www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-12-06

Perjalanan Paling Lama Dari Sadao ke Phuket


Perjalanan Paling Lama Dari Sadao ke Phuket | Selesai entri intro dan persiapan awal ke Thailand, kali ini cik en nak story mengenai perjalanan kami untuk hari pertama. Perjalanan cik en bermula daripada Manjung Perak - Ipoh - Bukit Kayu Hitam - Border Malaysia - Sadao - Phuket. Actually, cik en seorang saja yang menetap di Manjung dan yang lain lain dari Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Jadi perjalanan awal, sememangnya cik en berseorangan. Kali ini cik en memilih menaiki bas ekspress. Cik en memulakan perjalanan dengan menaiki bas kesatuan dari Seri Manjung ke Ipoh sebelum ke Bukit Kayu Hitam. 

Cik en sampai di Canloon lebih kurang jam 4 pagi dan bas perlu menunggu sehingga jam 6 pagi yang mana pintu border akan dibuka. Sambil memunggu, boleh la lelapkan mata sekali lagi. Sampai jam 6 pagi, cik en turun daripada bas dan melilau mencari rakan rakan cik en yang lain. Anyway ini pengalaman pertama cik en sampai ke border malaysia. Hahaha.. cik en mati kutu sebabnya tak tahu yang mana perlu cik en pergi. Mengelabah juga la muka cik en ini. Bila call ayue, dia suruh cik en untuk scan pasport.. Haahaha. Lagi sekali cik en blur. kat mana nak scan ini. Hahaha. Akhirnya cik en ke tempat ramai orang beratur. Dan disitulah cik en jumpa yang lain lain. Sebelum cik en terlupa, cik en ikuti travel dari Ayden Averroes Travel sdn bhd ini bersama blogger dari team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Mereka adalah Ayue, Jean, Mera, Mar, Yanty, T-Rex, Yanie, Kak Zura dan Wendy. Masa scan pasport, salah seorang daripada kami ada masalah sebabnya pasportnya akan tamat luput dalam masa 2 minggu lagi. Untuk maklumat semua, jika tarikh luput pasport kita kurang daripada 6 bulan, secara automatiknya, kita tidak dibenarkan ke luar negara. Jadi sila pastikan tarikh tamat pasport sebelum travel ye. Sambil sambil menunggu, kami mengisi dulu borang ARRIVAL CARD dari Imigresen Thailand.


Kad ini panjang dan ada 2 bahagian yang boleh dicarikkan. So korang akan simpan satu bahagian baik baik sebab akan digunakan masa masuk Malaysia balik. Oh ya, waktu di Thailand lewat sejam tau. Kalau jam Malaysia pukul 8 pagi, di Thailand baru 7 pagi. Kalau korang menggunakan handphone yang disetkan location, handphone akan automatik ke waktu Thailand. Cuma sesiapa yang memakai jam tangan bolehlah ubah masa, takut nanti shedule korang tak betul pula. 

Lebih kurang jam 8.30 pagi, salah sorang team kami selesai memperbaharui pasport so tanpa berlengah, kami terus ke border Thailand untuk urusan kemasukan.


Ini Wendy. Masing masing muka tak mandi.
Selesai urusan, kami terus mendapatkan kedai telefon berdekatan untuk dapatkan simcard untuk kegunaan kami di Thailand nanti. Cik en memilih simcard berharga 120 baht sekali dengan pakej internet 1GB untuk seminggu.


Sementara menunggu yang lain, sempatlah cik en candid bersama sama dengan Team KBBA9 dan Eja, Travel Guide dari Ayden Averroes Travel sdn bhd kami. Selesai saja, wajib kami selfie bersama sama.




Selesai saja, kami meneruskan perjalanan terus ke Phuket. Disebabkan masing masing lapar, kami akan makan di kedai makan halal lebih kurang sejam perjalanan. Sebelum sampai sempat la cik en snap kenderaan sewa popular di Thailand, Tuk Tuk




Selesai sarapan dan makan tengah hari. Hahaha, kami meneruskan perjalanan ke Phuket. Perjalanan mengambil masa 7 jam melalui jalan sepanjang 488km. Fuh.. perjalanan yang sangat lama dan panjang kan? Belum lagi berhenti berehat, mau menjangkau 8 atau 9 jam. Kami bertolak dari tempat makan lebih kurang 11.30 pagi. Dan di jangka sampai di Phuket dalam pukul 8 atau 9 malam. Sedikit nak kongsi keadaan van kami yang dipandu oleh awe..



Keadaan dalam van sangat selesa dan lajuuu.. Jalan jalan di sini pun dalam keadaan baik. Lebih kurang jam 4 petang, kami singgah di hentian Phang Nga. 


Sambil sambil rengangkan badan, kami minum dulu dan masa ini terjumpa menu famous di Thailand iaitu Pancake Telur Pisang. 


Nampak macam murtabak kan? Kira di Malaysia macam roti canai telur pisang la. Sedap dan manis, so untuk minum, cik en minum air kosong saja. Kena jaga kesihatan juga kan. Baru hari pertama disini, pastikan badan sihat.




Lebih kurang sejam disini, kami memulakan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 90km lagi. Sebelum matahai terbenam dalam pukul 6.30 petang, kami sampai di Phuket Gateway. Walaupun gatewaynya di jalan raya yang sibuk, selfie dan tangkap gambar itu penting okey..




Setelah menjadi perhatian orang ramai, kami meneruskan perjalanan menuju ke Phuket. Kami sampai Phuket lebih kurang pukul 8 malam. Dan ini sedikit suasana kawasan restoran yang kami makan.



Ini merupakan kedai untuk makan malam kami di malam pertama di Phuket.



Disini, cik en berkongsi menu dengan kak yanie. Kami memilih nasi putih, white tomyam, daging masak merah dan telur dadar. 


White tomyan ini ada rasa lemak lemak mungkin diletakkan santan. Tak pedas dan enjoy la makannya. First time makan kan?


Ini pula Pad Thai yang dimakan oleh Wendy. Cik en obses dengan Pad Thai tapi sebab kelaparan, terpaksa memilih makan nasi dan lauk pauk. 



Selesai makan, kami terus ke hotel. Kami akan tidur di hotel RAHA Hotel. Anyway di bahagian bawah, mereka renovatekan so tak dapat cik en nak tunjukkan keseluruhan hotel. Anyway cik en akan kongsi gambar di dalam bilik hotel. Oh ya, cik en memilih wendy sebagai roomate cik en sepanjang trip ini. 





Kali ini, cik en dapat bilik bertingkap. So nampaklah keadaan malam di luar kawasan hotel. Kami di beri 1 jam untuk bersiap sebelum ke Bangla Road.

siap dah!

Pantai Patong


Loma Market


Sampai dah pintu masuk Bangla Road



Selesai selfie,kami masuklah Bangla Road. Mati mati cik en ingat amcam Petaling Street tapi ianya tempat untuk berhibur. Sepanjang perjalanan cik en ada rakam sedikit.


Ha, so tak berapa sesuai la kami ke sana sebenarnya. Tapi sebabkan dah sampai.. Kami jalan jalan aja lah... Selesai melalui Bangla Road, kami terus menuju ke Hard Rock Cafe Phuket





Jam menunjukkan 2 pagi, mata dah mengantuk dan badan sangat penat. Biasalah, kalau dah jadi camtu, cik en mulalah memasamkan muka yang manis ini. Hahaha.


Sampai saja hotel, bumi phuket dibasahi dengan hujan, So memang heavan sungguh la, dengan penat dan sejuk, tak sempat cuci make up cik en dah berdengkur. Hahahah. Jumpa di entri seterusnya ye. semua.. Good Night

Trip ini cik en bersama sama blogger hebat dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang bekerjasama dengan Ayden Averroes Travel dimana ianya berkonsepkan pakej percutian bajet. Berminat atau nak request tempat tempat boleh saja hubungi :

Facebook 


Instagram 


Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja


WHATSAPP 0149445981 ( EJA ) 
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )

3 comments:

dayah sanif said... [Reply]

anda tela ditag http://missinspirit.blogspot.my/2016/12/giveaway-mega-giveaway-by-bloggers.html

Along Misuari said... [Reply]

Bestnya cik en..
Nanti kalau ada trip lagi roge2 la..
nak juga tumpang sekali gan isteri..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Lisa Nurulain said... [Reply]

macam menarik. kalau pi sana kena ramai2 ke ? kalau pi sorang boleh tak guna travel agen tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads