www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-05-26

Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia

Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia | Ingat entri sebelum ini yang cik en tulis " Gereja Ayam sebenarnya bukanlah berbentuk ayam tapi terkenal dengan nama ayam". Itupun cik en dan yang lain dapat tau semasa diberi penerangan sebelum masuk ke gereja ini. Mungkin nama ayam diberi disebabkan rupanya seperti ayam di bahagian hadapan gereja. Tapi bila naik ke bahagian paling atas, korang akan nampak ianya seperti burung. Ianya adalah inspirasi design dari Burung Merpati sebenarnya. So jom tengok apa yang menarik di Gereja Ayam ini. | Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia



Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam | Trip Jogja Indonesia

Perjalanan dari Gunung Merapi kesini tak ambil masa yang lama sikit. Dalam 1 jam lebih untuk sampai ke Gereja Ayam. Korang boleh tengok maps di bawah ini


Sejarah gereja ini asalnya adalah gereja ibadah bagi beragama kristian. Tapi kini ianya telah dibuka untuk ibadah semua agama termasuk agama Islam dan hindu selain gereja. Ada juga mendiam diri. Naik ke sini pun masih sama macam tempat yang lain, perlu naik jep. dan bayaran kalau tak silap Rp 15,000 seorang. 1 jep boleh naik 3 orang. Kami cuma ambil pakej naik saja dan turun kami buat keputusan untuk berjalan kaki. Tak jauh la tapi kalau nak mendaki berpeluh juga la. Hahhahaha. Harga tiket pula adalah Rp 30,000 (kalau tak silap sebab dah lama dan dah lupa). Akan dapat sesi penerangan dan voucher untuk tuntut kayu bakar goreng di cafe di dalam gereja ini. 

Gereja ini ada beberapa tingkat. Tingkat bawah adalah tingkat untuk pintu masuk yang ada bahagian penerangan mengenai gereja dan dalam itu ada beberapa bilik untuk ruangan beribadat. Macam cik en terangkan sebelum ini, gereja ini dibuka kepada semua peganut agama dan bebas melakukan ibadat di tingkat bawah ini.

Sesi Penerangan

ruangan beribadah. Tak kira apa jua agama disini

Tempat untuk pengunjung menulis doa atau wish dan di tampal di sini.


ini ruangan doa pribadi atau ruang berdiam diri. Disini nak buat ibadat pon boleh.

Selesai menjelajah setiap bilik di tingkat bawah yang kebanyakkan banyak ruangan peribadi, kami naik ke tingkat 1 dan disini macam hall dalam gereja. Cuma ianya diubah suai menjadi tempat istirehat seperti kerusi, info mengenai gereja dan bersantai. Kat sini korang akan kiri dan kanan ada tingkat 2 tingkat lagi. Ianya adalah dibahagian kepala dan ekor .


Atas itu bahagian ekor

Atas itu bahagian kepala
Cik en naik bahagian kepala gereja dulu. Sebelum naik ada ruangan untuk kesedaran penyakit mental, dadah dan lain lain. Tangga agak kecil so korang kena hati hati dan jangan berebut sebab tangga itu boleh muat seorang je. Ada lukisan menunjukkan pakaian perkahwinan setiap suku kaum di Indonesia. 




Sampai diatas, tempatnya agak kecil so boleh buat maksimun 5 orang je. So korang kena tunggu turn. Akan ada yang jaga di tangga naik ke bahagian atas.

Permandangan dari atas kepala gereja


belakang itu bahagian ekor gereja
Tak lama duduk atas ini sebab panas sangat so cik en naik ke sebelah ekor yang mana ada cafe comel di bahagian 2 dan korang boleh santai dibahagian 3.






Selesailah explore cik en dan yang lain lain di Gereja Ayam atau Gereja Burung Merpati ini. Dalam masa yang sama cik en boleh tahu info agama agama lain. Sejarah terjadinya gereja ini. Dan beberapa info sejarah mereka. So next adalah Borobodur. Tempat wajib kena kunjungi kalau ke Jogja. So tunggu next entri okey!

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!