www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-07-10

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia | Sebagai seorang pesakit Anxiety dan Depression yang tidak begitu kronik dan kritikal, cik en akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk reduce atau kurangkan masalah ini. Hanya antara kami saja yang memahami betapa susahnya nak lawan diri sendiri untuk survive. Disebabkan cik en masih dalam keadaan tidak teruk, cik en dapat tahu dari kawan kawan mengenai supplemen Passion Flower. Dan cik en dah seminggu mengamalkan Passion Flower ini. So cik en nak kongsilah sedikit Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia untuk jangka masa pendek ini. 

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia
Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Cik en cuba dapatkan suplemen ini dari farmasi berhampiran tapi nampaknya di Manjung ini, susah nak dapatkannya. Kena order tapi cik en dah tunggu 3 bulan tapi farmasi tak beri feedback apa sampai sekarang. Cik en cuba cari secara online di Lazada dengan taip nama Passion Flower . Dan dalam banyak banyak pilihan yang ada cik en memilih Passion Flower dari Caring Pharmacy . Nama pun pharmacy kan? so trusted la walaupun kebanyakkan di Lazada adalah trusted seller. Selain itu korang boleh juga order Passion Flower dari U Pharma Estore. Kedua dua ini harganya lebih murah la dari yang lain lain. Untuk 1st time ini cik en beli satu untuk percubaan, jika ianya ok, maybe selepas ini order yg combine. Lebih murah dan jimat. 

Passion Flower atau namanya Passiflora Incarnata Folium ini berbentuk kapsul dengan menggunakan 100% bahan semulajadi dan kapsulnya dari gelatin bovine (lembu). Ini bahasa veterinar, kalau porcine pula ianya dari gelatin babi. So korang boleh la check supleman yang korang beli, adakah dari bovine atau porcine. Passion Flower ini adalah Bunga buah Markisa. 


Apa fungsi Passion Flower ini?


  1. A remedy for insomnia and disturbed sleep ( Cara tradisional untuk pesakit yang tak boleh tidur malam atau terganggu (cth : travel luar negara)
  2. May reduce anxiety, panic, stress and irritability (Dapat kurangkan anxiety, panik, tekanan dll)
  3. Promotes soothing, calming and relaxing effects ( dapatkan perasaan tenang diri)
  4. Relieves muscle cramps ( otot yang kejang)

Cara pengambilan Passion Flower yang dicadangkan 

2 atau 3 kapsul 2 kali sehari selepas makan

Amaran bagi pengamal Passion Flower ini tidak boleh memandu atau bekerja dalam operating heavy equipment atau tekanan darah rendah dan mengandung.

Back balik pada pengalaman cik en mengamalkan Pasion Flower dalam masa seminggu ini ada baik nya dan buruknya. Baiknya cik en kembali ceria dan bersemangat walaupun baru makan 2 kapsul suplemen je. Dan buruknya cik en alergik pada Passion Flower ini. Lidah cik en gatal teruk dan kehitaman. Cik en juga berasa panas sangat sebabnya dari pembacaan kawan cik en yang merupakan nurse di dalam Navy Lumut, Siti Mariam, pengambilan Passion Flower akan membakar/memanaskan pembuluh darah (lebih kurang la penceritaan dia). So kena la kerap minum air masak atau mineral dalam kuantiti yang banyak.



Selain itu akan ada side effect pening, berlaku kekeliruan, pergerakan otot yang tidak teratur, loya, muntah, mengantuk, dengupan jantung tidak normal dan denyutan nadi yang laju.

kekeliruan, tindakan otot yang tidak teratur dan koordinasi, kesedaran yang diubah, dan saluran darah yang meradang. Terdapat juga laporan mengenai loya, muntah, mengantuk, kadar denyutan pesat, dan irama jantung yang tidak normal dalam satu orang yang mengambilnya. Kalau korang ada nak buat sebarang pembedahan, 2 minggu sebelum kena stop tau sebabnya dengan ubat pelali atau euthasia dengan passion flower ini akan beri kesan pada otak.

So kalau korang ada yang dah ambil baru ambil passion flower ini dan ada kesan yang lain dari cik en dan fakta dalam entri ini boleh kongsikan dengan komen di entri ini untuk rujukan orang lain. Kalau sesiapa nak tahu kisah atau info anxiety boleh baca di Anxiety  .

Apa apa pun kita kena back balik pada Allah S.W.T. cuma bagi pesakit seperti kami ini, kami tak mampu berfikir waras dalam keadaan tertentu. Korang bagi la nasihat apa pun walaupun melibatkan agama, kami takkan dengar malah takut kami mejauhkan diri dari korang. So 1st step kena bagi kami releks dan normalkan balik otak senget dan hati libang libu kami dulu. Lepas itu barulah nak bagi ceramah apa pun ok, sebab masa itu otak kami dah sedia menerima teguran dan nasihat. 

3 comments:

Siti Yang Menaip said... [Reply]

setengah orang kerja kuat sangat.. dalam tidur pun dok trbawa bawa kerja
time rehat dok runsing kerja. otak nak rest pun seksa.. elok la amalkan ni..

Norlaili A Wahab said... [Reply]

semoga dipermudahkan cik en. aaminn :)

aRzMoHa said... [Reply]

sekarang ramai yang stress mungkin boleh amalkan produk ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads