www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-09-20

Veterinar | Rabies, Penyakit Anjing Gila

Assalamualaikum
Entri ini cik en buatkan untuk makluman makluman semua. Dalam beberapa ini, banyak kes rabies iaitu Penyakit anjing gila yang merupakan penyakit zoonotik (berjangkit kepada manusia) yang disebabkan virus Lysavirus. Negeri yang telah mewartakan adalah Pulau Pinang , Kedah dan Perlis dimana menteri besarnya menyerahkan kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sepenuhnya untuk menangani masalah ini

PENYAKIT RABIES DI PERLIS; KEDAH;PULAU PINANG anjing gila wabak

LATAR BELAKANG RABIES ATAU ANJING GILA



  • Rabies (Anjing gila) merupakan penyakit zoonotik yang disebabkan oleh jangkitan Lysavirus
  • Ia boleh menjangkiti mamalia dan diagnosis melalui pemeriksaan klinikal, dengan sejarah pendedahan, perubahan kelakuan di tahap agresif, kerosakan saraf, lumpuh dan berakhir dengan kematian
  • Kes terakhir Rabies di Malaysia adalah pada tahun 1999
  • Malaysia telah mendapat status bebas Rabies daripada OIE pada tahun 2012
  • Kes terbaru Rabies disahkan pada 17 Ogos 2015
  • Akta Binatang 1953 (semakan 2006) bagi Semenanjung Malaysia memberi peruntukan kuasa untuk menghadapi wabak Rabies
Ini antara rentetan baru baru ini

RABIES DI PERLIS



  • Seekor anjing telah mengigit tuannya pada 27 JULAI 2015 dan dilaporkan kepada DVS Perlis pada 28 JULAI 2015
  • DVS Perlis telah mengambil tindakan dengan mengarahkan kuarantin anjing di rumah tersebut
  • Pada 30 JULAI 2015 (hari kedua di kuarantin), anjing tersebut telah mati dan sampel otak anjing tersebut telah dihantar ke VRI untuk pengesahan penyakit Rabies
  • Pada 17 OGOS 2015, VRI telah mengesahkan penyakit Rabies
  • Pewartaan sebagai kawasan wabak penyakit Rabies di Perlis telah dibuat pada 19 OGOS 2015

STATUS OPERASI KAWALAN


  1. Vaksinasi dan perlesenan: 443 ekor semasa wabak 297 ekor sebelum wabak
  2. Kawalan anjing terbiar(pemusnahan): 256 ekor
  3. Anjing menunjukkan tanda klinikal: 14 ekor 
  4. Bilangan premis dibanci: 875 ekor
  5. Bilangan sampel:65
  6. Bilangan sampel positif(setakat ini):8(4 bertuan, 4 liar)
  7. Mangsa gigitan:22 orang
  8. Kesedaran awam: 153(resmi) 7382(tak resmi)



RABIES DI KEDAH

  • Survelan telah dimulakan sejak hujung Ogos di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar melalui pemusnahan anjing terbiar/liar
  • Persampelan kepala dilaksanakan
  • Pada 13 September 2015, VRI memaklumkan kes positif Rabies
  • Sementara itu, dilaporkan 5 kes gigitan anjing pada manusia(3 kes pada 13/9, 2 kes pada 14/9) di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu. 1 anjing saja dapat ditangkap daripada 5 kes dan ujian ke atas sampel otak anjing mengesahkan penyakit Rabies
  • Setakat ini 17 sampel otak anjing(daripada anjing terbiar/liar) telah positif penyakit Rabies
  • Pewartaan sebagai kawasan wabak penyakit Rabies akan dibuat pada 17 SEPTEMBER 2015
STATUS OPERASI KAWALAN
  1. Vaksinasi dan perlesenan: 1639 ekor (sebelum dan semasa wabak)
  2. Kawalan anjing terbiar(pemusnahan): 476 ekor
  3. Bilangan sampel: 65
  4. Bilangan sampel positif(setakat ini):17(terbiar)
  5. Mangsa gigitan: 5 orang
  6. Kesedaran awam: 56

RABIES DI PULAU PINANG



  • Tujuh ekor anjing telah mengigit 3 ekor rusa(mati) pada malam 8 SEPTEMBER 2015 di Pejabat Veterinar Daerah Seberang Prai Utara
  • Pada 9 September 2015, PBT diminta menangkap anjing tersebut. 2 ekor dapat ditangkap. Di dalam proses itu seorang kakitangan PBT digigit. Kakitangan telah mendapat rawatan di hospital. Sampel kepala dihantar ke VRI
  • Pada 14 September 2015, VRI telah mengesahkan penyakit Rabies
  • Pada 13 September 2015, seorang kanak-kanak digigit anjing di Balik Pulau. Anjing ditangkap dan sampel diambil.
  • Pada 16 September 2015, VRI mengesahkan penyakit Rabies. 
  • Pewartaan sebagai kawasan wabak penyakit Rabies akan dibuat pada 17 SEPTEMBER 2015


Oleh kerana itu, Jabatan Perkhidmata Veterinar telah mengeluarkan 

STRATEGI KAWALAN DIPERTINGKATKAN KES RABIES


  • Kempen kesedaran awam
  • Survelan-persampelan
  • Vaksinasi dan perlesenan
  • Kawalan anjing terbiar-pemusnahan
  • Kawalan import
  • Kuarantin
  • Kawalan pemindahan
  • Pengezonan
  • Jawatakuasa di antara agensi akan diaktifkan (KKM,PBT, Daerah, Negeri dan lain-lain agensi berkaitan)
  • Vaksin pencegahan Rabies untuk kakitangan yang terlibat akan dilaksanakan

MAKLUMAN TAMBAHAN RABIES ATAU ANJING GILA

  • Kawasan yang berisiko adalah jarak radius 30km 
  • Tanda klinikal
    • melalui dua fasa dimulai 
      • fasa prodormal yang agresif dan disusuli fasa paralitik atau lumpuh yang dungu. Haiwan terjangkit akan berubah perangai, menjadi garang, bertukar suara, mengunyah tempat gigitan, hilang selera, demam dan menggigit apa sahaja yang bergerak sekitarnya. Dalam kandang ia akan menggigit pagar besi dengan air liur meleleh dan berbuih mulut. Simptom ini menggambarkan gejala anjing gila selama 2 - 4 hari. 
      • Fasa lumpuh atau dungu pula haiwan payah untuk makan, macam terlekat, dagu jatuh atau lumpuh dengan air liur meleleh dan berbuih serta berakhir dengan mati

PANDUAN RAWATAN KECEMASAN RABIES

  • Panduan Kecemasan Asas
    •  Bawa bertenang dan pastikan anda dan orang yang digigit berada di kawasan yang selamat. Gunakan sarung tangan getah sebelum anda memeriksa kawasan luka;
    • Jika tiada pendarahan yang serius, basuh luka dengan air dan sabun di bawah air mengalir selama 3 hingga 5 minit. Tutup luka dengan krim antibiotic dan pelapik yang bersih dan kering
    • Jika pendarahan adalah serius, tekap dan tekan kawasan luka dengan kain bersih dan kering. Tinggikan kedudukan tempat luka
    • Pergi ke hospital yang berdekatan dengan segera dan laporkan kejadian kepada Pejabat Veterinar yang berdekatan
  • Kes gigitan haiwan adalah serius apabila
    • Haiwan yang menggigit adalah liar dan tidak diketahui pemiliknya
    • Orang yang digigit tidak mendapat suntikan tetanus dalam 5 tahun kebelakangan ini
    •  Terdapatnya bengkak, kemerahan, atau nanah mengalir dari luka
    • Gigitan adalah di kepala, tengkuk atau tangan
    •  Gigitan dalam dan lebar
    • Tidak pasti jika luka gigitan itu memerlukan jahitan
  •  Pastikan laporan kejadian dibuat kepada Pejabat Veterinar yang berdekatan walaupun anda tidak memerlukan rawatan hospital, supaya pihak berkenaan dapat melakukan siasatan dan membuat kepastian samada haiwan tersebut adalah rabid atau tidak
Sumber : Fan Page FB dan laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

16 comments:

sayidah napisah said... [Reply]

harap la tak kena penyakit ni amin.

wahhhh blog berwajah baru :D

sayidah napisah said... [Reply]

harap la tak kena penyakit ni amin.

wahhhh blog berwajah baru :D

Mia Liana said... [Reply]

kalau terkena gigit memang bahaya betul ni....

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^).

Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

- Mia Liana -

kak gojes said... [Reply]

semoga penyakit ni tidak berlarutan lbh lama...

eintan KG tag eintan di ----> GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015

Ahmad Hasif said... [Reply]

Fuh bahaya juga ye kena gigit anjing nie rupanya..

Ooo singgah2 cuti mata tgk kain ye.. Hehe.. Singgah sini semula..

rubiah kadir said... [Reply]

X takut ke cik en pegang kuda tu..hehehe

Cik en keja kt bahagian veterinar..ari2 bg rawatan kt haiwan ke

Ieka Farhana said... [Reply]

Dari Segmen Nak Url Blog #18 by Mialiana

Ieka dah tekan nuffnang sambil follow #1222

Jangan lupa singgah yaa http://dunia-iekafarhana.blogspot.my/

Siti fironika said... [Reply]

wabak penyakit ni dah semakin merebak skrg kan..mcm2 jer jenis penyakit ada kan.. minta kita semua dilindungi..aaminnnn from firohar.blogspot.com

Haffizul Iskandar said... [Reply]

Balas kunjungan. Done follow sini ya. :)

Zie Has said... [Reply]

bahaya la kan ... takut juga nak bawa anak ketaman ni

Mahamahu said... [Reply]

Sepatutnya lama dah hapuskan anjing2 ni...

Nor Marshaliza Shaidan said... [Reply]

Takutnya penyakit rabbies ni....kat area rumah bnyk anjing yang xde tuan. Kena hati-hati.

Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

mairah mairah said... [Reply]

bls knjungan kat sini =)

seram kn?mntk d jaohkn dr penyakit mcm2,

Athirah Diyana said... [Reply]

bahaya. huhu. apepun, great info. at least semua alert

AMIIZAA said... [Reply]

salams kenal

dekat rumah pun banyak anjing2 liar
harapnya mereka tidak membawa virus

follow sini dari segmen kak mia liana #no.34

eza fahiza said... [Reply]

Hai cik en... Tq atas info ttg penyakit anjing gilerrr neii... Serammm, pasni jumpe anjing larik cecepat :D

Done follow u, ;)

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads