Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing

Cacing yang dikeluarkan oleh anak anjing di klinik cik en
Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing | Pemberian ubat cacing adalah penting selain dari pemberian vaksin. Kerana ada kes cacing ini yang menyebabkan kucing terutama anak kucing boleh mati. Ini kerana bebanan cacing di dalam perut terlalu banyak. Tapi cacing atau parasit ini tidaklah berniat hendak membunuh kucing korang tapi menjadikan mereka sebagai tempat untuk mereka mencari makanan. Bunyi agak kelakar kan? tapi ini fakta yang kita kena tahu. 

Diingatkan cacing akan selamanya berada di dalam perut kucing korang selagi korang sendiri tidak mengatasi masalah ini. Jadi dengan jadual pemberian ubat cacing atau deworm dapat membantu menyahkan cacing dari perut anak anak bulus kita itu.

Hookwoorms dan Roundworms selalu berada di dalam perut anak kucing. Hookwoorms hidup dengan darah dan mengakibatkan kekurangan darah bagi anak kucing korang. Roundworms pula memakan makanan yang di makan oleh anak kucing. Jadi berlaku persaingan yang akhirnya anak kucing akan kekurangan gizi dan makanan. Antara tanda tanda kecacingan adalah bulu kasar, bulu gugur, cirit birit, kekurangan gizi makanan (kurus) dan bahagian didalam bawah mata pucat serta yang paling teruk jika mereka membuang bersama dengan cacing

Selalunya cacing akan mati apabila keluar dari perut. Dan juga akan keluar bila ia mati dalam perut

Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Anak Kucing
  • Pada usia 3 bulan atau 4 bulan  (12 minggu atau 16 minggu)

Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing Dewasa
  • Terbahagi kepada 2 iaitu :
    1. Kucing dikurung di dalam rumah - 1  2 tahun sekali
    2. Kucing yang selalu keluar rumah - 3 kali setahun
Tapi korang boleh mendapatkan khidmat nasihat atau konsultan dari vet yang berhampiran. Mungkin akan berlaku perbezaan, ini kerana setiap klinik mempunyai jenis ubat cacing yang berbeza dari segi cover jenis cacing. Jadi, jangan anggap pengambilan ubat cacing ini mudah okey?

p/s : pemberian ubat cacing bergantung kepada keadaan kucing. Boleh rujuk kepada vet. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

16 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalam wbt>

    Ya, ubat kutu and cacing penting sangat! Good entry! Owner patut tahu!

    Btw, I am a veterinary assistant too ;)

    ReplyDelete
  2. orang pun banyak cacing kan.. ada teraca saranan setiap 6 bulan. tapi dah lebih 20 tahun x makan ubat cacing. risau plak nak makan

    ReplyDelete
  3. kucing huda perut jadi buncit, mesti sebab cacing ni

    ReplyDelete
  4. Salam.brapakh sukatan ubt cacing yg sya kna bg untuk anak kucing yg brusia 3 bulan.
    Ubat cacing jenis cecair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan sekali setiap bulan... Selepas 6 bulan.. 3 bulan sekali.. Sy gunakan machiko kitten worm

      Delete
    2. berkesan tak? sebab kitten saya perut bunci mengening.. haha

      Delete
    3. berkesan tak? sebab kitten saya perut bunci mengening.. haha

      Delete
    4. banyak jenis ubat cacing dipasaran.. boleh rujuk vet berhampiran

      Delete
  5. @Kay Own
    sukatan mengikut jenis ubat cacing.. boleh rujuk pada botol

    ReplyDelete
  6. Salam. Boleh ke beli ubat cacing di pet shop dan terus berikan pada kucing tanpa merujuk kepada vet? Tapi ikut prescription dekat botol ubat tersebut. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Apakah kesan memberi ubat cacing berlebihan kepada kucing anak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. x blh bg secara berlebihan bg ikut berat badan kucing itu iaitu 1kg bersamaan dgn 1ml. jika berat badan 2kg bg 2ml sebulan sekali.. selepas 6 bulan bg 3 bulan sekali saja.

      Delete
  8. Apa akibat kalau ter over dos bg anak bulus ubat cacing cth 7hb bg 5ml then 14hb bg lgi 5ml.. bahaya ke?

    ReplyDelete
  9. Bby umor 1bln++ bleh ke bgi u ccing x

    ReplyDelete
Previous Post Next Post