www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-02-05

Overstress Buat Hilang Ingatan


Overstress Buat Hilang Ingatan | Cik en jarang untuk berkongsi masalah peribadi di blog ini. Lagi lagi sekarang ini, sebabnya cik en mempunyai silent reader yang cik en tak tahu siapa. Sedangkan dulu, cik en akan buat blog cik en ini sebagai diary online. Semuanya cik en luahkan. Tapi ntahlah, sekarang cik en jarang nak luahkan perasaan peribadi . Jadi untuk salah satu entry blog ini, izinkan lah cik en kali ini untuk meluahkan apa yang jadi pada cik en sekarang ini. 

Siapa yang tak pernah stress? Semestinya sejak korang dah mula kenal masalah, korang akan berhadapan dengan situasi stress. Stress maybe biasa korang hadapi, tapi pernah tak korang jadi overstress atau tekanan melampau? Macamana keadaan orang yang overstress? Cik en sendiri akui cik en seorang yang down ketika ini. Cik en seorang yang sangat happy dan suka buat lawak gila gila. Tapi semenjak 2 tahun yang lepas, cik en sendiri dapat rasakan cik en tak seronok dan bahagia seperti dulu. Tekanan demi tekanan cik en hadapi. Bermula dari konflik diri cik en sendiri, keluarga, sahabat dan yang paling beri kesan hingga kini adalah masalah bekerja. 

Kalau nak cik en story satu persatu akan jadi panjang gila dan korang sendiri akan juling biji mata dan juga korang akan jadi tak faham. Cukup la cik en simpulkan tekanan dalam bekerja. Tapi mana ada yang tertekan kan di tempat kerja?Sebenarnya cik en seorang yang sangat positif. Kalau ada yang tak puas hati, cik en akan menangis semalaman dan esok cik en akan jadi bersemangat semula. 

Tapi sekarang ini berbeza. Cik en sendiri tak boleh nak control diri sendiri. Marah, sedih dan kadang kala cik en jadi hilang ingatan. Pernah sekali itu, cik en ke Mall di Manjung. Apabila nak balik, cik en mengalami hilang ingatan untuk balik ke rumah. Sememangnya cik en jadi cuak sangat. Tiba tiba korang lost dan rasa macam tempat korang ini sangat asing. Cik en cuba bertenang tapi tetap cik en tak boleh ingat jalan balik ke rumah. Cik en bertanya cik en pada diri cik en, "Apa dah jadi pada aku?" " Kenapa aku tidak ingat satu pun jalan balik ke rumah ini? " Tiba tiba rasa nak menangis dalam kereta. "Apa patut aku buat ini?" Dalam setengah jam gitu, cik en berfikir untuk gunakan waze. Nasiblah boleh ingat nama taman perumahan cik en. Akhirnya selamat sampai ke rumah. Balik saja, terus cik en menangis tak berhenti sehingga tertidur.

Semenjak dari kejadian itu, cik en takut nak pergi jauh jauh seorang diri. Takut lost macam sebelum ini. Rasa rasa ianya normal atau tak? Adakah sebab overstress jadi begini atau ada masalah lain?

1 comments:

Lady Tash Roy said... [Reply]

Yang nie memang tul..Sememangnya OverStress menyebabkan seseorang individu boleh hilagn ingatan..malah even perkara kecik pun boleh terlupa..Coz i was in this situation when some part make me really stress

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads