www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2017-01-09

Trip Phuket Krabi | Enjoy Habis Di Phuket


Trip Phuket Krabi | Enjoy Habis Di Phuket | Nampaknya entri ini agak lama cik en ambil untuk menaip. Bukannya malas tapi feel itu tak sampai. Hahahah. So cik en nak story untuk day 2 untuk trip Phuket Krabi. Hari ke2 ini, cik en dan geng yang lain akan melawat Patong Beach , Kilang Baju Hard Rock Phuket, James Bond Island dan seteruanya chekc in Phua Panwa Resort Krabi. Disini juga cik en nak story sikit kisah salah seorang geng kami yang sakit dan perlu dibawa berjumpa doktor. Terdapat masalah masalah dan juga pengalaman baru bagi kami. 

Kami berkumpul 7 pagi yang mana bersamaan 8 pagi jam Malaysia. Salah seorang geng cik en tidak sihat dari hari pertama lagi. Perjalanan yang jauh menyebabkan lagi teruk. Jadi pagi itu, kami bertekad bawa juga sebabnya semalmnya cari klinik swasta tutup dan kalau yang buka pun sangat sangat mahal. Sementara menunggu yang lain lain, cik en jamah dulu susu dan roti lapik perut sementara breakfast selepas selesai di hospital nanti


Susu  meiji ini sangat sedap dan pekat. Tak boleh nak comparekan dengan produk di Malaysia. Roti nya pulak, intinya penuh sampaikan terasa custard setiap kali kunyahan. Bukannya nak kata produk Malaysia tak ok ye. Tapi kalau korang sendiri beli roti di mana mana, intinya ciput je kan? 

Apabila semuanya berkumpul kami terus bergerak ke hospital kerajaan berdekatan.Kalau nak story mengenai cara rawatan di hospital itu, korang boleh rujuk entri dari ayue di Pengalaman di Hospital Phuket . Selesai saja urusan di hospital, kami ke terus Patong Beach. So sempat la cik en merakam suasana siang. Kalau semalam cik en selfie pun gelap saja kan?











Selesai saja selfie kami terus bergerak ke Krabi. Perjalanan dari Phuket ke Krabi ambil masa lebih kurang 3 jam. Tapi sebelum itu, kami akan singgah Kilang Baju Hard Rock Cafe dan island hopping.

Kilang Baju atau Madunan T-Shirt terletak di Chang Wat merupakan kilang yang terbesar dalam pembuatan t-shirt yang mana t-shirt Hard Rock Cafe Phuket pun dibuat di kilang ini. So di sini masa cik en habiskan banyak duit. Hahaha. Memang murah. Jom kita layan








Kat sini cik en habiskan lebih dari 1000 bath. Hahaha. Sememangnya tak cukup. Nasib la duit ini terhad, so terbantut juga cik en nak shopping. Hahaha. Anyway kalau diberi sekali lagi ke Phuket, cik en nak spend 2000 bath atau lebih disini. Hahaha. Mungkin disebabkan matawang Malaysia jatuh, so pembelanjaan memang terasa la di sini. Settle shopping kami teruskan ke next destination.

Untuk aktiviti terakhir di Phuket, kami wajib untuk Island Hoping di James Bond Island. So kami perlu menaiki bot di Ko Panyi, Phang-Nga untuk ke James Bond Island. Tak mahu celoteh banyak banyak, jom layan gambar




Sebelum sampai ke James Bond Island, kami sempat tengok pulau kucing atau cat island tau. Kenapa dipanggil pulau kucing sebabnya rupanya seperti kepala kucing.


Seterusnya kami meneruskan perjalan ke James Bond Islands. Kat pulau itu, kami tak turun sebabnya korang kena bayar sebelum jejakkan kaki di atas pulau tersebut. Nak tahu berapa? 400 baht. Mahal juga la bagi percutian bajet kami ini.


Jadilah kan, tengok pulau yang menjadi lokasi pengambaran cerita James Bond iaitu The Man With Golden Gun pada tahun 1974. Sebelum ini, pulau ini dipanggil nama Khao Phing Kan. Selesai mencuci mata keliling pulau ini. Seterusnya kami ke pulau atau perkampungan nelayan untuk makan tengah hari. Tapi sebelum itu, sempat cik en snap beberapa gambar lagi.



Dah sampai ke perkampungan nelayan yang mana disinilah kami akan lunch. So korang layan gambar gambar ni








Fuh, makanannya memang sedap. Terutama tomyam mereka. Sangat sedap walaupun jernih je cik en tengok. Hahaha. Tempat apa yerk? cik en pun dah lupa nama perkampungan ini. Tapi kami memang enjoy dengan masakan mereka terutama tomyam tu la. Sampaikan ada yang nak menuntut ilmu masak tomyam disini. Hahaha. selesai saja,kami meneruskan perjalanan balik dan sepanjang perjalanan kami diberi peluang untuk melihat hasil contengan atau grafik di pulau yang ada gua gua kapur. 




Selesai island hopping ini. Nasib pakai sunblock. ahahha. Perjalanan dari Phang Nga ini ke Phu Panwa Resort Krabi mengambil masa 1 jam 30 minit. So selalunya perjalanan yang jauh, Awe pemandu kami akan berhenti di mana mana perhentian. So kami berhenti di satu perhentian ini yang mana ada replika animasi yang comel comel. Jangan tanya dimana, sebabnya masa ini cik en dah lupa kat mana kami berhenti. 



Dah jadi macam kanak kanak riang berswafoto bagai tapi teruja la juga dengan replika replika disini. Dalam 30 minit selesai semuanya, kami terus kan perjalanan ke Phu Panwa Resort di Krabi. Disebabkan dah selesai semuanya, kami ambil keputusan untuk terus berehat awal sebabnya esok kami akan snorkeling. Jom cik en belanja sikit video bilik cik en dan wendy untuk 2 malam di Krabi. 


Fuh, masa untuk berehat .. Jumpa untuk next entry semua. Semestinya next entry trip ini akan dipenuhi gambar snorkeling kitaorang!!! Sebelum itu, cik en nak bagitau, cik en join trip percutian murah murah tau. Nak tahu detail?

Facebook 


Instagram 


Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja


WHATSAPP 0149445981 ( EJA ) 
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )

4 comments:

PeRdU cINta said... [Reply]

Alhamdulillah best kan bila sesekali pergi negara orang...tengok pemandangan baru secara tak langsung timba pengalaman baru..PC suka tengok gambar sampan tu...best..

eima said... [Reply]

bestnye ...klu anak dah besar2 sikit nanti nak pi juga krabi ni ....

Jun Zie said... [Reply]

o mak cntik ny view !!!!

Siti Nurzafirah said... [Reply]

cantiknya Phatong tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads