Hutan Pinus Pengger Tempat Permandangan Malam Yang Cantik | Trip Jogja Indonesia

Hutan Pinus Pengger Tempat Permandangan Malam Yang Cantik | Trip Jogja Indonesia | Kalau malam hari kat Jogja korang jangan lepaskan peluang ke Hutan Pinus Pengger. Sebab korang akan nampak bandar Jogja yang cantik sangat. So far sebelum nak sampai ke tempat best tu, korang kena mendaki sikit. Cik en yang semakin lama membesar ini lelah juga la nak naik. Rasa macam masa itu nak diet balik. Hahahha. Anyway kat sini spend duit lebih sikit untuk korang dapatkan gambar profesional dari mereka. | Hutan Pinus Pengger Tempat Permandangan Malam Yang Cantik | Trip Jogja Indonesia

Hutan Pinus Pengger Tempat Permandangan Malam Yang Cantik
Hutan Pinus Pengger Tempat Permandangan Malam Yang Cantik

Hutan Pinus Pengger Tempat Permandangan Malam Yang Cantik | Trip Jogja Indonesia


Hutan Pinus Pengger ini dibuka bermula 7 pagi sampai tengah malam tapi disini akan mula ramai bila menjelang malam. Disebabkan permandangan malam lebih cantik dari siang. Nak masuk ke sini stanby Rp 2,500 untuk tiket masuk. Dari Jurang Tembelan ke Hutan Pinus Pengger ini ambil masa dalam 30 minit juga. 


Hutan Pinus Pengger ini baru saja di buka pada tahun 2016. Didalam ini ada kedai makan, surau, tandas dan tempat letak kenderaan. Kawasan ini kawasan pokok pine dan korang boleh sewa hammock untuk bersantai. Masa kami sampai disini, hujan renyai renyai. So banyak jalan licin sebab kat sini kebanyakan tanah. So kat sini ada beberapa port yang korang boleh tangkap gambar tapi masa cik en snap gambar, hari belum cukup gelap dan lampu pun tak dipasang lagi. So cik en just share gambar kawan cik en yang dapat gambar yang cantik. 


Gambar di atas ini memang tak cantik sebab dah try adjust camera untuk nampak cantik tetap pencahayaan kurang. Masa ini tak pakai iphone lagi. Kamera pun masih tak khatam lagi. Lantai dia memang licin betul sebab baru lepas hujan. Cik en hampir nak jatuh juga la. Selut penuh di kaki


Yang ini pula masih belum cukup gelap dan yang belakang itu memang tak boleh nak halau. Hahahhah.. So far kalau nak snap gamabr area sini tunggu betul betul gelap. 


Pinjam gambar Moly, anyway kalau korang perasan kenapa gambar ini cantik sebab dah cukup malam sebenarnya. So lampu itu memainkan peranan untuk nampak cantik. 

Sebab tak boleh nak shoot gambar cantik, untuk spot Tangan Raksasa cik en gunakan khidmat jurugambar mereka. Tapi kena bayar Rp 4,000 sekeping. Softcopy okey. 



Kalau korang nak dapatkan tips untuk bergambar kat sini, korang boleh baca di Tips Bergambar di Hutan Pinus Pengger . Study dulu untuk dapatkan gambar yang cantik. Atau paling mudah upah saja jurufoto yang ada. 

Okey, dah nak habis dah Trip Jogja Indonesia kali ini. Sikit lagi, ada satu atau dua entri lagi. So lepas Hutan Pinus Pengger, masa untuk kami shopping di tempat shopping terkenal di Jogja iaitu Jalan Malioboro. Tapi sebelum itu, kena check in dlu. Jumpa entri seterusnya. 


Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

Day 1.1 : Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport
Day 1.2 : Pantai Timang - Gondola  - Lobster | Trip Jogja Indonesia

Day 2
Day 2.1 : Menghayati Sunrise di Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia
Day 2.2 : Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi | Trip Joja Indonesia
Day 2.3 : Kenapa di Sebut Tempat Ini Batu Alien? | Trip Jogja Indonesia
Day 2.4 : Museum Omahku Memoriku | Trip Jogja Indonesia
Day 2.5 : Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia

Day 3
Day 3.1 : Gambar di Pule Payung Menjadi Kontroversi | Trip Jogja Indonesia
Day 3.2 : Rumah Hobbit di Taman Hobbit Mangunan | Trip Jogja Indonesia
Day 3.3 : Nasib Baru Lepas Hujan, Nampak La Sikit Awan Karpet di Jurang Tembelan | Trip Jogja Indonesia
Day 3.4 : Hutan Pinus Pengger Tempat Permandangan Malam Yang Cantik | Trip Jogja Indonesia

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post