www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-05-25

Pesakit Anxiety Suka Hidup Sendiri Dan Menyendiri

Pesakit Anxiety Suka Hidup Sendiri Dan Menyendiri | Sambungan dari kisah kisah anxiety sebelum ini. Satu lagi sifat anxiety macam cik en ini, cik en suka menyendiri. Sesiapa yang kenal cik en dari zaman sekolah lagi, mesti mereka pelik kalau cik en bagitau cik en lebih suka sendiri dari "hangout" dengan kawan kawan. 


Cik en ini dari zaman sekolah lagi, cik en ramai kawan sebabnya cik en antara student favourite :p di kesemua sekolah cik en belajar. Mungkin faktor kecomelan cik en kot. Hahaha. So cik en memang seorang yang sosial. Akan ada je aktiviti yang dibuat. sampailah ke zaman kolej dan politeknik dan awal awal masuk kerja. Zaman kerja, cik en rapat dengan kawan kawan serumah. Ada je aktiviti melantak kami setiap malam.hahaah. Bila masing masing dah berkahwin dan ada yang bertukar kerja cik en masih duduk di rumah yang sama. Mungkin salah satu faktor lagi cik en menyendiri dari kawan kawan yang lain kerana sifat overthinking cik en ini. Seperti cik en beritahu sebelum ini, kalau kawan tak tegur, cik en anggap kawan benci cik en atau tak sayang cik en. So perasaan itu akan sekali dengan perasaan jauh hati. So sekarang cik en lebih suka hidup sendiri dan menyendiri. Ditambah dengan kesibukan bekerja buat cik en sendiri lebih selesa hidup bersendirian. Tak pasti lah pesakit yang lain, tapi cik en memang suka begini sampai saat entri ini ditulis. Sebabnya cik en bebas nak menangis tetiba, marah tetiba atau nak meroyan tetiba ataupun nak smule lagu "tarik" tinggi key dia. ahahhha. Dan juga kalau ada masalah atau penyakit ini datang balik, tempat dituju adalah di rumah. Bukan rumah keluarga atau kawan kawan tapi rumah sendiri. Sampaikan cik en sanggup tak keluar rumah berhari hari. Hahaah. Cik en rasa rumah cik en inilah tempat ketenangan yang paling heaven di saat ini. 

Elok ke pesakit anxiety ini hidup sebegini? Entahlah, ini kesukaan cik en mesti cik en akan kat "elok je nak duk camni" tapi diikut logik akal bila cik en waras ianya tak patut. Sebab kadang kala depression akan buat seseorang hilang akal. Tapi entahlah, depends kepada diri pesakit itu sendiri. Andai dengan cara ini ianya buat lebih cool dan releks. Tak salah rasanya hidup sebegini kan? Dan cik en bukannya sendirian sangat pun. Masih ada peah and the geng dan juga rakan rakan alam maya. Bila rasa nak sendiri, cik en tinggalkan dunia maya dan buat kerja kerja lain ataupun tidur. Hobi juga kan tu, bagi rest fikiran dan badan. Ok la, nanti kita sambung lagi sembang pasal anxiety atau AD ini ye. Night!

p/s : Rajin juga saudara mara terutama pakndak cik en datang. Sesekali seronok juga ramai ramai ini. Tapi sesekali je la. hihihi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads