www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2017-02-07

Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Berkonflik?


Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Berkonflik? | Dalam 5 tahun yang lepas, cik en ada satu masalah kalau pergi ke pawagam atau chill dengan kawan kawan tengok drama. Cik en selalunya mengelak dari menonton sebarang cerita yang melibatkan emosi. Selaluya cik en akan memilih cerita aksi seperti Fast To Furious atau animasi seperti cinderella. Jadi janganlah ditanya atau di ajak tengok wayang kalau ada cerita melibatkan air mata dan penyeksaan, confirm cik en akan menangis nagis tak akan pergi. Normal tak bagi korang kalau ada yang tak suka menonton drama atau filem sebegini? 

Sebenarnya cik en sendiri tak berapa sedar ianya datang. Tau je, bila ada drama di TV yang melibatkan penderitaan dan kesedihan, cik en akan cepat cepat tukar channel lain. Cik en lagi sanggup tutup TV dan tidur dari tengok. Kalau ada dengan kawan kawan, cik en akan buat kerja lain atau ke tempat lain seperti layan game di telefon atau ke dapur, masakkan air atau kemaskan dapur. Filem Bercinta lakonan Farid Kamil dan Nora Danish adalah filem yang diajak oleh kawan karib cik en untuk menonton sehinggakan cik en menolak sampai menangis nangis apabila di paksa. 

So nak tanya la kepada korang, normal ke perasaan cik en ini. Kalau ada yang bertanya, adakah cik en pernah melalui keadaan tersebut. Jujurlah cik en katakan, cik en pernah melaluinya. Adakah sebab itu atau senang dikatakan trauma buat cik en jadi sebegini?

1 comments:

Shahida Dzulkafli said... [Reply]

Normal sangat Cik en..
Tu namanya trauma..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads