www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-05-27

Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur | Trip Jogja Indonesia

Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur  | Trip Jogja Indonesia | Ayat yang melekat di kepala cik en "Dont Worry Be Happy" dari awal lagi kami ambil travel guide. Travel guide yang cik en rasa yang banyak bagi info pasal Borobudur ini adalah Pak Agus. Travel guide yang bertauliah dan diberi pass dari UNESCO. Banyak travel guide di luar sana tapi disarankan ambil travel guide yang diiktiraf. Pak Agus juga bawa point penting Borobudur dan bawa kami melalui jalan yang tak crowded. Itu yang best. Tak perlu bersesak. So jom explore Borobudur Jawa Tengah Indonesia | Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur  | Trip Jogja Indonesia


Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur  | Trip Jogja Indonesia

Dari Gereja Ayam ke sini tak ambil masa yang lama pun. Dalam 15 minit camtu. Tak dan korang nak kering peluh. Borobudur ini besar tau dan banyak pintu keluar. So jangan sampai tersesat.


Sampai saja disini korang terus cari kaunter tiket dan bayaran seorang adalah Rp 350,000. Tuk travel guide bayar lain ye. Tapi cik en dah lupa berapa dan kami kongsi bayarnya.



Tempat pertama Pak Agus bawa adalah trademark Borobudur. So sini tak leh snap lama lama. Dapat 2 3 gamabr dah dengar bunyi wisel. So bagus juga la kan. Guide jangan bagi sesak disini.


Fuh, nak jalan dari pintu utama ke Borobudur punyalah jauh. Pak Agus bawa jalan yang senang tapi terkejar juga la. Badan dah naik ini, memang cik en slow sikit kalau berjalan kalau tak dulu habis kena tinggal. Hahahhaha







Inilah Pak Agus. Servis Tip Top dan ada special gift dia bagi pada kami. Hahahha. Nak tau apa nanti cik en story.

Simbol Dont worry Be Happy ada di patung patung ini. 


Gambar diatas ini bukan sebarang gambar. Ini position confident dan peace. Confident adalah cekak pinggang tu. Yang mana ianya juga diguna pakai dalam dunia modelling. Cik en memang suka position camni sebab nampak confident. Rupanya memang itu lambangnya. Tangan kanan itu pula lambang peace. Peace bermaksud kedamaian. So kedua dua position ini ada di patung batu yang ada di candi ini.


Mesti ada nak tau, apa gift yang Pak Agus bagi pada kami. Hahahha. Sebenarnya hanya tilikan tangan. Nak percaya sangat tak boleh tapi anggaplah itu adalah hiburan semata mata. So sebelum tangan ditilik, kena buat position dibawa ini selama 30 saat


Lepas itu Pak Agus akan tengok tapak tangan dan buat tafsiran mengenai diri cik en. Nak tau apa? Ni ha

  • 40% Romantik
  • 100% fokus
  • Not Friendly
  • Strong Person
  • Sesuai jadi Leader seperti supervisor


Betul ke? Hanya korang yang boleh nilai cik en. Tak romantik sebab tak kahwin lagi. Hahhaha. Fokus yes! Bab kerja cik en tak suka main main. Not friendly maybe sebab dulu asyik kena makan dengan kawan je. Strong person yes! sebab cik en banyak menempuh masalah kehidupan sendirian. Jadi leader maybe sebab anak sulung memang suka mengarah. Hahahahahha. 

Kenapa cik en buat tajuk entri ini Dont Worry Be Happy Lambang Borobudur? Sebab di sini, ianya sebenarnya banyak menceritakan kisah kisah. Ada kisah yang jahat dibalas jahat. baik di balas baik. macam karma. Jadi apa juga masalah jangan risau, sentiasa gembiran sebabnya bila stress, masalah tak selesai masalah lain yang dapat. So Dont Worry Be Happy dalam kehidupan. 

Lama juga kami di sini dan tak sangka kami dah melebihi limit. Bila keluar kami memempuh laluan kelaur yang sangat sukar dan panjang. Mereka kena buat kami melalui semua kedai jualan sebelum jumpa jalan keluar. Strategi pemasaran betul. Lepas itu penuh orang terkejar kejar suruh kita beli barang. Tolak secara baik okey kalau korang tak nak membeli. 


Selesai di sini, kami memang penat sangat dan kami terpaksa skip aktiviti malam di Hutan Pinus kerana hujan lebat dan keadaan kami yang down. So kemana pula aktiviti kami untuk hari ke 3 Trip Jogja Indonesia ini? Kena tunggu next entri. Info lain mengenai Borobudur boleh baca di Wikipedia Borobudur

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

  1 comment:

  1. Menarik..siap dapat tilik lagi kan..betul kita x leh caya 100%..suka2 takpe..biar org sekeliling nilai kita

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!