www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-01-03

Cara Memperkenalkan Makanan Baru Kepada Kucing


Cara Memperkenalkan Makanan Baru Kepada Kucing | Entri ini sudah lama di bahagian draft cuma kekangan masa hendak melukiskan ilustrasi buatkan pending lama. Oleh kerana ada rakan bertanya di Facebook Tips dan Rawatan Kucing . Pertukaran mengejut bagi makanan kepada kucing mungkin mengakibatkan masalah bulu, masalah kesihatan dan sebagainya, Disini cik en kongsikan tips pertukaran makanan secara berperingkat menggunakan gambar ye. 

Anggapkan gambar bulat adalah bekas makanan kucing korang ye. Warna kuning bermaksud makanan baru dan warna merah makanan yang lama. Cuba berikan makanan baru mengikut langkah dibawah dalam masa 3 hari, 6 hari, 9 hari.

1/4 makanan baru, 3/4 makanan lama
Selepas 3 hari dan kucing korang dah boleh menerima makanan baru sedikit ikut pula langkah di bawah

2/4 makanan baru, 2/4 makanan lama
 Selepas 6 hari, dan nampak kucing anda mula selesa boleh ikutkan langkah seterusnya

3/4 makanan baru, 1/4 makanan lama
Selepas hari ke 9, kalau tiada masalah kepada kucing korang, bolehlah gunakan sepenuhnya makanan baru 

4/4 makanan baru
Bilangan hari adalah cadangan daripada cik en, mungkin boleh dikurangkan atau dilanjutkan mengikut penerimaan kucing korang. Maksud selesa yang cik en terangkan adalah kucing korang tidak muntah, selera makan sama seperti makanan lama atau tidak cirit birit. Dan satu lagi tips tambahan dari cik en, gunakan paket percubaan sebelum membeli makanan kucing dalam skala besar. Jika sampai hari ke 3, ada kucing yang cirit tanpa henti, sila bawa ke vet berdekatan ye.

1 comments:

Nurhuda Ismail said... [Reply]

ish, ada betolnya jugak. kucing ni huda perati diorang kene ajar slow sloww

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads