www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

Latest Posts

2017-08-17

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning | Enchanteur adalah satu jenama yang cik en percaya mempunyai peminatnya sendiri dan selalunya wangian yang mereka keluarkan tidak mengecewakan. Bertahun cik en menggunakan wangian mereka dan yang latest cik en admirer dan suka pakai adalah Celebrate Love. Sampaikan cik en repeat 2 kali membelinya. Ini mai lagi wangian terbaru ENCHANTEUR Stunning. So apa kata Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning pula. 


Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning


“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C 
Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.



ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.



Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.



ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Selain itu korang boleh tengok entri Wangian Enchanteur Menghidupkan Detik Detik Romantis dan juga Misteri Kotak Pink Dari Echanteur untuk ketahui produk wangian yang lain dari Echanteur. Jumpa next entri ya!

2017-08-10

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar | Cik en memang sangat suka mandi air terjun berbanding pantai. Mungkin kerana pantai ini lebih open, panas dan jauh dari kampung cik en. Air terjun ini kalau cik en mandi confirm berendam lebih dari 5 jam tanpa naik ke darat. Jangan ditanya "tak sejuk ke" "tak kecut ke kulit tu" sebabnya cik en sendiri tak tahu kenapa cik en boleh tahan kesejukan berendam daripada kesejukan angin. Hari minggu sebelum ini cik en ada bawa kawan cik en, Siti Mariam untuk jalan jalan ke Kuala Kangsar dan tempat pertama cik en bawa adalah Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini la. Niat nak mandi tapi sebab nampak diatas gunung nampak langit gelap je, cik en cancel untuk mandi. 

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar 

Mesti yang tertanya kenapa cik en nampak langit di atas gunung gelap cik en cancel mandi kan? Sebabnya kita tahu di atas gunung tu tengah hujan atau bakal hujan. Tak mau nanti "kepala air" datang kita tak sempat nak mengelak atau lari. Itu yang banyak kes lemas dibawa arus. Dan juga tengok kawasan pusar air. Kalau ada tak sesuai la untuk korang mandi manda. And last kalau korang pergi mandi air terjun musim hujan, berhati hati dengan kes Leptospirosis atau kencing tikus. Korang boleh baca artikel Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk


Back to Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini, dulu nak masuk free of charge je, sekrang berbayar la weh... Tapi cik en tak kisah asalll kebersihan dijaga sepenuhnya demi keselesaan pengunjung yang cerewat macam cik en. Hahhaha. Bayaran masuk adalah RM 2.00 untuk satu orang dan RM 2.00 untuk satu kenderaan. Untuk cik en kali ini kena bayar RM 6.00 untuk cik en, Mariam dan Mr Barney. Masuk je cik en terus tuju tempat favourite cik en tapi disebabkan cik en nak kongsi dengan korang semua cik en akan tunjuk dulu tempat main Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar dulu ye. Nanti baru cik en bawa ke tempat cik en tu.


Hutan Lipur Ulu Kenas ini dulu tak la secantik sekarang. Dulu tak ada replika dan pelan susur atur ini. Mungkin disebabkan kebersihan tak dijaga oleh pengunjung, pihak Jabatan Perhutanan take over dan renovate tempat ini jadi cantik. 


Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini betul betul dekat dengan Kem Bina Badan Negara Ulu Kenas. Cik en kursus melibatkan keselamatan pun dibuat disini tau. 


Tepi Kem Bina Badan ini ada tempat mandi manda yang sesuai untuk keluarga. Airnya cetek dan jernih dan tak banyak batu batu. Sesuai untuk lepaskan kanak kanak mandi bebas la.


Ditepi nya ada jambatan yang mana menuju ke chalet. Cik en cuba cari info pasal chalet tapi tak jumpa. Yang itu korang kena tanya Jabatan Perhutanan Perak atau terus ke Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini ye




Mesti ada yang bertanya tanya, kalau dah berbayar mesti ada tandas dan tempat jalan baju kan? Yup memang ada, cik en snap untuk korang ye.


Mesti ada yang tak sabar nak tau port cik en kat mana kan? Ha, tempatnya sebelum sampai tempat main Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar  ini. Tempat ini best sebab dalam dan ada port cantik untuk mandi manda. Meh nak belanja sikit tempatnya. Tempatnya ada jambatan tapi agak usang masa cik en datang.



Ini permandangan dari atas jambatan itu, Boleh la nak skodeng pasangan pasangan ber"mandi mada" kat hujung tu. Hahhahha




ini permandangan dari bawah pula



Port ini lebih sesuai untuk budak budak remaja je. Setiap kali la mai port ini, selalunya port ini kosong la. Dan cik en selalu berkelah ramai ramai dengan sepupu sepapan masa remaja dulu. Hahhaha. Sekarang dah dewasa. Hahahha. Kalau korang mai hari ahad sebelum datang Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar  ini korang boleh singgah Pasar Pagi Hari Minggu Kuala Kangsar. Boleh beli jajan nak makan masa mandi manda nanti

2017-08-09

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar | Kuala Kangsar adalah tempat kelahiran cik en dan ianya satu satu tempat yang tersemat di hati walaupun cik en ini berpindah randah berpuluh puluh kali. Walaupun kecil je daerahnya tapi kami berbangga sebab hidup aman makmur di bandar di Raja ini. Kat Kuala Kangsar ini orang melayu, cina, india, orang asli dan lain lain hidup aman damai. Lagi lagi senior senior ini. mereka sangat ramah antara satu sama lain sampaikan mereka bercakap langsung tak ada pelat bangsa masing masing. Ada satu tempat menarik kalau korang datang ke Kuala Kangsar pada hari Ahad iaitu Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar


Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar 


Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini ada jual pelbagai jenis barangan dari makanan, barangan basah, barangan kering, pakaian dan lain lain lagi. Ada yang jual ikan ikan segar dari Sungai Perak, ulam ulaman sampai cik en sendiri tak tahu ulam apa. Kalau yang jual baju dan juga baju dalam wanita, mereka sangat ramah sambil belek belek muat ke tidak. Hahahah. Beza kalau beli di pasaraya yang kita sengsorang je dalam memilih kan? Cik en nak kongsi sikit suasana di Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar
Gerai baju sangat banyak. Murah murah pulak tu


Barangan dapur dan plastik juga di jual

Barangan rare macam duit lama pun ada dijual

Terompah yang menjadi kasut pilihan orang dulu dulu

Sayur sayuran segar

Ikan segar dan selalunya di ambil dari Pantai Remis Perak

Pelbagai jenis ikan laut

Ikan Sungai juga

Makanan fovourite cik en CAKOI

Pasar Pagi ini berhampiran dengan medan cendul dan laksa

Belanja gamba owner blog. hihihihi
Disebabkan susah nak dapat parking berdekatan dengan Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini, cik en parking berhampiran Taman Kanak Kanak Kuala Kangsar dan berjalan menaiki jambatan ke Pasar pagi itu. 

Taman Kanak Kanak Kuala Kangsar

Ambil masa 3 4 jam juga la kami pagi itu jalan jalan kat pasar pagi ini. Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini betul betul terletak di Pekan Kuala Kangsar berhampiran Lembah Kuala Kangsar dan dibuka Sabtu dan Ahad saja. Sabtu tu tak semeriah hari Ahad la. Ahad yang paling besar.Selain dari sini, korang boleh tengok tempat tempat menarik yang lain di Tempat Menarik Di Perak Utara. Ok la Insyallah untuk next entri cik en kongsi tempat menarik di Kuala Kangsar yang cik en pergi tempoh hari. XoXo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads