ada yang belum disiapkan seperti Tanjung karang ke Pokok Assam. Jika cik en ke Shah Alam. Ada beberapa kawasan masih belum selesai dan korang boleh rujuk di bawah ini. Status Februari 2024. 


Disebabkan Perak dah siap sepenuhnya. cik en rasa teruja sangat nak lalui Beruas ke Changkat Jering. Mengambil masa 20 minit berbanding jalan lama melalui Pantai Remis dan trong hampir 1 jam setengah itupun jika tiada kesesakan. Jimat banyak. Tapi nanti dah ada tol (2 bulan percuma sekarang) RM3.60. Apa pun cik en menantikan section 7 Tanjong Karang ke assam Jawa untuk cik en mudah ulang alik ke Shah Alam 2 minggu sekali nanti. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul, hari tu saya ke Perak, memang pantas. Kondisi pun elok. View sawah padi, lawa sangat.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post