www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-05-24

Susah Ke Nak Memahami Pesakit Anxiety?

Susah Ke Nak Memahami Pesakit Anxiety? | Lately ini, penyakit anxiety ini kembali hadir dalam hidup cik en. Walaupun seorang pesakit Anxiety atau AD ini nampak sihat dari segi luaran tapi dalaman mereka sebenarnya tidak sihat. Apa itu anxiety? Sesiapa yang menjadi pembaca blog cik en ini, cik en banyak kali keluarkan entri berkaitan anxiety ini. Kalau nak baca korang boleh bukak label Anxiety Disorder. AD ini bukannya boleh baik dalam jangka masa yang cepat dan selalunya walaupun pesakit AD ini pulih, kemungkinan mereka mendapat semula sakit ini tinggi. Pesakit AD ini juga bukannya dapat sakit ini tetiba. Ianya ambil masa yang lama. Macam cik en sendiri hampir 1 tahun "merana" menanggung "sakit" AD ini sebelum disahkan oleh doktor. Awal awal cik en jadi seorang yang sangat pemarah. Apa saja dibuat orang sekeliling, cik en akan jadi marah sangat sangat sampai sesak nafas. Selain itu, cik en jadi seorang sangat "touching". Orang tak layan pun buat cik en sedih sangat. Dalam masa setahun itu, cik en jadi tak tenteram dan tak tenang. Emosi berubah ubah. "Datang bulan" pun opkos la terganggu disebabkan ketidakstabilan hormon. Dan masa ini, ramai kawan kawan cik en menjauhkan diri dari cik en. Seorang demi seorang. Lagilah cik en "down". Tapi ada seorang yang setia menerima cik en masa itu. Dialah tempat cik en luahkan kesedihan yang kadang kala sedih yang tak releven. Dia jugalah yang tahan makian dan sifat agresif cik en masa itu.


Sebenarnya banyak cik en baca rugutan - rugutan pesakit AD di group facebook, apabila kawan kawan, keluarga malah suami atau isteri tidak memahami masalah kami ini. Ada yang sampai bercerai berai. Kesian kan? Kami bukannya minta diberi penyakit ini ada dalam diri kami. Hanya pesakit AD sahaja yang mampu memahami pesakit AD yang lain. Orang normal di luar sana tidak akan memahami malah mungkin memberi tekanan tanpa sedar pada pesakit ini. Seperti yang cik en share di entri sebelum ini. Perlakuan pesakit AD ini hampir sama dengan pesakit Tiriod cuma membezakan adalah medical record. Kami tiada masalah kesihatan seperti pesakit tiriod. 

Jadi kalau korang ada kawan kawan yang berperangai pelik, better jangan dicemuh atau dikata atau korang pergi sound direct bila meroyan mereka datang. Kadang kadang perlakuan korang buat seseorang lagi down dan kalau di tahap kritikal ada yang rasa tekanan sehingga boleh membunuh diri! Jadi janganlah buat andaian melulu pada kami. Sebenarnya tidak susah nak memahami golongan macam kami, rajin rajin google atau paling mudah join group anxiety disorder malaysia di facebook. Dari situ, korang akan perlahan lahan memahami dan korang akan tahu macamana nak berhadapan orang seperti kami. Kami masih normal cuma tahap pemikiran kami tidak sama seperti orang normal yang lain. Kami tidak merbahaya juga so jangan lah korang jauhkan diri korang dengan kami. Kami memerlukan orang sekeliling kami untuk pulih.

Sepanjang entri ini ditaip, cik en beberapa kali berhenti. ahhahaha sebabnya orang datang tak menentu nak ambil lesen dan permit. ok la, next time cik en akan story lagi pasal anxiety ni ye. 

1 comments:

Rozita Cerita Ita said... [Reply]

cik en AD patient? baru tau.. tapi ok je kita kawan kan?
jangan stress2 dgn i...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads