Sitiawan - KLIA2 - Lombok International Airport | Trip Lombok Indonesia

Sitiawan - KLIA2 - Lombok International Airport | Trip Lombok Indonesia | Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga ke Lombok Indonesia selepas lebih kurang 5 bulan kami buat perancangan. Trip Lombok Indonesia kali ini cik en bersama kawan blogger cik en Bonde Zaidalifah dan kawannya Farhana atau senang dipanggil Banana. Cik en pernah beberapa kali jumpa bonde dan cik en mula rasa sangsi dengan Banana. Boleh ke dia sekepala dengan cik en. Cik en ini sejenis yang cerewet sikit (kata orang la). Nak tahu sekepala tak kena la baca entri ini sampai habis. | Sitiawan - KLIA2 - Lombok International Airport | Trip Lombok Indonesia

Sitiawan - KLIA2 - Lombok International Airport | Trip Lombok Indonesia

Macam biasa cik en dari Sitiawan akan ambil Shuttle Bus ke KLIA2. Bas cik en pada 12.30 tengah malam dan dijangka sampai KLIA2 pukul 6 pagi. Tapi lebih awal di jangka pukul 4,30 pagi cik en dah terpacak depan pintu KLIA2 itu. Bonde dan Banana pula akan sampai pukul 6 pagi. So cik en pun berjalan jalan dalam KLIA2 walaupun kebanyakan kedai masih tutup lagi. Jika sebelum ini Trip ke Sabah dengan adik cik en dan ada berteman kali ini cik en kena melepak sorang sorang. 

Lebih kurang 6.30 pagi baru kami bertiga berjumpa. Dan masa itu mata bertentang mata dengan Banana. Hurm.. Nampak ok je. So untuk permulaan cik en selesa dengan Banana. Dan cik en berharap cik en akan selesa dengan Banana sampai habis travel. Begitu juga dengan Bonde. Nampak tak fussy cik en masa itu. Hahahhaha. Anyway cik en susah nak ngam dengan orang. Kalau dah jumpa sekepala memang cik en akan mesra + masuk air. Hahhaha.. 

Masa nak check in luggage, ada masalah sikit. Bukan salah sesiapa tapi mungkin ini 1st trip kami tanpa guide profesional so kami tak beli sekali dengan luggage. Tak pasal pasal kena RM150 dan kami beli sekali untuk luggage untuk balik nanti lagi dengan tambahan around RM45 kalau tak silap untuk 20 kg. So lepas ini kami akan alert untuk beli luggage walaupun perancangan backpacker. Kalau korang dah beli tiket flight tapi terpaksa bawa luggage korang boleh beli 4 jam sebelum boarding. Kalau 4 jam awal around harga RM40++ je korang bayar untuk tamabahan luggage. Kalau bawah dari itu akan jadi RM150 (lebih kurang)

Selesai check in luggage kami terus boarding dan sepanjang perjalanan ke zone cik en banyak bertanya mengenai KLIA2. Sebab masa Trip ke Sabah cik en naik Malindo di KLIA1. Masa itu dah nampak la kami bertiga sekepala dan cik en tahu, kami akan super enjoy untuk Trip Lombok Indonesia ini


Settle semua dan masuk flight, cik en yang tak pernah naik Air Asia ini rasa pelik sikit. Tempatnya kecil dan tiada TV macam Malindo. Mungkin disebabkan itulah Air Asia menjadi World's Best Low Cost Airline. So kena la kan harga dan keadaannya. Tapi ianya tak memberi isu yang besar pada cik en. Asal sampai kira ok la. Hahahha


Perjalanan kami ambil masa lebih kurang 3 jam dan kami perlu isi borang declaration barangan dan diserahkan masa pemeriksaan imigration nanti. Bila da sampai di udara Lombok cik en sempat snap beberapa gambar Lombok dari permandangan atas. Dan alhamdulillah kami selamat sampai ke Bumi Lombok. 


Gunung Rinjani

Gili Trawangan


Sampai saja Lombok International Airport kami uruskan hal imigration dan luggage dan seterusnya kami mencari simcard untuk kekal berhubung dengan orang Malaysia. hahahah. Sebelum itu sempat juga cik en layan lagu tradisional Sasak. Simcard kami memilih jenama XL untuk 8 GB dengan harga kalau tak silap 15000 rupiah yang mana disuggestkan oleh kawan kawan di Malaysia yang pernah ke sini.



Selesai beli simcard kami terus ke bahagian hadapan LIA dan supir sedia menunggu kami. Kami terus naik mobil (tetiba slang Indonesia terus.. ahahhaha). Supir kami bernama Buyung dan Anas atau senang dipanggil Jarjit (pengaruh cerita Upin dan Ipin. Kat sini Upin dan Ipin sangat famous)



Selesai untuk entri ini, cik en akan sambung cerita seterusnya di next entri. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  2. Best kan Lombok..sure ada rasa nak repeat lagi

    ReplyDelete
  3. aida akan folo citer lombok ni, cikEN.
    teringin nak gi.
    ari tu ofis buat trip ke sana.
    konon nyer nak melawat kastam lombok.
    hmmmm melawat hal keje tu, jap jer.
    baki 2 hari berjalan jer diorang tau.
    rugi iolls tak join :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post