www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-03-08

Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing


Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing | Adakah anda salah seorang fobia atau takut apabila terserempak dengan anjing, tidak kiralah anjing liar atau bertuan sehinggakan anda lari lintang pukang atau menukar haluan kalau dalam perjalanan? Jika jawapanya "iya", cik en mohon belanja masa anda dalam beberapa minit untuk membaca artikel cik en ini. Dan mohon sesiapa yang membaca, berfikir secara positif. Subjek utama dalam entri ini adalah ANJING yang mana ianya adalah sensitiviti di Malaysia. Jika sesiapa yang mempunyai Facebook Peribadi cik en mesti ada melihat perkongsian daripada cik en. Sesiapa yang tiada boleh baca dibawah ini



Siti hajar adalah pelajar UTM dan mulanya sangat takutkan anjing tetapi berubah apabila berjumpa dengan Black. Kisah diatas mendapat viral di group kucing di laman sosial facebook. Jika beliau boleh mengubah persepsi terhadap anjing kenapa tidak kamu semua. 

Sebelum itu, cik en pernah berikan info yang anjing terbahagi kepada 2 jenis utama. Satu jenis adalah anjing garang atau fighting dan satu jenis lagi adalah anjing manja atau loving. Mungkin ada yang terlepas pandang entri mengenai jenis jenis anjing ini. Jadi anda boleh klik entri Anjing Terhad , Anjing Terhad 2, Anjing Terhad 3 dan Anjing Terhad 4 untuk kenali yang mana anjing ganas dan anjing berguna untuk manusia. Dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah membuat garis panduan anjing yang boleh di bawa masuk ke Malaysia dan yang tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia



Kebanyakkan anjing yang di banned masuk ke malaysia adalah anjing yang bersifat semulajadi garang dan agresif. Yang boleh dibawa masuk ke Malaysia pula adalah anjing yang lovely dan berguna untuk manusia. 

Tapi ada juga anjing yang dibenar masuk ke Malaysia akan bertindak agresif apabila
  1. Dikacau ganggu
  2. Melontar objek ke arah mereka
  3. Menganggu pasangan mereka (terjadi apabila musim biang)
  4. Penyakit Rabies. Klik sini untuk malumat lanjut
  5. Mereka /kumpulan dan kawasaan jagaan mereka terasa terancam
Cara menghadapi anjing yang ada di hadapan anda
  1. Perhatikan mata mereka,galak atau tidak.
  2. Perhatikan gerak badan mereka (menyalak atau cuba hendak menyerang)
  3. Jangan takutkan mereka, lontarkan objek dan menganggu mereka.
  4. Jika mereka mula ada tanda bertindak agresif, cuba jauhkan diri daripada mereka. 
Berbalik kepada kisah viral Siti Hajar diatas, tindakan pihak pengawal keselamatan menembak anjing atau apa jua haiwan adalah salah satu kesalahan di bawah Akta 772 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mula di laksanakan mulai tahun lepas. Boleh rujuk akta di SINI. Ianya adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman. Dan mengikut pelan strategik di SINI, perlaksanaan boleh dijalankan bermula tahun 2015 lagi. Jika pengawal keselamatan tersebut menembak, pengawai keselamatan tersebut akan didakwa dibawah perkara 30 (1) iaitu 



Antara kes di bawah Akta 772 Akta Kebajikan Haiwan 2015 ini 


Akhbar : 
UTUSAN MALAYSIA
TARIKH: 
4.2.2016
ISU :
Seorang Wanita didenda Oleh Mahkamah setelah mengaku bersalah mengabaikan tanggungjawab menjaga anjing peliharaanya
TAJUK : 
Wanita didenda aniaya anjing



Jadi jangan abaikan setiap kesalahan jenayah atau kebajikan terhadap haiwan. Walaupun tidak diberi makan yang cukup pun, ianya satu kesalahan. 

Anjing pun makhluk Allah jua, ada sebab kenapa Allah jadikan anjing dan babi sendiri walaupun bagi orang Islam kedua dua haiwan ini haram dipegang. Mereka adalah ahli syurga apabila mereka mati walaupun di dunia ini mereka didunia haram dipegang. Bukan semua anjing jahat atau garang. Ada yang sangat baik dan tolong menjaga kita atau kawasan perumahan kita dari pencuri atau perompak. Cik en setiap hari menerima kes anjing di klinik. Cara pertama cik en buat bertanya kepada tuan mereka, adakah anjing encik ini garang? Jika tidak, jangan terlalu bergopoh gapah hendak memegang, kadangkala perlakuan kita itu membuat anjing takut dan seterusnya bertindak agresif. Anjing semulajadi mendengar dan memahami tutur kata manusia. Seperti kucing, cuba untuk "be nice" atau berbuat baik sambil menggunakan bahasa lembut. Dan kebanyakan  anjing akan releks dan membenarkan cik en memeriksa dan merawat tubuh badan mereka. 

Jika anjing tersebut garang, jadi lebih baik berhati hati segala tindak tanduk mereka. Di klinik terdapat kekang anjing yang dikhaskan untuk rawatan anjing. Ada juga penutup mulut untuk menutup mulut anjing daripada mengigit. 

Kesimpulan disini cik en hendak beritahu, jangan terlalu jijik dan butakan hati apabila berhadapan dengan anjing ini. Kadangkala keadaan anjing yang kurus, sedih dan keseorangan boleh kita rasai bila kita memandang tepat ke dalam mata mereka. Kalau mereka takut pun, mata mereka akan beritahu kita yang mereka takut. Guna sikap keperimanusian kepada mereka. 

TAPI jangan lah pula ambil anjing atau anak anjing dipeluk dan di cium cium. Itu sudah salah. Memang ada yang cuba buat event untuk mengubah persepsi umat Islam terhadap anjing tapi jangan buat sesuatu yang Allah sudah larang. Buat baik berpada pada. Anjing di lahirkan dalam keadaan kuat, apabila hujan panas dan keadaan sekeliling tidak menentu, mereka boleh hidup berbanding dengan kucing yang mana sifatnya lemah dan manja. 

Akhir sekali, janganlah ada birokrasi dalam melayan makhluk Allah ini. Kita diberi akal dan fikiran oleh Allah kerana manusia khalifah di muka bumi. Kita patut bersyukur dan gunakan kelebihan yang ada dalam membantu makhluk yang lain. Janganlah asyik sayangkan dan kasihkan kucing yang comel tapi membiarkan anjing kurap mati ditengah jalan. 

9 comments:

yoorin melacolea said... [Reply]

huhu..bukan x suka anjing..tapi takut.. pengalaman dikejar 6-10 ekor anjing..lari menangis x cukup tanahhhhh rasanya..

lyana ishak said... [Reply]

cik en , jujur yana nak habaq , bergenang ayaq mata yana masa baca entri nie . yana pon takut nan anjing nie , mmg kalo nmpk dri jauh sure akan tukar haluan , tapi yana tak benci . nak ja yana buat satu shelter untuk haiwan terbiar nie .

PeRdU cINta said... [Reply]

Terima kasih perkongsian ni cik en...

Dunia Zumal said... [Reply]

Zumal takut gak anjing sebab selalu jumpa yang garang je. Tapi masa kerja kat Klang dulu pernah jumpa yang baik suka sondol2 Zumal. Ngeri gak sebelum tu ^-^

Azlinda Azman said... [Reply]

TAKUT SANGAT DENGAN ANJING. fobia...

Husna Rahman said... [Reply]

ak suka anjing..klu bole bela dah lama ak bela..lg2 yg husky dog...mcm musang..serius comel

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

sbnrnya, anjg ada baiknya..

stkt ni alhamdulillah, anjng yg berekor ekor kat dpn umah tu, elok ja. kdg malam jaga pagar umah. yela, sbb kt pun rjin bg makan. maybe dh igt kt tuannya.

aRz MoHa said... [Reply]

perkongsian yang baik cik en.....pernah ada pengalaman berhadapan dengan anjing...cuba buat rileks...sebab tahu mengenai anjing boleh menghidu rasa takut pada manusia....tapi bila dah dua ekor kejar....terpaksa bertukar jadi watson nyambek....hahaha lariii

Siti Yang Menaip said... [Reply]

comel memang comel.. tapi kalo boleh elak mmg CT elak la.. ehehe..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads