www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-02-12

Kenapa Kucing Cirit Birit

Kenapa Kucing Cirit Birit

Kenapa Kucing Cirit Birit | Pinjam gambar diatas dari google. Cirit birit kerap melanda manusia malah haiwan pun tidak terkecuali. Selalunya kucing yang cirit birit atau diarrhea ini akan mengalami lesu, susut berat badan, bulu kusut masai, najis berubah warna dan berlendir serta najis terlalu cair atau berdarah. Gejala berbeza-beza bergantung kepada punca dan asal . 

Jika cirit-birit berasal dalam usus kecil gejala termasuk: 
  1. Jumlah najis yang luar biasa 
  2. Pengurangan berat badan
  3. Membuang air besar yang luar biasa (kerap )
  4. Najis hitam seperti tar ( melena ) 
  5. Muntah 
Simptom akibat cirit-birit yang berasal dari usus besar termasuk: 
  1. Jumlah  najis yang lebih kecil daripada biasa 
  2. Membuang air besar yang luar biasa (kerap) 
  3. Bahan lendir didalam najis 
  4. Muntah
Cirit-birit kronik boleh berpunca daripada beberapa sebab , termasuk: 
  1. Gangguan usus (jangkitan- selalunya najis berdarah)
  2. Tumor 
  3. Parasit (kerap berlaku - cacing)
  4. Pendedahan kepada bahan toksik (keracunan)
  5. Kecacatan kelahiran seperti kolon yang singkat (jarang berlaku)
  6. Sensitiviti pemakanan (pertukaran pemakanan mendadak atau ketidaksesuaian makanan)
  7. Virus
Sebagai tuan bulus, anda perlu tahu history atau sejarah kucing anda. Ini memudahkan vet untuk mengenal pasti punca cirit birit berlaku. Diingatkan jika kucing anda cirit birit yang kronik selama 1 hari atau lebih, cepatlah bawa ke vet berhampiran. Ada kes cirit birit membawa kepada kematian. Jadi jangan ambik mudah terhadap masalah cirit birit ini.

Sebarang ubatan atau cadangan biarlah di nyatakan oleh Doktor Veterinar atau ahli veterinar sendiri. Ini mengelakkan keadaan kucing yang cirit birit semakin teruk. 

  4 comments:

  1. itu la msa memula ambik bulus mmg berak cair mcm ada darah sikit. tapi alhamdullah, kembali normal. thanks info yg berguna !

    ReplyDelete
  2. Ada petua x utk ubat tanpa ke vet? Huhu..

    ReplyDelete
  3. kucing Hana selalu berak warna hijau :( kesian dia

    ReplyDelete
  4. Tips bagus ni tuk tuan kucing. Terima kasih Cik Ein.

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!