www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-02-01

Trip Phuket Krabi | Elephant Tracking dan Hatyai Floating Market


Trip Phuket Krabi | Elephant Tracking dan Hatyai Floating Market | Sekejap saja dah sampai hari terakhir Trip Phuket Krabi yang cik en ambil dari Ayden Averroes Travel ini. Rasa macam baru bertolak dari Malaysia. Haha. Untuk aktiviti hari terakhir ini, kami akan pusing Krabi Town, Safari Elephant Trecking Krabi, makan aiskrim kelapa dan destinasi terakhir di Floating Market di Hatyai. Sebelum bergerak keluar dari Phu Panwa Resort, kami sempat tangkap gambar untuk dijadikan kenangan sebelum bergerak. 



Selesai saja, kami terus ke Safari Elephant Trecking Krabi. Perancangan awal untuk menaiki gajah, tapi sebab kami terlewat, trip gajah dah terlepas, jadi kami hanya sempat untuk berikan makanan pada gajah gajah ini.







Sebenarnya cik en tak lama disini. Entahlah, cik en rasa sayu tengok gajah diatas ini. Terus mengalirkan air mata. Walaupun di Thailand, gajah adalah kebanggaan mereka, tapi dari pandangan mata gajah ini seakan akan sayu dan mengalirkan air mata. 

Seterusnya awe pemandu trip kami bawa kami ke tempat aiskrim kelapa yang famous di area sana. First time cik en rasa aiskrim kelapa ini. Sedapnya tak boleh nak ceritakan. Sedap sangat.


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Hatyai sebelum pulang ke tanah air. Tempat terakhir adalah Floating Market. Kat sini cik en nak belanja je suasana di Floating Market ini. Floating Market ini dibuka Jumaat hingga Ahad saja. Makanan disini kebanyakkan makanan halal so tak la risau macam di Krabi Night Market. Boleh makan apa saja yang ada.











Sedap betul tau bubur disini. Walaupun hanya bubur, tapi rasanya sampai terindu rindu walaupun dah sampai Malaysia. Simple tapi sedap sangat. Lebih kurang pukul 5 petang kami bergerak ke sempadan. Habis dah trip Phuket Krabi kami. Dibawah ini adalah gambar terakhir kami. Sedih wooo.. Apa apa pun, kami tetap enjoy percutian budget ini.


Terima kasih pada team yang lain. Happy betul walaupun baru pertama kali berjumpa. Team KBBA9 sememangnya sporting dan havoc. Kalau korang nak percutian terbaik tapi budget, korang boleh dapatkan perkhidmatan dari 



Facebook 

Instagram 

Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja

WHATSAPP 0149445981 ( EJA ) 
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )

Sesiapa yang terlepas entri sebelum ini, boleh terjah 

  3 comments:

  1. first nmpk aiskrim kelapa masa tgk show running man ke thailand.. nyum nyum tgk pun telan air liur da =D

    ReplyDelete
  2. Nak ikuttt cik en..

    hehehe

    http://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html

    ReplyDelete
  3. Nice! Boleh dijadikan rujukan kalau Uyul nak ke sana nanti hehehe

    http://www.uyulrosli.com

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!