www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-12-04

Apa Itu Anxiety Disorder


Apa Itu Anxiety Disorder | Entri ini agak berat tapi ianya patut dibaca oleh semua. Mempunyai perasaan kerisauan adalah satu perkara biasa tapi kalau berlebih lebihan itu dah jadi luar biasa dan ianya di panggil Anxiety Disorder atau panggilan pendek AD. AD ini adalah satu perasaan kerisauan terhadap sesuatu secara berlebih lebihan sehingga menganggu rutin harian seperti bekerja dan kehidupan.Dan ianya nampak tidak normal. Ini merupakan ganguan mental yang serius kalau tak diubati atau dibantu oleh orang sekeliling. 

3 peringkat Anxiety Disorder

Peringkat Pertama ( Mild Anxiety ) 

Peringkat ni hanya jantung berdebar-debar dan rungsing tanpa sebab. Perasaan sukar di kawal, kadang - kadang sedih (menangis) dan  marah. Gelisah dan serba tak kena. Pada tahap ini, pesakit masih boleh bekerja dan senang diubati. Tapi peranan orang sekeliling perlu.

Peringkat Kedua ( Medium Anxiety )

Peringkat ni anxiety dah mula menyerang bahagian bahagian tertentu di dalam tubuh. Akan mula rasa sesak nafas, pedih ulu hati, sakit seluruh sendi dan tulang belakang. Kepala rasa ketat dan kebas, jantung berdegup laju, tubuh seperti bergetar getar dan telinga berdesing. Tapak kaki dan tangan kadang sejuk dan kadang panas. Perut jadi sangat tidak selesa seperti ada yg bergerak gerak di luar kawalan... Untuk tahap ini masih boleh bekerja tapi selalu bertindak dan berfikir di luar kawalan. Boleh disembuhkan tapi dengan cara yang betul

Peringkat Ketiga (Heavy anxiety)

Peringkat ini keadaan pesakit di luar kawalan. Murung, sedih, menangis fikiran ingat mati, bunuh diri, lukakan diri sendiri atau agresif. Suka menyendiri dan takut pada manusia dan bunyi. Sangat mudah terkejut dan terasa hati, bercakap sendiri dan menjerit tak tentu hala. Tahap ini, memang tak boleh bekerja dan jadi tersangat pasif. Seperti orang yang patah semangat atau down. Nak ubati memerlukan masa yang panjang dan cara yang betul. Perlu rujuk pada pakar psikitrik

Punca terjadinya Anxiety Disorder

  1. Tekanan kerja melampau
  2. Terlalu kerap terkejut
  3. Sedih yg melampau
  4. Perselisihan/pertengkaran dgn kawan dan keluarga
  5. Masalah yg menimpa bertimpa timpa
  6. Terkena gangguan sihir, saka dan sebagainya
Untuk pengetahuan korang, cik en sendiri adalah pesakit Anxiety Disorder tapi masih di peringkat pertama. Masih dalam proses rawatan sendiri (tanpa ubatan) saat entri ini ditaip. Untuk kes bunuh diri tu pernah terjadi. Hampir hampir.. Ada masa cik en sendiri mencederakan diri sendiri tanpa sedar. Sekarang cik en lebih suka ambik sikap "lantaklah" "biar pi lah" dan acuh tak acuh dalam satu satu masalah serta tak fikir lama. Sebab itu, sekarang cik en tak pedulikan perasaan orang lain, tak seperti dulu, cik en cuba jaga hati semua orang. Sekarang cik en buat apa cik en nak buat tapi masih boleh fikir baik dan buruk. Itu yang membahagiakan dan menceriakan hari hari cik en. Harap cik en akan cepat sembuh dan menjalani kehidupan normal semula. 

  8 comments:

  1. Kena berhati-hati nie..
    AM selalu gak rasa berdebar dan tak tenang..
    Kekadang terfikir benda yang bukan2..


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  2. semoga cik en dilindungi Allah dan sentiasa ingat Allah .jika kita ingat Dia pasti kita kan tenang ... selalu berselawat ye ..istigfar ...supaya ketenangan tu ada dgn kita

    cuba dengan sikap ambil tidak peduli .... mcm akak ...serius ckp mmg x pernah stress yg lama... sbb akak suka marah ... outspoken, tak puas hati time tu settle tak simpan tak tgu ... org nk benci lantak korang ...pastu lepas mengamuk esok kita minta maaf .... selesai ...

    bkn sekali dua bergaduh ..bertekak dgn rakan sekerja .... ai hamun ...esok ai jumpa minta maaf ... nasib la sape berkawan dengan akak ....

    jgn simpan ... lepaskan .... klu kerap2 simpan lama2 makan diri ...

    ReplyDelete
  3. nice sharing cik en.. husna masih di tahap yg pertama.. risau tu mmg selalu ada.. tp ada org ckp tak cuba kita tak taw.. tp ntah laa.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Semoga cik En dikurniakan kesembuhan dan hidup normal seperti sediakala.

    ReplyDelete
  5. huhuhu .. tak sangka yana pon ada gak .. peringkat pertama =(

    ReplyDelete
  6. saya di peringkat ke ke dua..skrng msih boleh bkerja tpi prestasi bnyk mnurun

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!