Cara Rawatan Kucing Cirit Birit

Cara Rawatan Kucing Yang Cirit Birit

Cara Rawatan Kucing Cirit Birit | Dah sampai musim kucing cirit birit di klinik cik en. Cirit birit atau panggilan cik en cerry berry ini tak terhad pada kucing dewasa tapi juga pada anak kucing. Disebabkan setiap hari cik en menerangkan benda yang sama, cik en nak kongsi sedikit rawatan cirit birit pada kucing dewasa dan anak kucing. Sebelum itu, korang boleh rujuk Kenapa Kucing Cirit Birit. Yang penting korang kena tahu history kucing korang itu. Seperti jadual pemberian ubat cacing, pemakanan, aktiviti dan sebagainya. 

gambar kucing cirit

Korang juga boleh rujuk gambar diatas untuk ketahui tahap keadaan najis kucing korang. Selalunya Type 6 dan Type 7 ini akan buat kucing korang jadi lemah sebab kekurangan air dalam badan dan jika tak dirawat kucing boleh mati. Ini antara rawatan asas yang korang boleh buat mengikut punca punca cirit birit ini. 

  1. Cacing / Parasit ( bulu tak cantik, gugur, makan banyak tapi badan tak gemuk) - dapatkan ubat cacing di klinik veterinar atau kedai haiwan. Rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing
  2. Tukar Makanan Baru - Korang boleh rujuk Cara Memperkenalkan Makanan Baru Pada Kucing
  3. Susu ( selalunya terjadi pada anak kucing yang kehilangan ibu dan diberi susu lembu) - tukarkan kepada susu kucing yang boleh didapati di kedai haiwan atau klinik haiwan. Jika korang gunakan susu yang dibeli dari kedai haiwan, cuba cairkan kepekatan susu tersebut. 
  4. Keracunan - Boleh dapatkan rawatan awal dengan menggunakan air kelapa segar atau bawa ke klinik veterinar dalam keadaan segera
  5. Jangkitan (gangguan usus) dan Virus - Perlu rujuk klinik veterinar
Jika, korang tak pasti punca cirit birit, korang boleh gunakan kaedah di bawah ini.

  1. Puasakan kucing dari makan selama 12 hingga 24 jam. 
  2. Pastikan berikan banyak minum fresh water untuk elakkan dehydrated. 
  3. Jika kucing nampak lemah, boleh berikan air glukose, madu atau air gula. 
  4. Selepas 24 jam, korang boleh berikan ayam rebus atau ada juga vet yang suggest blend nasi putih bersama ayam rebus. 
  5. Kalau kucing korang dah tak cirit, selesai dah masalah itu
  6. Jika kucing masih cirit selepas di beri makanan boleh rujuk klinik veterinar berhampiran ye untuk dapatkan consultant.
Ini antara yang kerap cik en kongsikan bersama pelanggan dan pembaca cik en yang private massange cik en. Diharap ianya dapat membantu korang sementara ada masa untuk ke klinik. Tapi janganlah dah teruk baru bawa ke klinik, masa itu, cas rawatan yang murah akan jadi mahal sebabkan banyak komplikasi yang berlaku. Macam drip, admir ward dan sebagainya. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

18 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Cik En..PC rasakan kucing PC kat kampung tu ada cacing dan parasitlah...tak cirit birit...cuma makan banyak..tapi kurus...hihi...babah cakap makan kuat mesti ada beka saka ni...huhuhu...lagi satu ada parasit kat bulu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....maaf sy nak tanya kucing sy unur baru 4 minggu tapi tiba2 keluar najis yang cair...sdgkan dia hnya menyusu badan..boleh bagi pandangan cara merwat kucing yg masih kecil..

    ReplyDelete
  3. kucen saya ibu yg tgh susukan anak, dia cirit macam no 7 tu.. boleh ke bg ubat cacing time dia tgh susukan anak..

    ReplyDelete
  4. As salam. Saya nk tnya..kitten sya umur bru 1bln stgh..cirit2 dah 3hari..ari tu sya ada kasi susu utk kitten..tp skrg dh stop mayb x sesuai..dh bwk gi vet 2 ari lps..doc kasi ubat putih tu tp masih lg cirit2 la..mcm mana nk buat ye.. Mcm letih je kitten tu..sya kena bwk ke vet semula ke? Mohon nasihat. Tksh.

    ReplyDelete
  5. Hello, kucing saya ada masalah cirit birit yg type 6 dan 7. Ada peluang tak kucing saya sembuh klu rawatan diberikan? Badan kucing sya sangat lemah. Tolak sikit je terus rebah tapi klu makan ada selera juga. Cirit kucing saya tu pun berjatuhan dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. better rujuk vet.. klu dehydrate sgt perlu drip dan masuk ward..

      Delete
  6. Kucing saya mcm type 6-7 tpi masih berselera makan. Besar juga kucing saya makan. Tpi cirit tu ada masa tertentu.. Boleh tolong beri penjelasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better rujuk vet. byk kemungkinan. virus, cacing atau ada masalah makanan

      Delete
  7. kucing saya mcm yg no 6-7. Badan sangat lemah mcm tiada semangat.. cirit ada masa tertentu.. Tpi masih ada selera makan mcm biasa.. Boleh beri penjelasan? �� ��

    ReplyDelete
  8. Kucing saya ada masalah cirit birit yang type 6 dan 7. Badan kucing sya sangat lemah. Tolak sikit je terus rebah. Tapi klu masa makan tu masih ada selera seperti biasa. Mohon penjelasan. 😔 😔

    ReplyDelete
  9. Hello, kucing saya tiba2 cirit birit type 6 dan 7. Xnak makan.. Tapi masih boleh minum air.kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak benda perlu diambil kira. better rujuk vet terdekat

      Delete
  10. Hi , nak tanya ?
    kucing saya lately ni asyik cirit type 5. makan pun kurang , lemah , makin kurus . dah p vet makan ubat cirit tapi still tadak perubahan , kenapa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak kemungkinan. mungkin pemakanan, susu, cacing atau virus

      Delete
  11. sis.. kucing saya umur 3bulan n vaksin pertama awlptghn bulan 8/19.. sya bg mkn rc tp cirit birit lpstu sya bg puasa n bg mkn labu+ayam rebus.. skrg sya cuba bg mkn dryfood eq plk tp najis die lembik n die xsedar najis tu keluar.. apa masalah sbnrnye? .. sya dh buntu huhu..

    ReplyDelete
  12. Kucing sy membuang sehari atau 2 harisekali je,normal ke...

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum, sya bagi susu midalac kat kitten sya. Dah hampir 1 tab habis, 2 ari nie kitten sya cirit2. X taw nape.. Kitten sya sakit perut jerit lagi. Pe masalahnye ye?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post