Apa Yang Perlu Buat Sebelum Travel Ke Thailand


Persiapan Sebelum Travel Ke Thailand | Entri ini ada kaitan dengan Trip Bajet Phuket - Krabi - Hatyai dari pakej Ayden Averroes Travel yang cik en join minggu lepas. Anyway trip ini merupakan trip pertama ke luar negara. Jadi banyaklah yang perlu dilakukan seperti dokumen, pakaian yang sesuai, maklumat sedikit sebanyak tempat yang pergi dan beberapa lagi. So cik en nak kongsi sikit beberapa maklumat untuk panduan korang yang 1st time pergi keluar negara lagi lagi negara Thailand. 

Team kami seramai 10 orang blogger yang tersiri 9 orang perempuan dan seorang lelaki dan cik en tinggal akan berjauhan dari blogger yang lain. So cik en lebih banyak bertanya kepada kawan kawan yang ada pengalaman ke Thailand. So ini persiapan awal sebelum cik en travel ke Phuket, Krabi dan Hatyai.

1. Pasport Malaysia Antarabangsa


Ini dokumen yang wajib korang kena buat ye. Lagi lagi yang pertama kali nak keluar negara. So sebelum itu cik en ambil beberapa fakta dari Laman Web Imigresen Malaysia 

PASPORT ertinya Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.
Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Untuk buat pasport ini, korang kena pastikan korang tak ada masalah senarai hitam atau balcklist ye. Nak tahu korang blacklist atau tak, boleh cuba masukkan no kad pengenalan korang di Semakan Status Kawalan Imigresen . Kalau tak ada masalah, korang boleh lah ke pejabat imigresen yang berdekatan. Pastikan tudung korang bewarna gelap dan korang tahu ketinggian korang. Sebabnya dalam pasport nanti akan diletakkan ketinggian pemilik pasport. Jika tak tahu, jangan risau, ada disediakan tempat semak ketinggian di pejabat tersebut. Oh ya, jangan lupa sediakan RM200 untuk pembayaran pasport. RM200 untuk jangka masa 5 tahun penggunaan. Jika yang mempunyai pasport pastikan tarikh luput atau expired pasport korang melebihi 6 bulan. Kalau tak korang ada masalah nanti di border.


2. Dapatkan Itinerary dari Travel Agency / Rancang itinerary dengan lengkap


Diatas ini adalah contoh Itinerary atau jadual perjalanan untuk Trip Bajet Phuket - Krabi - Hatyai dari pakej Ayden Averroes Travel yang cik en pergi hari itu. So dari sini, korang bolehlah cuba google macamana keadaan tempat yang korang bakal pergi. So nanti korang boleh memilih pakaian yang sesuai seperti baju renang untuk snorkeling dan juga kos kos yang perlu korang tambah untuk shopping dan makan. 

3. Tukar duit kepada matawang Thailand (Baht)


Untuk pertukaran matawang ini, korang rajin rajin google harga currency terkini. Korang boleh tukar di Money Changer yang terdekat. Di bank pun boleh terutama CIMB. Cuba tukar sebanyak mana yang boleh untuk mengelakkan masalah di Thailand nanti. Kalau takut bawa tunai yang banyak untuk keselamatan, boleh simpan di akaun CIMB. Di thailand, ada bank CIMB Thai tau. So korang boleh keluarkan duit bila bila masa. Cuma aktifkan international withdrawal. Untuk tutorial aktifkan nanti cik en buat entri lain na.. 

4. Travel Universal Adapter


Ha.. ini jangan lupa, kat Thailand, plug tak sama dengan malaysia. Jadi better korang beli travel universal adapter. Memudahkan nanti kalau korang ke negara lain. Lain negara lain. Nanti susah pulak korang nak cas telefon dan kamera.

5. Pastikan Sihat


Yang ini korang kena alert. Kalau ada rasa tak selesa, demam, batuk, selsema atau apa apa sakit better korang rawat di Malaysia. Semestinya korang travel, korang nak join kesemua program yang ada. Dengan faktor cuaca dan persekitaran, batuk atau selsema korang yang sedikit sedikit tu boleh jadi teruk. So pastikan korang sihat walfiat sebelum travel. Kalau tak sihat, rugi sangat sangat. Korang takkan dapat rasa keseronakan bercuti. Dan juga cas klinik di luar negara sememangnya mahal. Contoh seperti Thailand, mereka tak ada subsidi ubat macam di Malaysia. Kalau klinik swasta menjangkau 6000 Baht (+- RM750) dan klinik kerajaan 1994 baht (+- RM250) . So fikir fikirkan lah, korang nak bayar RM1 ke klinik kerajaan di Malaysia atau bayar beratus ratus di Thailand.

6. Ubat Ubatan


Ubat perlu ada lagi lagi sesiapa yang ada alahan dan sememangnya perlu makan ubat. Kalau yang sihat ini, boleh saja spare kan ubat seperti Panadol, Ubat selsema, Balm, Minyak Angin. Ada juga yang bawa minyak angin aromaterapi. Itu lagi baik. Walaupun nanti tak guna, its okey. sebagai persediaan awal untuk kecemasan.

7. Pilih Beg Bersesuaian


Yang ni penting juga. Korang kena tau percutian yang macamna. Ada yang boleh bawak beg troli dan ada yang guna backpacker je. Jadi dari jadual perjalanan tu dan kenderaan yang digunakan korang boleh agak beg mana yang bersesuaian. Travel cik en kali ini menggunakan backpack. So cik en menggunakan beg belakang dan satu beg silang untuk letakkan dokumen. Dan juga boleh bawa beg kalis air untuk aktiviti pantai nanti

8. Barangan Lain Lain

Untuk ini. mungkin korang bercuti di pantai, bolehlah bawa losyen berSPF tinggi, cermin mata, topi dan sebagainya. Disebabkan cik en ke Phuket - Krabi dan Hatyai, cik en sediakan 
    • Selipar
    • Losyen SPF
    • Cermin Mata
    • Sweater
    • Topi
So ini antara persiapan yang perlu korang persiapkan sebelum ke luar negara terutama sekali Thailand. Tunggu entri seterusnya ye. Cik en nak story pengalaman hari pertama dari Border Malaysia ke Phuket dan juga aktiviti hari pertama Percutian Bajet Ke Phuket Krabi Hatyai 4 Hari 3 Malam dari Ayden Averroes Travel . Pakej ke Phuket - Krabi dan Hatyai hanya serendah RM549 je! Berminat? Korang boleh contact detail di bawah ini



Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja

WHATSAPP 0149445981 ( EJA ) 
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hari tu pergi tak bawak adapter, jenuh gila.. mujur laa dua hari satu mlm je.. kendong laa powerbank merata.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sis nak tenyer...kalau dy nak travel ke thailand...mcm mner yer prosedur nak bawak kucing???

    ReplyDelete
Previous Post Next Post