www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-02-15

Kenapa Perlu Puasa Sebelum Hantar Kucing Untuk Permandulan


Kenapa Perlu Puasa Sebelum Hantar Kucing Untuk Pemandulan | Entri ini dibuat atas rentetan luahan hati cik en di Personal Facebook. Kisah mengenai program atau temujanji pemandulan kucing yang dijalankan di klinik cik en. Menjadi kebiasaan bagi pemilik bulus yang mementingkan kebajikan haiwan akan buat permandulan (Spaying atau Castration) untuk mengawal populasi kucing yang dijaga mereka. Dan pemandulan ini satu kes yang panas kerana terdapat percanggahan pendapat dikalangan masyarakat kita. Tapi cik en tak mahu membahas percanggahan pendapat itu sebabnya cik en dah jelaskan di entri sebelum ini. 

Syarat yang perlu dipatuhi setiap pemilik kucing sebelum pemandulan disetiap klinik lebih kurang sama saja. Tak kira klinik veterinar kerajaan atau swasta akan highlight kan satu syarat utama iaitu PUASA (makan dan minum) sekurang kurangnya 12 jam sebelum pemandulan dijalankan. Kenapa? Kerana tanpa puasa yang sebetulnya, akan ada risiko kucing akan MATI semasa pemandulan di jalankan. Kenapa boleh mati? ini kerana penggunaan ubat bius atau anesthesia akan buat kucing merasa nak muntah. Seperti kita juga kan. kalau dah pening akan buat kita rasa nak keluarkan apa yang ada dalam perut. Kalau tidak dipuasakan takut makanan yang masih ada di perut akan keluar dan untuk pengetahuan semua, semasa pengsan atau bius ini, kucing tak mampu untuk menelan semula makanan yang cuba dimuntahkan itu. Ini akan mengakibatkan lebihan makanan atau cecair (minum) yang tidak muntah keluar akan memasuki ruang paru paru dan akan melemaskan kucing tersebut seterusnya kucing gagal bernafas dan akhirnya mati. Selain itu juga, apabila kucing mula nak memuntahkan makanan, berlaku tekanan di dalam perut dan ianya boleh mengakibatkan masalah dalaman dan ada kes bleeding (pendarahan) berlaku. 

Jadi korang dah tau kenapa ada kucing yang mati semasa atau selepas pemandulan dijalankan. Masalah terlebih dos bukanlah satu masalah. Sebabnya jika kucing sihat dan ikuti apa arahan vet, bius atau anesthesia bukan isu boleh buat kucing korang mati. Ini pun cik en dengar dari pakar sendiri yang cakap. Selain daripada puasa, ada beberapa syarat lagi perlu diketahui oleh pemilik kucing sebelum lakukan pemandulan.

Syarat Sebelum Permandulan Kucing

  1. Puasakan 12 jam
  2. Kucing dalam keadaan sihat, bersih dan tidak bunting (bagi betina)
  3. Ada klinik wajibkan vaksin sebelum pemandulan. Pemandulan boleh dibuat kira kira 2 minggu selepas vaksin
  4. Umur kucing yang dibolehkan mandul adalah 6 bulan ke atas dengan berat lebih kurang 2 kilo. Ada juga terima seawal 4 bulan. 

Penjagaan selepas permandulan 

  1. Bagi jantan, cukuplah dengan kurungkan dalam jangka masa 3 hari. Untuk habiskan kesan bius. Ini sebabnya, jantan lukanya tidak sebanyak betina
  2. Bagi betina, kurungkan lebih kurang seminggu untuk mengelakkan kucing melompat, berlari selagi luka tidak sembuh. Luka akan cepat baik kalau kucing lebih releks dan tidak banyak bergerak. Pastikan sangkar kucing dalam keadaan yang bersih untuk mengelakkan jangkitan.
  3. Selepas permandulan, susu kucing betina akan berkurangan dan kering. Jika kucing betina tersebut ada anak anak kecil, disarankan untuk berikan susu tambahan pada anak tersebut.

Tapi ada kes kes pembedahan kecemasan tidak memerlukan untuk dipuasakan. Seperti kes distokia (kesukaran beranak) , komplikasi dan sebagainya. Selalunya kalau kes sakit sebegini, kucing akan mula kurang selera makan. So diingatkan untuk patuhi arahan vet apabila buat sebarang temujanji untuk permandulan ye. 

5 comments:

Anum Abdullah said... [Reply]

belum terpikir lagi nak mandulkan kucing..

aswaleyla said... [Reply]

OOOOW, patutlaa hari tu kucing lela mati lepas dimandulkan. sedih tak payah cakap la. ingatkan hidung dia terkena bakul sampai susah nak bernyawa. tak tahu apa punca dia mati. kesian kucing tu. Baru sekor yang jadi macam tu. yang sebelum ni tak depulak kes mati. rasa terkilan dengan kematian dia.

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

nice sharing kak

kak, try tgk entry ni, betul atau tak info yg diberikan pasal glukos

http://nusha1706.blogspot.my/2017/02/glukos-untuk-diberikan-kepada-kucing.html

Shikin Razali said... [Reply]

Oooo, akak baru tahu info nie.. Sebelum nie masa buat pemandulan, memang kucing tak puasa, hihi.. dah mcam manusia pulak kan, kesian kucing kena puasa..

a s h a said... [Reply]

Terlintas nak tanya sebab kucing betina baru lepas dimandulkan tapi selalu tak sempat nak cegah dia menjilat tempat jahitan . Vet takde bagi ubat luka apa-apa , boleh tak kalau saya nak sapu ditempat jahitan dia guna Dermacyn ?? Jahitan kucing saya sedikit terbuka sebab dia terlepas dari sangkar tempoh hari , berlari macam kena kurung setahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads