www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-02-15

Kenapa Perlu Memandulkan Kucing?


Kenapa Perlu Memandulkan Kucing? | Kucing adalah haiwan kesayangan nabi dan menjadi belaan kesayangan bagi manusia. Pelbagai baka kucing dan ada yang dibela dan ada yang liar. Berbalik kepada tajuk kali ini mengenai PEMANDULAN. Cik en kerap kali ditanya oleh pelanggan klinik mengenai PEMANDULAN / NEUTAR / KASI / SPAYING / SUNAT dan pelbagai nama lain. Boleh rujuk entry INI.

Kenapa perlu dimandulkan
Bayangkan seekor kucing boleh melahirkan 4 ekor anak betina dalam satu satu masa. Dan anak tersebut bila dah dewasa bunting dan melahirkan 4 ekor setiap anak. Rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas

Oleh kerana hal tersebut, dari pendapat peribadi cik en sebagai seorang pembantu veterinar dan pemilik kucing, cik en menyokong pemandulan kucing kerana :

  1. Ini untuk menjaga kebajikan haiwan tersebut. 
  2. Membantu mengawal populasi kucing daripada dilanggar, dipukul atau dibuang
  3. Lebih baik memandulkan dari kita melihat anak yang dilahirkan menjadi mangsa kekejaman manusia atau haiwan.
  4. Merancang kewangan jika tuan kucing berpendapatan sederhana
  5. Merancang kerana faktor kediaman. (Apartment, Pangsapuri, Flat, Rumah teres yang mempunyai ruang terhad)
Tapi bagi cik en, biarlah kucing tu pernah biang dan mendapatkan pasangan sekali atau beranak sekali. Ini untuk tidak menafikan hak mereka. 

Tapi cik en tidak menyokong kalau :
  1. Berkepentingan sendiri
  2. Untuk menyeksa kucing tersebut

Hukum Pemandulan Menurut Islam 

Merujuk laman web e-FATWA hukum memandulkan adalah


atau boleh rujuk sini http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-mengembirikan-kucing-betina.

Ada seorang blogger yang menyokong pemandulan ini dan boleh lihat semua artikel pemandulan kucing beliau di SINI

Sebagai seorang pembantu veterinar, cik en menerima pendapat setiap orang mengenai pemandulan. Selain pemandulan ada jua sesetengah menggunakan pil atau suntikan perancang. Tapi ada keburukanya jika penggunaan yang berterusan, Boleh rujuk artikel Info Veterinar | Ubat Perancang Kucing. Kita manusia dikurniakan akal, jadi buatlah pilihan yang betul apabila berdepan masalah masalah populasi kucing atau anjing sekarang ini.


7 comments:

AinAthirah Anuar said... [Reply]

Thank you Cik En ! ain memang tengah rancang2 nak mandulkan kucing ain.

Mrs. A said... [Reply]

Mrs. A pun berpendapat yang sama dengan Cik en.
Kalau dah banyak sangat dan dia dah pernah beranak mandulkan adalah jalan terbaik dari dibuang ke pasar ke ntah ke mana-mana.
Kesian nanti tak tahu apa jadi pada kekucing tu

Cik Itah said... [Reply]

kan? kenapa perlu? huhu

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

org mmg sokong mandul.. dlu tak sdr, bila skg ada kesedaran, mmg skong sesangat..

Ardilla Noorezan said... [Reply]

Mcam kawan saya, dia ada nak dekat 30 ekor kucing kat rumah haha

Fhatin Amelia said... [Reply]

Oh tertanya-tanya jugak sebelum ni pasal mandulkan kucing :D

http://mellyacrayola.blogspot.my/

lyana ishak said... [Reply]

nak jugak buat 1 day nanti , huhuhu .. buat masa nie , kena kurung ja dalam sangkar , dah la sekarang musim mengawan huhuhuhu . nice sharing cik en , TQ

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads